Kalau mbah lanang di rumahnya sendiri, dia sanggup terkedek2 berjlan hingga ke jalan besar utk meminta sesiapa sahaja yg lalu membelikannya rokok. Doktor kata, sebatang sahaja pn dia rokok lepas ni, mbah lanang bisa lumpuh atau terus pergi buat slmanya. Organ2 dlaman mbah lanang satu persatu sudah rosak. Nenek yg kadangkala tidak betah melayan kerenah mbah lanang akan membiarkan shj dia merokok. Tp setelah tahu betapa kroniknya keadaan mbah lanang, nenek tidak lg berbuat demikian.
Wajah tua mbah lanang begitu uzur tampaknya. Bila kami papah utk beliau mengambil smbhyg dan menyuruhnya sembhyg semampunya, kelihatan sedikit demi sedikit kekuatan dlmnya pulih. Mbah lanang tidak lupa2, dia mula tahu keadaan sekitarnya. Jelas skali sembhyg itu ubat segala sesuatu, ikhtiar segala usaha.
Mbah Lanang sering bertanya kepada kami "Mbah mu nandi??" (nenek ko mana?). Bila kami menjawab nenek di kampung. Terus bergelinang air mata mbah lanang. Menggetap bibir mbah lanang smbil teresak2. Kala itu, begitu menyedihkan. Aku rasa, selama lebih 40 tahun berkahwin dgn nenek, mbah lanang begitu terkesan bilamana nenek tidak bersama beliau. Mahu dihantar balik mbah lanang. Kami terpaksa menenangkan mbah lanang agar tidak terus menangis2.
Bila malam, mbah lanang akan terjaga2 smbil memanggil nama nenek. Dlm usia dan keadaan sebegitu, mbah lanang begitu ingin kehadiran nenek di sisinya. Mmglah, bila nenek ada..tiada apa yg istimewa pn berlaku. Tp mungkin itu shja pinta seorg lelaki tua. Dia hanya mahu tahu nenek ada di situ. Inikah kasih? cinta??
Comments
nike x off white
vapormax
adidas flux
supreme hoodie
nike sneakers
goyard
curry 4 shoes
adidas yeezy
air jordan