Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Jue dan Ayu anak ikan aku~~~ Benar belakeeee

Heee..kalau kamu masih ingat percubaan membela ikan-ikan kecil atas meja tempat aku carik makan yang kononnya sebagai terapi mata lepas berjam-jam memandang skrin komputer hinggakan tidak sedar sepanjang-panjang jam tu, kelipan mata aku kurang dari biasa menyebabkan benda-benda nun jauh berkaki-kaki tu sudah mula pudar di pandangan. Well, aku dh lepaskan ikan-ikan tu lepas SyahShah komen " kalau taknak bagi oksigen, baik tkyah bela..menyeksa je ". So aku pun lepaskan sume. Seraya mencari-cari ikan yang tak perlukan sume tu. And minggu lepas mak aku jalan-jalan pasar ternampak orang jual ikan laga terus call aku kata teringat aku nak bela.hehehe..sayang mak aku..    Yep, ni le dua ekor ikan laga aku yang warna warni, macho, anggun dan berkarisma. Aku tak bagi nama lagi 2 ekor ikan ni..jap aku pikir..Errr..Ok!! Kenalkan yang kat atas tu,  Jue nama dia. Yang lagi sekor tu Ayu. Bersempena nama EX-gelprens aku. Seminggu dah aku bela depa. Anak ikan aku la kiranya mereka ni....

Moga ditempatkan di kalangan orang soleh ye tok~~

Minggu lepas aku balik kampung. Lepas abeskan cuti sabtu dan berkerja dari rumah Hari Jumaat..aku balik kampung sejurus anta Cembam naik bas. Adik beradik mak sume balik kampung untuk baca yassin dan solat hajat dan tahajud beramai-ramai bagi kesejahteraan atok kami yang di penghujung usianya. Smpi umah atok, memang banyak keta...punya ramai sepupu aku..sepupu punya anak lagi..Kira anak buah aku la kan..Memang meriah. Sepupu yang dulunya aku dan adik berebut nak dukung dah sama tinggi ngan aku. Sampai tu anak2 hero pakcik aku seraya sepupu-sepupu aku yang dok kat Pahang tu tengah kejar ayam atok. Aku pun join sekali..saja nak cek..dulu aku takut ayam..tapi dah berani sebab keje tempat sembelih ayam. So nak test la berani lagi tak. Ayam tu kena kepung 5 orang..buntu..dia gi terjun kolam kering..mudah le keje kami tangkap. Seronok jumpa ramai2. Raya pun kadang tak dapat nak jumpa semua. Malam tu maghrib jemaah..usai je..pakcik dan makcik aku sorang-sorang mintak maaf kat atok yang ak...

bayar latest summon pun cukup...wow~~ harapnya betul la

Huu~~~ As I was driving towards home after my usual tennis session slowly with the opened windows, feeling the breeze of the air gushing in, I read my inbox and found out one good news. Maybe. Just need to confirm it tomorrow. What's the news? Well, my father in-law just renewed his car insurance. He has 5 summons as well. Based on him, the officer said we need to pay the latest summon of our car to renew our insurance. Wow!!~~ That's human enough..err..considerate enough yah? I did pay my latest summon last month, but that was for WanHayati. My sis didn't pay any of her summon for Daphne. So, I would try to pay the latest one via Myeg tomorrow and see if this fact is true. Coz, quite numbers of my friends had to clear all of their summons. Why didn't they get the same message? That's why I said, it's not confirmed yet.But stll, it's a glimmer of light from afar for me...=]

