Aku bersama rakyat, atau penduduk lain sedang bekerja seperti biasa. Pergerakan kami seakan diawasi oleh sepasang mata yang tidak bisa dilihat, hanya perasaan dikawal setiap tindak tanduk itu sememangnya sangat kuat. Persekitaran di situ sangat familiar dengan aku. Aku belek2 persekitaran aku tadi dan tersedar bahawa aku berada di sekitar balai raya batu 1 sepintas, balai raya yang terletak berhadapan dengan rumah lama tempat aku membesar suatu ketika dulu. Tiada kelainan pada balai raya tersebut kecuali ia sudah bertukar rupa menjadi seakan istana kediaman raja kami. Raja yang begitu zalim terhadap rakyatnya. Kezaliman itu hanya mampu dirasai. Untuk menerangkan dan memperinci setiap kezaliman tu, tak mampu utk aku buat. 'Rasa' yang bermacam ini adalah satu2 nya petunjuk yang membuat aku alert dengan apa yang berlaku di sekitar aku. Tiba2 sedang aku termangu, raja yang berkumis tebal, seakan berjambang yang aku kira ada mirip watak Maharaja Zhou dalam komik Alam Perwira kar...