It's a weekend accompanied by my beloved wife. Balik kampung, spending the weekend at my parents' house. Sambil tolong-tolong mak masak, banyak gak benda yang disembangkan. Antaranya kisah-kisau h masa aku kecik dulu..Mak dok citer la perangai budak2 aku kat wife ku. Huhuhu~~~
Antara yang mak citer, hal masa aku kecik yang pelat. Haa...dulu aku pelat nak sebut huruf R. Memang jadi huruf L yang tebal la bila nak cuba buat huruf R tu. Makcik2 aku selalu gak ajar aku nak sebut R.
"Camni, RRRRRRRRrrrrrr~~~~~~", sambil tunjukkan lidah yang bergetar-getar.
"Ooo..ok..ALELELELELELELE~~~~", aku cuba ikut getaran R tadi, tapi nyata bunyi yg kuar tetap huruf L...jadi ALE sebutannya..tapi bergetar. Korang bayangkan dan buat la sendiri.
Ada sekali tu mak guna petua guna daun lalang untuk lurut atas lidah tu. Perghhh!!!~~~ jangan harap le beb!! Aku cabut awal-awal dah sebelum mak aku sempat naik umah. huhu..
Tapi yg paling aku ingat saat paling menakutkan dan mencabar untuk sebut huruf R ni masa aku darjah satu. Pagi itu, Cikgu Mat Noor selaku guru muzik kami mengajar satu lagu baru. Tajuk sebenar lagu tu aku lupa, jadi aku letak la lagu tu sebagai 'Telefon Berbunyi". Haaa..korang ingat tak ada belajar lagu ni masa kat sekolah rendah???
Ni lirik lagu dia;
Telefon berbunyi RINGGGG RINGGG RINGGGGG
Ku angkat ku tanya siapaaa
Telefon berbunyi RINGGGG RINGGG RINGGGGG
Ku angkat ku tanya siapaaa
Lirik penuh dia aku lupa. Tapi rasanya macam ni je lirik dok ulang-ulang. Jadi kami pun belajar la menyanyi ramai-ramai. Sekali nama aku kena panggil plak.
"Kacak!!! Sila ke depan nyanyi untuk group ni", panggil Cikgu Mat Noor supaya aku wakil barisan tempat duduk aku.
Aku dengan berat hati tapi masa tu tak berapa nak segan, budak kan..pun berjalan ke hadapan kelas. Sambil berdiri menghadap rakan-rakan lain, Cikgu Mat Noor pun suruh aku nyanyi.
"Telefon berbunyi..WLlliiinnnngggggg wLLlliiinggggg wLllliinngggggg". Bunyi W halus di depan tu terhasil bila budak pelat R cuba sedaya upaya untuk meng'R'kan bunyi. Kemudian Cikgu Mat Noor suh pandang dia.
"Ulang"
"Telefon berbunyi..WLlliiinnnngggggg wLLlliiinggggg wLllliinngggggg"
"Rrrrinnnggggg"
"Wlinnggggggg"
Then cikgu tau dah yang aku memang pelat R. Jadi Cikgu pun suh aku duduk balik ke tempat aku. Tapi masa tu bukan cam zaman skang atau cam citer kat TV. Aku tak kena gelak pun. Huhuhuhuhu..Aku pun tak pasti start darjah berapa aku leh sebut R dengan betul.
Untuk parents kat luar tu, memang comel anak2 kecil sebut pelat, tapi kena tau stat bila kena cakap dengan bahasa dan sebutan yang betul instead of dok ajuk dia cakap pelat. Kang jadi cam aku. Tp kes aku, aku berjaya gak sebut R dengan jayanyaaaaa...
Comments
sakit perut gelak...
satu lagi huruf yg susah disebut adalah "S"..
kalo lidah kembang tu sampai terkeluar bila sebut "S"
hahaha
erina seorang yg ceria & gembira = elina seolang yg celia & gembila..
holoh holoh holoh..gaya apek ckp dah ni. Syukurlah dah besar x pelat lagi..hehehe;p
papepon gambar2 latest ko cam cun jer.. dah ada lens micro kah?! :|
he he
Faizal: kadang mmg takleh..kadang ada yg malas dh nk cuba..hehehe...terpulang la
Erina : hehehe..alhamdulillah skang ok..berkat ngaji banyak kecik2 dulu..ahahahha
Amir : aku time skolah rendah..tp tak ingat bila
Ri : aku sihat je...dh kawin dah...
ko miss entri aku ni..aku baru ilang kamera..dh tak amek gambar dah wehh..seddeyyyy
I want to eat lice
hehehe
tp ak ase ak cpt cket kot dr ko..
sblm drjh 1 dh boleh sebut 'R'..
tp plg haru klu nk sebut word 'kering' time pelat..
jd lain mksdnye...hakhak
whosenna : kih kih...bahaya tuh..tapi org dengar pn tau yg ko pelat dan bukan sengaja
aku kicit dulu pun pelat jugak
sepatah haram org tak paham
cisss
>>___<<