2 Award untuk usaha kemanusiaan saya!!~~~

Sambil tunggu list employees yang ada isu untuk diselesaikan itu di compile oleh rakan sejawat, Aku nak buat 2 tag yang diberi oleh Mak Su Gojes dan Si Montok. Kita wat tag dari MakSu kita dulu yeeee....Dapat Greatest Award Blog. Pergh..Greatest tu paling atas. Tapi kalau pass ramai-ramai..sapa yang greatest nye? 1. Buat ayat Puji kepada pemberi award MakSu ni bagi aku agak lucu juga gaya mengarang nye. Tapi juga boleh mengekspresi lain-lain emosi dalam penulisan beliau. Beliau ni nampak tabah (yang nampak ni dari penulisan ye..sebab tak penah jumpa), berdikari dan memaintainkan relationship yang baik dengan anak-anak beliau. Nanti bila dah ada anak mungkin leh minta tips-tips sikit. 2. Pass pada 10 lagi penerima. Saya nak pass pada seploh follower terbaru saya yeeee~~~. Dah buat bagitau tauuu~~ 3. Bagaimana blog anda boleh digelar blog yang best and great Sebab blog saya best ialah kerna suatu masa dulu mak saya penah pesan " abang..blog abang best and great!!...

Hidup seperlunya..syukur dengan apa yang ada

Sejuk lesu. Mata yang menatap skrin tidak berkedip mula keletihan. Aku berlalu keluar perlahan. Cari sudut menarik untuk aku duduk menghela nafas sambil memandang hijau alam buat terapi mata yang keletihan. Salah seorang pengawal yang bertugas senyum menyapa aku "Duduk sahaja, mengantuk jadinya" "Yelah.sejuk pula tu" Sambil terlihat botol titis mata permata hijrah yang aku letak di sisi, pengawal tadi menyapa.Nama yang tertera pada tanda nama terlupa pula aku apa gerangannya.  "Apa bendanya tu?" "Oh..Permata Hijrah" "Ooo..pakai spek juga ye? Saya pun pakai spek. Tapi sebab tempoh hari patah. Hendak dibeli baru, walaupun 120 ringgit cuma, seperti banyak pula yang boleh disalur pada anak kecil berdua di rumah tu" Angguk sambil senyum. " Yelah, saya habis seribu juga setiap bulan untuk anak tu. Untuk susunya, makannya. Hantar anak saja sudah 500 keduanya. Itu pun sesama jirang (jiran) ", Abang tadi terus berkongsi luah rasa ...

Ayoo incik..keta lu ada saman..kasi clear baru buleh renew road tax!!

D.E.M The only word I could express right after the call ended. Fart!! Farty legal thief!! Now we need to give our hard-earned money to those badge-department. I didn't even buy anything special for myself when I got my long awaited bonus but still, somebody else gonna have a nice fortune out of it. Fart!!! It seems, for a certain degree our 'saman ekor' needs to be paid in order to proceed with our road-tax renewal. The guy said we might not need to pay all of them. There would be some of the summons that needs to be paid first. D.E.M!!! So, you need to go to the nearest traffic department, ask them how many of the summons that needs to be paid and then they would release your name from the 'black-listed' list. I need to pay for 4 speedtrap summons and another 5 on my sister's behalf because in October the other car would need to be renewed of the insurance as well. Fart!! That would be 9x300=RM2700. Arghhhh!!!~~ I'm just hoping that I don't need to...

Dilema seorang fotografer picisan. Baca smpi abess..

Hmm.ari ni nak share pasal dilema aku baru-baru ni jadi fotografer upahan. Kira job yang orang bagi. Bukan job sendiri yang biasanya orang yang aku kenal atau client tak pernah kenal tapi aku deal pakej terus. Ini job yang fotografer lain bagi aku.  Kawan aku tolong cari kan bila aku mintak dia kontek aku sebab kalau leh lepas bayar bulan2 kamera pn dah OK. So sorang fotografer ni call aku suatu hari ni. Hari Khamis kata nak bagi job sabtu ahad. Mula2 aku refuse sebab aku cakap aku tunggu call dari Hari Selasa (kawan aku call ari selasa kata akan ada orang kontek aku pasal job). So bila smpi khamis takde, aku plan balik kampung n attend wedding kawan la. Then aku cakap kalau ahadnya tu leh balik awal, dalam kul 2, yakni takde outdoor boleh la kot. Dan lagi nak gi kenduri kawan. Dia kata OK nnt dia tgok kan. Esoknya bila aku dah kat kampung baru dia call kata ada job. Malam berinai sabtu n Ahad sanding. Aku ckap leh balik awal? sanding awal? Dia kata ye. Then tanya pasal payment. ...

