Lama dah tak update rasanya.(padahal baru berapa hari). Aku sempat-sempat kan gak kadang tu walaupun byk keja. Sbb selalunya bila tengah tunggu program running ke tengah generate apa ke, aku mesti ALT+TAB ke Mozilla punya. Memang ada saja la masa nk surf. Aku kan multi tasking. Tinggal sempat buat apa je la bila surfing tu.
Aku nak imbau balik la kenangan masa budak kecik comel yang takde internet dan tak tau pun apa kejadahnya www.com sume tu. Syok bila petang-petang minum sambil rehatkan otak dan mata yang senak dok tengok skrin komputer berjam-jam, memang banyak benda la akan disembangkan dan diimbau. Oleh kerana masing-masing umur lebih kurang, jadi selalunya benda silam yang dibuat bersembang tu mmg common topic. So memang syok layan.
Pernah main sorok-sorok? Mesti korang pernah punya..lagi-lagi yang baya aku. Main sorok-sorok ni common la kat kampung. Tapi sebab aku ni dari kecik kepala otak jenis kreatip..aku akan tetapkan syarat yang memudahkan dan memendekkan jalan permainan. Ye la..ko bayang la kalau takde peraturan. Mau main sorok-sorok kat balai raya, tapi 3 jam kendian baru jumpa sebab tengah elok tertido kat bawah katil umah 500meter dari balai raya haaa. Tak ke kerja gila!! So, selalunya aku akan bagi peraturan, kawasan sekitar mana sampai mana. Kadang lagi mencabar tu sekitar surau je..takleh lepas longkang surau. Memang kecik tu je la.
Jadi bila set mcam tu cepat habis, and tukar sapa jadi. Peraturan dia rasa sama je, sapa yang dijumpai dulu akan jadi 'pencari' plak lepas tu. Tapi ada 2 version.
1. Kita leh 'sep' (aku panggil sep) balik 'pencari' dengan cara menyentuh pencari sebelum sempat beliau sebut nama kita. Bila kita sep dia, memang dia kena mula balik kira and kita sorok balik. Kira kalu 'pencari' kena 'sep' sokmo, dia je la jadi smpai mak bapak kitorang jerit suh balik umah.
2. Takde 'sep'. Kira sapa first kena jumpa tu sedia je la nak jadi ye. Abih je sume kena jumpa, yg first dijumpai tu la kena jadi 'pencari' plak. Kadang bila lambat sangat nak jumpa semua, ada option terus je tukar 'pencari' seraya yang dijumpai first tu terus jadi 'pencari' berikutnya tanpa perlu tunggu semua orang dijumpai. Kang dia je la carik remaining player tu.
Kadang atau selalunya nak dajal, contoh kita memang nk kawan kita sorang ni jadi kan...Walaupun jumpa orang lain, tak sebut pun nama..sampai la jumpa yang kawan kita nak jadi tu. Jadi disebabkan cara ni selalunya versi 'sep' mode tu akan digunakan. Kalau tak boring la.
'Sep' plak takleh dibuat selagi orang pertama tak dijumpai. Haa...kadang yang lagi dajal, dah jumpa 2-3 orang tak sebut nama. Sampai jumpa ramai skit sebut nama laju-laju. So, opsyen kita adalah lari je dari pandangan mata kalau dia tak sebut nama kita. Haaa..So, nak taknak 'pencari' kena gak la sebut nama kita. Kalau tak kena carik balik le.
Jadi 'pencari' ni kena pandai taktik. Selalu bila taknak sebut nama ni, yang dah dijumpai ni akan ikut je 'pencari' rapat-rapat. Contoh ada 4 org dah jumpa, tapi dia tak sebut nama kan. 4 orang ni folo je la ke mana dia pergi. Then kalau ada yang lari, 'pencari' kena sebut nama kan? Sebut je nama pertama..yang tiga ni akan dengan pantas 'sep'/sentuh 'pencari' tadi. Haaa..risiko woh. Disebabkan ada byk taktik ni, aku nye sorok-sorok memang best.
Haa..korang punya bersi ada ke sume-sume yang aku citer ni? Yang penting jangan main time nak maghrib ye. Kang tak pasal-pasal mak bapak korang kena 'join' main cari ko. Ada gak kes kawan aku tak jumpa-jumpa. Malam skit baru jumpa kat bawah pokok betik. Mengong je muka. Dia kata ada orang tutup mata dia, takleh gerak. Orang tua-tua kata, hantu KOPEK. Yep..kopek=boobs. Diorang kata hantu kopek ni tetek dia layuuuuttt..besar. Dia sorok budak-budak ni bawah kopek dia la...D.E.M!!! Kalau Jue Aziz ke, Sharifah Sofea ke yang sorok aku camtu..aku tak balik pun takpe..ahahahaaha~~~~
Budak skang takde la nye nak main sorok-sorok wehhh~~~
Comments
tapi bahaya beb main sorok2, leh kena sorok dengan hantu..
AKu dulu suka main dengan budak perempuan, main zero point..hahaha
Cheerss
The Sharkox: Jejaka Hensem dari Sintok
nyorok atas siling rumah
hahaha...
berpeluh2 pon xpa...asalkan xda spa leh jumpa kah3..
jari abang aku hancussssss sebab tersepit pintu besi masa nk sep...
ahahahaaahahahahah!!!