Aku duduk diam seorg diri di situ sambil mentari panas kubiarkan membakar suam seluruh tubuh aku yg sejuk kejang dek kerana penyaman udara syarikat yg tampaknya terlampau nyaman. Aku lihat dia seperti biasa di atas kerusi roda elektrik nya. Handsfree yg sering dipakai oleh beliau. Tidak lama kemudian sebuah teksi smpi dan berhenti betul2 di hadapan aku. Aku lihat lelaki atas kerusi roda tadi masuk ke dlm semula dan muncul tidak lama selepas itu dengan pak guard yg bertugas. Aku tau apa tujuannya. Aku amiti sahaja apa yg berlaku. Pemandu teksi tadi sudah pn keluar dan mengambil posisi di bhgn blkg kerusi roda tadi. Pak guard pula sudah siap memegang kemas kaki pemuda tadi. "Ok ye..ready...1, 2, hupppp!!!" Mereka berdua mengangkat pemuda tadi masuk ke dlam teksi dengan kemas. Pak guard tadi terus pergi mendapatkan kerusi roda elektrik pemuda itu dan membawanya masuk ke dalam ofis semula. Pemandu teksi tadi memasangkan tali pinggang keselamatan utk pemuda itu dan terus me...