Gurau senda pengikat kasih

Venue : Umah Apartment Ayah mertua di Bandar Baru Bangi Masa : Sekitar waktu petang Suasana : Tengah lepak2 atas sofa menonton TV Suami Kacak : Nyai~~~ Aku tengok dagu tu dah takde lapis2 laaaa~~ Bini Terchenta : Hah?? Ye ke? (muka bini terchenta mula kelihatan kerlip2 sparkling) Suami Kacak : Haah..sebab dah sambung ngn tekak. Mwahahahahahahaha!!!! Mwahahahahaha!!!! Bini Terchenta : Jahat ah!!!! Dah kurus ni!!!! seraya menumbuk2 manje sang suami -------------TTTUUUUUTTTTTT----------------- Adegan seterusnya terpaksa dicensored kerana mengandungi unsur adegan gigit-gigit keterlaluan. Zassss!!!~~~

My Beloved Grandpa

I still remember the wrinkled-face of him in his healthy vessel. Chasing the goats to the grazing field when I trotted along with my uncle and my sister on his back. I remember the joy to see the green wide space and the wild grass all over the place. I would run towards the grass and vanished from my grandpa's sight swallowed by the grass that was higher than me. I remember he yelled my name with a high tone voice and I would raised my hands to show him where I was and he would barely see my hands among the tall grass. I remember riding on the back of his bike with my legs tied by a piece of cloth to avoid my legs getting stuck between the rims and hurt myself. He would cycle slowly towards the groceries shop with me on his back while I would ask him about what I saw along the journey as a curious little toddler. I remember when my I asked my grandpa what are those yummy-looking waffle with tasty chocolate inside it and he just took some of them handed them to me. I was s...

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Khutbah Sembahyang Jumaat tadi pasal sedekah dan zakat. Ramai sungguh manusia di Masjid Bandar Baru Bangi ni. Sampai keluar-keluar. Rasa macam besar dah. Ke sebab selama ni memang selalu tunaikan semayang jumaat kat Masjid yang lagi besar macam Masjid Besi Putrajaya dan Masjid Perskekutuan. Tapi sejuk hati sebagai muslim bilamana masjid2 ni masih lagi dihurung dengan umat islam yang masih patuh dan mahu bersembahnyang jumaat.  Sedang enak aku dengar khutbah tentang sedekah dan zakat di luar, melabuh punggung atas tangga batu, aku lihat seorang perempuan dengan tong/tupperware besar sedang berdiri tegak beku di luar tempat letak selipar yang banyak dan bertaburan tu. Berdiri tegak memegang tong yang tertampal tulisan "Bantu saya untuk rawatan dialisis mingguan ayah saya yang sakit buah pinggang" Sedih hati tengok. Semenjak ada manusia durjana yang kejam dan memanipulasikan sifat tolong menolong, sifat mesra dan ingin membantu rakyat Malaysia nih, aku memang perasan sudah r...

Imaginasi suatu masa yg menjadi tanda tanya

Aku seorang yang kuat imaginasi nya... begitu kuat.. Masih ingat masa kita berjumpa ramai-ramai bila Fradoo ABC sebagai santapan? Mahu diedar kad jemputan Hari Besar aku? Ingat lagi tak? Ingat lagi tak sedang aku duduk terdiam memandang kosong lantas kamu-kamu menegur " Hemy? Ingat kat sapa tu? Ingat tunang ke? ". Ingat lagi kah kamu malam itu soalan yang diaju? Ingat lagi tak kala itu, kameraku yang hilang diambil oleh sang durjana aku letakkan di atas meja. Sekarang aku ingin khabarkan apa yang sedang bermain di kotak fikiran aku beberapa saat sebelum kamu menegurku kembali ke alam realiti. Aku berkhayal...aku berimaginasi sebenarnya kala itu; Seorang laki yang entah dari mana..berjalan dengan niat tidak mahu dicurigai tanpa sedar yang setiap geraknya diintai dan diperharti dengan baik. Pemuda tadi terus menyambar kamera DSLR yang kelihatannya tanpa kawalan. Fikir lelaki itu, semua orang hanya mampu terpempan dan terbungkam saat dia mencapai kamera itu dan berlalu p...

