Skip to main content

Dia cacat, kau sempurna..apa lagi mau mu??

Aku duduk diam seorg diri di situ sambil mentari panas kubiarkan membakar suam seluruh tubuh aku yg sejuk kejang dek kerana penyaman udara syarikat yg tampaknya terlampau nyaman. Aku lihat dia seperti biasa di atas kerusi roda elektrik nya. Handsfree yg sering dipakai oleh beliau. Tidak lama kemudian sebuah teksi smpi dan berhenti betul2 di hadapan aku.

Aku lihat lelaki atas kerusi roda tadi masuk ke dlm semula dan muncul tidak lama selepas itu dengan pak guard yg bertugas. Aku tau apa tujuannya. Aku amiti sahaja apa yg berlaku. Pemandu teksi tadi sudah pn keluar dan mengambil posisi di bhgn blkg kerusi roda tadi. Pak guard pula sudah siap memegang kemas kaki pemuda tadi.

"Ok  ye..ready...1, 2, hupppp!!!"

Mereka berdua mengangkat pemuda tadi masuk ke dlam teksi dengan kemas. Pak guard tadi terus pergi mendapatkan kerusi roda elektrik pemuda itu dan membawanya masuk ke dalam ofis semula. Pemandu teksi tadi memasangkan tali pinggang keselamatan utk pemuda itu dan terus memandu dan berlalu dari situ.

Alangkah bersyukurnya aku yg dilahirkan sesempurna ini. Bisa merasai nikmat melompat riang dengan kedua belah kaki ku ini. Syukurnya aku tangan2 ini dpt menghayun raket saban petang. Bila melihat dan menginsafi pemuda tadi, sebak. Dalam hati ku terdetik doa

"Ya Allah, jangan lah kau duga aku dengan menarik nikmat kaki dan tangan ini. Nikmat pergerakan bebas yg telah aku kecapi suku abad lamanya..Jangan pula kau uji aku dengan menganugerahkan cahaya mata serupa ini kelak kerna aku tidak pasti aku bisa sabar menghadapinya"

Alhamdulillah pemuda india tadi diterima masyarakat. Bekerja di sini setiap hari. Dibantu mereka yg setia berkhidmat utk meringankan beban manusia teruji seperti mereka. Gaji pemuda tadi lagi tinggi dari aku =]. Aku syukur dan gembira dengan apa yg aku ada sekarang.

Comments

pak long said…
salam....
pendek jer citernyer...tapi mesejnye cukup dalam...
boleh menginsapkan diri...syabas...
green said…
doa benda yg sama..touching laa tetiba..
Unknown said…
syukur kita lebih bertuah...
adie said…
biler ko bawak wardina laju² tu, ko ingatlah pasal n3 ni yer. :)
sharamli said…
hati2 bila l0mpat2 time begamb0..
Dak Wan® said…
sedey baca citer macam nie, tapi mat rempit semakin ramai juga.... Bila lah dorang nak insaf erk?
Wanie Boahari said…
aku sgt bersyukur sbb d lahirkan sempurna sifat dan aku masih menghormati manusia yg lahir tidak seperti aku....
HEMY said…
Thanks pak long..bukan hipokrit mahu menulis entri sebegini..tp begitu terasa syukurnya saat tadi

Eyriqazz : thanks

green n ~0~ : kita mmg bertuah kan kalau nak compare..mmg patut sebak

penyu : alamak...aku kena kitai ngan penyu

sharamli : baekkk

dak wan : diorg rasa tu cara nk enjoy idup..nk buat camne

wanie : betul..kena tidak ada lgsg sifat diskriminasi
Cik Puan Syeeda said…
bersyukur sbb kita dikurniakan sempurna..bantulah mereka ysng memerlukan..
baincardin said…
memang kita patut sentiasa bersyukur dan doa yg terbaik utk semua org. thank you for sharing ye. ^_^
Masy said…
mmg syukur la kan.. aku pon. nikmat Allah yg mana yg kita snggup biarkan ditarik? bunyik cam tamak tp doa2lah moga selamat laa semuanya.

kdg2 tgk org2 tua yg still keje pon aku rasa kesian n bsyukur mak abah aku x perlu keje teruk2 bila dah tua. hmmmmmmm~
HEMY said…
syeeda : kita bantu mana yg patut dan termampu

bain : welcome

masy : aku pn rasa cmtu masy..rasa kesian sgt tgok diorg...
anwar said…
amin.. syukur.. alhamdulilah, masih mempunyai kaki utk berjalan, walaupun bionik..
dextrike said…
syukur, alhamdulillah..
hargai ape yg kite ada kan bro kan? :)
HEMY said…
anwar ; hahaha..biowar..ahaha

dextrike : ko hargai aku tak??nyeh nyeh
Syah Shah said…
owh sungguh, memang bersyukur sangat dengan nikmat anggota badan yang sempurna ni...

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga