Raya kedua ziarah adik beradik abah, orang2 tua yang rapat ngn kuarga kami kat kampung tu. Macam biasa, first umah semestinya umah nak jemah..pronounc as jay-mah ye. Ni umah bekas mertua abah, nenek pada kak wa. Kira nenek tiri kami le. Mak kak wa pun ada jugak hari tu.
Xiyad yang dah taxxabar-xabar nak berjalan. Dengan sandal getah dia yang aku beli memang saiz besar so boleh tunggu kasut ketiga dia lunyai, sedang molek turn kasut ni plak utk mainly used. Seluar dia tu..besar gile pinggang. Ntah camne takde getah ke apa tak ingat. Jadi cangkuk dia aku cangkuk kat tmpt lalu tali pinggang..pe nama dia tu? bukan yg kat tepi cangkuk tau..yg kat tepi pinggang punya lubang laluan tali pinggang..punye le jauh lari.hahaha
Yang kanan sekali tu la Nek jemah. Dulu masa kecik2 selalu gak aku kena tinggal kat umah nek jemah ni. Tido sini pun penah. Ingat lagi kedai runcit merangkap tempat jual koko yang aku selalu gi beli kicap. masa umah nek jeymah ni umah tinggi, bawah umah dia selalu aku lalu untuk tembus ke taman perumahan kawan aku. Lalu ikut jalan kebun la. Skang ni dh umah bawah, takde dah kot orang lalu situ.
Dulu nek jemah selalu buat dodol utk raya..lembuttt sangat tau dodol dia..skang tak buat dah..tak larat gamaknye dah tua nak kacau sorang2 kan.
Xiyad behave habis baik kat umah ni sebab dapat jajan rota sebalang. Dia ngadap sampai la kami nak blah dari situ. kekekekeke.
Xiyad dan balang jajan rota nye
Nisrina dengan tema kuning nye pun behave je sepanjang berjalan raya.
Lepas semua adik beradik abah yang kat sabak ni kami gi, terus balik umah. Sebab nak semayang jumaat kan. Tido le pe lagi. Bangun2 abah dah blah dulu. Tinggal la aku ngn menantu laki 2 orang ni gi sekereta. Aku dh agak mesti ramai gile jemaah time raya ni. parking agak jauh dari masjid.
Memang penuh haa masjid bila sampai. Aku tengok fikri pusing ke arah belah sana. Aku ajak farees duduk kat tepi longkang sebab plan aku panjat je tembok tinggi pinggang tu bila iqamah. Memang bernas la plan tu. tkyah nak bersempit2 masuk ruang solat. Panjat je. Masa ni takde plak announce IC aku yg tertinggal. huhu. Ke sbb aku blah awal gak?keke
Nahdan yang sedang menyeru kuasa boboiboy nye
Xiyad yang mengikut kepimpinan Abang Nahdan bermain. Kalau dulu ayah dia dh jadi kapten pada adik2 and budak2 kampung ni, ni giliran Xiyad jadi follower abang nahdan macam mak si nahdan follow bapak dia dulu. Kekeke
Sesi beraya pas smyg jumaat tak berapa kompem nak ke mana. Mula2 nak ke sungai tiang, tapi katanya umah terbuka buat raya ketiga. Cembam masa ni dh start lobi utk balik raya ketiga petang..kekeke.
Giliran Xiyad plak menyeru kuasa beliau. kekeke. Aku biar je dia berkaki ayam main kat luar berbatu2. Kata cucu kampung. kekekeke
Sudahnya sambung raya umah2 area kampung kami. Macam ustaz abbas dan..errr aku tak ingat..siyes. Hahahaha. 2-3 umah je rasanya. Masa ni jalan kampung aku tu dh jem. Sebab lampu isyarat yang bagi laluan kereta2 dari teluk intan and KL kan. Ate jem plak yang dalam kampung.
Aku sempat gi raya umah mertua kawan aku masa raya pertama. Terciter pasal buah tembikai susu yang tanam kat Ildas sabak bernam tu. Upanya kawan kami ada sorang keje situ. Si fariz kawan aku tu beli 40biji RM100. Aku mintak 2 biji sebab katanya manis sangat.
So lepas last umah ustaz abbas aku ke pekan sabak utk amek buah tembikai susu tu dari balai bomba sabak sebab member aku keje bomba. Bomba ni dulu 3rd home aku. Tempat main takraw. Leh masuk dalam meeting room layan dvd bagai. kekeke. Tinggal kenangan je la sebab takde dah court tu.
Tapi tembikai susu tu memang sumpah manis. Aku nk beli banyak gak la pasni.
Raya ketiga kami ke Sungai Tiang. Cembam masih melobi utk balik petang nye. Aku cakap memang idak le..bukan dekat umah. Kuar pun dalam kul 10 ikut sedap mata kan. So pasrah je la beliau. Kekekeke.
Rupanya Tok yunus, adik beradik nenek belah mak aku buat macam himpunan ahli keluarga. Haaa..memang macam kenduri skit la. Aku sampai2 je masuk dalam umah..takdenya lepak khemah..hahahaha. Selagi ada anak kecik ni gunakan je sepenuhnya privilege keselesaan. Kekekeke.
3 umah gak rasanya kat area sungai tiang ni. Then kami balik tu masih lagi jem macam masa nk kuar. Kereta2 dari Teluk intan dah mula sesak arah KL. Terpaksa ikut jalan dalam...tepi2 jalan sempit tu dah la pokok buluh. Ujung2 pucuk dia tu menjalar ke bahagian jalan..memang calar balar kereta weh. huhu.
Sampai umah memang cembam terus bersiap2 packing untuk perjalan pulang esoknye.
Comments
niat nk melencong ke sempadan dibatalkan saat2 akhir sebab mem n PM punya passpot x leh guna