Jakun!!!~~ Err..camne nak tngkap gambar?? lain je..print screen je la

Ahahahaha!!!~~~~ One fine morning, when I was doing my job with my laptop at my desk, in my office..there was a pop-up which popped up once a while and it disappeared so quick. It's like pop-pop so fast. And the last thing I know, I see 'a new program has been installed' message. It's how it works here. The office laptop has a very limited and strict authorization. You can't install anything but once in a while if the IT management think we need something to be updated in our laptop, the automatic program would run for us without disturbing our work. The installed software is Microsoft Silverlight. I clicked it and I could see some sort of webcam application. But it's not like the one I am used to. I couldn't find the capture button. So, I push printsreen je la. Hahahahaaha!! Above is the hairstyle for today~~

Wisdom of the day~~

Don't judge the boobs by it's covers.... most of the times, it's just the push-up sponge. Aku nak patent kan wisdom aku ni buleh? Tambah skit : Kalau books susah. Kalau kulit dia mmg cantik..tarikan nak beli. Tp nak tau isi dalam lama tu. Kena habiskan baca. Tp kalau boobs?? simple. Bukak cover je tau sume dah. Setuju??

60,000 mati, 1 pun tak masuk syurga!!

Ke surau seperti biasa tadi. Lampu tidak aku hidupkan. Biar saja suasana malap begitu. Mungkin khusyuk itu akan datang. konon.. Aku lihat cetakan 2 helai tentang wasiat yang perlu diedar pada 20 orang kelihatannya semakin bertambah dalam rak kecil surau tu. Hmm..ku belek-belek dan aku bawa balik satu salinan seusai sembahyang. Mari aku kongsi apa wasiat yang mahu dikongsi. Diceritakan oleh Syeikh Ahmad di Saudi Arabia yang katanya tertidur tika asyik membaca al-qur'an di makam Baginda Rasulluah S.A.W. Khabarnya beliau didatangi oleh Rasulullah dalam mimpinya membawa suatu pesanan; Dalam 60,000 orang yang meninggal dunia, di antara bilangan itu tidak ada seorang pun yang matinya beriman kerana; 1. Seorang isteri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya. "Sayang..kita dh kawin. Abang cemburu la tengok sayang kena peluk cium dalam drama. Abang tau, abang penah kata sayang boleh teruskan berlakon, tapi abang takleh nak tipu diri abang kata abang OK dengan sume tu. Apa kat...

Enjoy your life to the most even during your working hours

I'm gonna share a little piece of my daily life of 8 hours a day and 5days a week routine to get a slice of the world's joys, drama and dreams. A huge part of my life for these past 4 years. Enjoying every learning curves, trudging along the ticking hours and counting the passing days. Right after I switched on my laptop, logged into my profile, I would take my black mug and walked towards the pantry to fill it up with the black coffee with some added creamer. It's a start of my daily office days. I would then read through my emails, marking some of them to prioritize my work throughout the day. Handling the most important task first and followed by the rest. After couple of hours staring into the monitor, blinking every now and then, I would take my eyes off and start scribbling randomly just to rest my eyes. Put some drops of "Permata Hijrah" that I bought months ago. I would browse my personal websites. blogs, posting status and comments, blogwalking and lo...

Memori membesarkan adik

Hahaha...bawah ni adik bongsu aku. Nope..bukan tarikh lahir dia atau apa sahaja tarikh yang berkaitan, tapi sebab ada gambar ni..aku teringat citer suka duka masa adik aku ni kecik. Masa kami adik-beradik sama-sama jaga beliau. Masa kami adik beradik siap bergaduh nak jaga beliau. Mesti beliau rasa sangat disayangi kan.. Kami tahu mak mengandung masa tu aku di penghujung sekolah rendah. Tahun enam. Memang hepi juge la. Kami expect adik laki sebab masa tu turutan adik beradik kami, girl-boy-girl-boy-girl. So kalau ujung tu boy alangkah perfect kan.  Mak eksiden masa ngandungkan beliau. Melambung melangkaui kereta yang dilanggar mak di bahagian pintu depan bila kereta terbabit melintas jalan tanpa menyedari mak. Tapi alhamdulillah, tak keguguran. Utk peristiwa ni, kalau kami sakit hati atau saja nak sakat adik kami ni..kami akan guna ayat; " Ko ni...mak dah taknak kau sebenarnya tau tak. Mak dah try langgar keta lambung guling-guling..ko tak gugur gak. Bukan main nak jadi kuarg...

puasa datang je..teringat aku memori Ramdhan suatu masa dahulu

Puasa nak sampai dah ek...?? Dah habis bayar belum wanita-wanita mahu pun laki2 di luar sana tu? Harapnya kita sume dah bersedia la ye nak menghadapi puasa ni. Aku dah sedia ngan beras sekampit kat dapur tu. Time pose aku akan masak nasi putih dan beli lauk luar. So sebulan mmg cukup sangat la sekampit beras tu..lebih2 punye. Heee..sebelum pose punya citer stat, aku letak 2 link citer pose aku yang aku akan kenang setiap kali bulan pose menjelang. Citer anak muda yang cari duit untuk meringankan beban mak ayah dia, untuk yuran SPM dan yuran adik2 dia..Ada masa belek2 la. Memori Puasa 1 -Kisah pengalaman interbiu pertama seawal umur 16 bulan Ramadhan demi mencari duit yuran SPM dengan niat taknak susahkan mak ayah. Siap tipu interviewer dah berenti sekolah... Memori Puasa 2 -Kisah kerja di tempat yg orang tak akan sangka kau punya keputusan cemerlang Laptop takde..ni pinjam housemate ku yang lain plak. Pagoh, tuan laptop yang aku pinjam tu nak pakai laptop dia untuk surf kat lua...

Lepak Mines lepas hangout 11 mlm-2 pagi bersama Kuarga

2 minggu lepas, mak ayah aku mai sini. Patutnya aku join budak2 opis aku main paintball kat Taman Melawati..tapi plan yang punya la dirancang awal dengan berlandaskan bonus tu terpaksa aku abaikan sebab mak ayah aku ada sini kan..Kot ada plan nak kuar ngan mak ayah..Laigpun malam sebelum tu ada ura-ura kata nak ke P.D. Aku amek adik aku kt KLIA pas keje. Sampai je umah adik kau kat S.Alam, depa terus suruh siap-siap. It's family time!! Kul 11 malam kami sume keluar go Ole-Ole untuk main boling. Hahaha..Adik bongsu aku cakap mmg abah dah hint nak main sejak dari kampung lagi..kih kih. Sporting kan...?? Kami main smpi kul 2 pagi gak la smpi umah. Singgah Uptown bagai kan. Tapi malas nak amek gambar masa tu. Hari Ahad kami ke Mines. Saja jalan2 and aku pun nak beli barang-barang skit. Beli la barang-barang untuk mak ayah. Tapi ada barang yang aku suggest kat mak beli je kat kampung sebab lagi murah. Twister botol besar tu tak sampai 5 inggit..RM5.20 cmtu nak banding kat KL dekat2 ...

Naik ke tak ni?? Layan Jue Aziz lagi baik

Mesti banyak blog akan tulis pasal minyak naik rega...aku malas la nak join...wat aku naik minyak pula...kutuk la camne pun..bukan leh ubah. Cuma yang aku pelik sangat, masa tengok berita 'Yang Berkuasa' itu bukan main sarcasticnya masa ditemuramah yang harga gula takkan naik "saya kata tak naik rega.tak naik la..apasal tak caya?? Haaa..tengok la esok naik ke haraga gula. Beli la banyak2..beli" Yang aku tak paham..padahal seminggu sebelum kenyataan beliau lagi aku tengok kat Giant dah naik Rm1.65 sekiogram. Apa ke benda kenyataan "Yang Berkuasa" ni? BUkan ke tu pun dah naik 15 sen? Aku tak tengok sangat berita..tp aku beli memang rega macam tu. Ingatkn memang dah naik rega. Tp seminggu lepas tu dengar kenyataan "Yang Berkuasa" ni..haisshhh..tak paham aku. Tunggu je la kat akhirat nanti soal jawabnya. Eh, tercakap gak pasal naik rega. Baik aku layan gambar JueAziz...kalau aku leh tukar tempat kejap ngan Ako kan best..hehehe..D.E.M..hot mu Jue...

KEA Farm cameron Highlands

A continuation of my Cameron Highland Honeymoon journey~~ During the night stay at the hotel, our concern on what to feed our stomach was easily forgotten when the receptionist handed us a voucher ticket for the night's steamboat dinner. Nice~~~ At first I thought it was going to be first come first serve basis-whoever comes would get better selection of the dishes, so we went down after our jamak prayer performed on the very bed. There was no space to have a proper corner to pray. The staff asked for our steamboat voucher and lead us to a vacant table. The dishes is prepared per table. So, everyone gets a fair portion of it. But you can take the fresh vegetables and the green leaves as much as you can. I could sip as many glasses as I want of this nice golden tea throughout the dinner. Hehehe. Niceee The next morning, as planned we went to KEA farm again to buy fresh veggies for my Mom. I really hope she could cook us a great tom yam with it. Hehehe. Mom has already texte...

tolong la tepuk bahu saya..kita jemaah secara ikhlas..tolonglah~~

The previous entry about how us guys looking and have an everyday glance, stare or whatever term you would name it is actually making me missing my wife..nyiahahaha!! Displaying those girls, Ayu Raudhah, the infamous with her attitude - Zarina Ann Julie, Hetty Sarlene, Sharifah Sofea and my beloved Nasha Aziz!! Fuhh!! it was too much to handle!! Ekekkeke~~ Cembam..I miss you..oh, I'm so missing the leisure time spent on the living room while watching Astro. Haishh!!! Kat tempat cari makan ni, aku dapat nikmat berjemaah dengan faktor yang berlipat kali ganda dari dok umah. Yelah, sini surau tepi tu je..kat umah bukan tepi tu, tapi depan tu. Sukar sikit la. Ada juga ku cuba-cuba menjinakkan diri. Kadang berjaya kadang tidak di rumah tu.  Tapi kat surau tempat cari makan ni ada challenge tersendiri plak. Kadang masa kita masuk surau ada 2-3 orang je. Kita yang dah siap amek semayang ni nak jadi imam. Tp melayu yang penuh budi bahasa dan malu tak bertempat..seakan segan nak ca...

Mata lelaki, kemahuan dan cara mengatasi..mungkin la..

Jard citer pasal kecurangan pompuan...sebab-sebab mungkinnya benda tu jadi. Ianya fakta, tapi mungkin betul atau mungkin tidak. Aku pun nak citers something pasal lelaki. Ni dari pandangan dan pengalaman aku lah. Betul atau tak, pandai2 la pilih.  Betul. Laki suka tengok pompuan cantik. Dahi licin orang kata. Skang ni plak akhir zaman, kami suka tengok yang seksi la of course. Aku tk ingat sapa tanya aku, bini aku kot. Dia tanya " laki skang suka yang chubby-chubby ye? ", sambil menunjuk pada satu kapel yang mana laki nye kurus n awek nya gempal. Aku jawab; " ye kot..tapi kami suka yg boobs besar sbnrya..tapi taknak la besar sangattt~~ Kadang pompuan chubby ni mmg la tak ada curve macam model..tp ada boobs tu kot. Satu daya tarikan yg besar tuh. Kalau gempal tp boobs kecik..tak nais ah. Takpun jadi la rembat mana ada...sebab ada laki kapel bukan sebab cinta and nak kawen..stok geli2 orang kata "   Credit to AceejayFotografi Tapi kadang mmg ada laki yg suka gadi...

Jangan kahwin dengan wanita-wanita ini

Macam patut dikongsi. Dicatat oleh imam Al-Ghazali. 6 jenis wanita yang kita tidak patut kahwini; Dicatat oleh Imam Al-Ghazali ... Jangan engkau kahwini wanita yang enam, iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah." Wanita Ananah: Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Wanita Mananah: Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu." Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. Wanita Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki   barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Wanita Baraqah: Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan...

Selamat Hari Jadi ye Cik Wafaaaa~~~

Laptop takde, jadi tak dapat nak memproses gambar-gambar yang baru diambil. Huhu. Tapi takpe, aku ada something yang nak dicoret hari ini. Hehehehe. Hari ni hari jadi Cik Wafa Manje yang kuat kerja. Beliau ni aku pes kenal...errrr~~~ lupe lah. First jumpa kat mana ek?? Macam time gathering. Tp bukan yang pertama kat Pak Li rasanya. Tak hengat la plak. Tapi yang penting Cik Wafa ni baik sangat orangnya. Walaupun dia ada gelaran Mak Tiri. Tapi mak tiri yang baik la. Hehehe. Dia sanggup amek kawan2 dia untuk gi jumpa lepak2..bercabang-cabang plak tu kadang dengan Cik Sona beliau. Dia tak lokek nak belanje makan, belanja betik..buatkan kek untuk kitorang dan siap belikan jambu madu loceng untuk aku. Huhu..Cik Wafa ni memang baik hati orangnya.  Bersempena dengan Harijadi beliau hari ini..saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wafa. Semoga panjang umur, dimurahkan rexeki dan bertemu cinta hati yang akan mengappreciate beliau seadanya.Gambar ini adalah hadiah utk ko Wafa. Semoga hari2 m...

Berak senyap2..bungkus surat kabar, masuk plastik dan homerun!!

Thanks to yong.abdullah , shag , merduwaty dan Totyati kerana sudi follow blog ni. Harapnya korang dapat apa yang korang nak dengan memfolow blog aku ni..=] I don't have a laptop remember. Pagoh, my generous housemate whom let me use his laptop all this while after mine was stolen months ago had to use it and bring it to his hometown. Tomorrow I might be able to use it as usual. Hehehehe..Tak betah without a laptop at home. I want to watch Initial D anime till the last episode. I have 3 series with me..hehe. Ada orang yang punya masalah penghadaman. Ada yang terlalu cepat penghadamannya, ada yang susah sangat sampai kan nak melepaskan seru tu dah macam nak lahirkan anak sulung. Aku, alhamdulillah..dikurniakan Allah tubuh badan yang sihat walaupun kecil comel. Kalau aku makan..dalam sejam, yang lama tu akan berteriak mahu keluar. Punya bagus sistem penghadaman Allah bagi aku pinjam, kadang tu aku boleh mintak mereka ni kuar..in case nak naik bas ke kan. Tknak la terasa nak be...

Memmuah Final series!!! Lebih angker dari biasa

Fuh!!!!~~~ Tak larat aku nak aplod gambar korang. Dah la lawa-lawa sume (ehemmm). Kalau buruk tkyah nak aplod..senang citer. Fuhh...susah betol. Ok, ni anggap batch terakhir gambar-gambar geng Memmuah yeee..Aku nak setiap orang blanje aku pasni..ekekeke.   Cubaan pertama bergambar ngan 3M aku. Manje, Mulus dan Montok. Tapi ada sorang lagi menyelit nak jadi M juge. Mwahahaha!!! Ngehehe~~~ Ni baru betul 3M aku..cam Charlie's angels la. Tapi ni my M Factors!!! Girang kan diorang dapat bergambar ngan aku..mwahahahaha!! Ni bersama jejaka Memmuah malam itu. Keri-on nama dia..Dia memang leh Keri-on punya. Dun worri..teettt teetttt teettttt Haa..gambar ni memang kena aplod berangkai. Ni cubaan melompat kanak2 Memmuah ye...di sini cikgu nak tekankan bahwa tinggi lompatan tidak penting..yang penting semangat jitu dan anjakan paradigma yang dipertontonkan. Contoh terbaik..kita ambel Mulus yang berada di kiri sekali dengan beg pink beliau. Kamu boleh lihat anjakan paradigma dan sem...