Skip to main content

Imaginasi suatu masa yg menjadi tanda tanya

Aku seorang yang kuat imaginasi nya...

begitu kuat..

Masih ingat masa kita berjumpa ramai-ramai bila Fradoo ABC sebagai santapan? Mahu diedar kad jemputan Hari Besar aku? Ingat lagi tak?

Ingat lagi tak sedang aku duduk terdiam memandang kosong lantas kamu-kamu menegur "Hemy? Ingat kat sapa tu? Ingat tunang ke?". Ingat lagi kah kamu malam itu soalan yang diaju?

Ingat lagi tak kala itu, kameraku yang hilang diambil oleh sang durjana aku letakkan di atas meja. Sekarang aku ingin khabarkan apa yang sedang bermain di kotak fikiran aku beberapa saat sebelum kamu menegurku kembali ke alam realiti. Aku berkhayal...aku berimaginasi sebenarnya kala itu;

Seorang laki yang entah dari mana..berjalan dengan niat tidak mahu dicurigai tanpa sedar yang setiap geraknya diintai dan diperharti dengan baik. Pemuda tadi terus menyambar kamera DSLR yang kelihatannya tanpa kawalan. Fikir lelaki itu, semua orang hanya mampu terpempan dan terbungkam saat dia mencapai kamera itu dan berlalu pergi.

Tapi lelaki itu silap. Sedang dia baru ingin mengorak langkah dengan tali silang DSLR itu sudah ditangannya, dia terdengar derap kaki dari bahagian belakang. Mahu tidak mahu, dia perlu menoleh untuk melihat apa yang berlaku agar langkah seterusnya boleh dihayun mengikut rentak kesesuaian plan jahat beliau.

Elok saja dia menoleh, kelibat manusia yang seakan-akan terbang menuju beliau dengan kaki yang telah dihayun separuh ke arahnya. Ah! Tidak sempat lagi mahu dielak, apatah lagi untuk ditepis. BHAMMM!!!!~~~. Tepat pada mukanya. Patah hidung lelaki tadi. Berhamburan darah memancut akibat tendangan yang pantas datang entah dari mana.

Belum sempat lelaki pencuri tadi terduduk ke bumi, DSLR yang dipegangnya telah pun dicapai oleh satu tangan yang lantas kuat merentapnya dari genggaman. Berpinar mata mahu mengecam siapa menyerangnya sebentar tadi. Namun baru sahaja mahu bertindak balas, satu lagi tendangan menghinggap dari bhgian bawah tepat ke dagu.

Kelam..gelap...

Sedarnya lelaki yang cuba mencuri tadi dengan lampu biru siren polis yang telah tiba untuk membawanya pergi. Salah langkah dia malam ini. Rupanya tuan empunya sentiasa mengawasi harta yang diletak kosong atas meja. Sejurus melihat dia mencapainya dan cuba berlalu pergi, tuan empunya sudah pun melompat melepasi meja menggunakan kerusi yang anda dan terus menyerang tanpa menyoal kerna sudah terbukti apa yang mahu dilakukan.

just for fun


*************************

Tu lah yang aku imagine malam itu. Yelah, aku manusia biasa yang dihidang dengan aksi-aksi hebat hero di kaca TV. Aku juga teringin jadi hero dalam dunia aku sendiri...=]


Mood bahasa agak novelis kerna penangan Legasi Cinta Alisia karya Shafaza Zara..=]

Comments

Yunus Badawi said…
Masa kecil dulu aku ingat jadi Giant Robot hehehe
zonaku said…
ni berkaitan kamera lama ker??????


bunyik cam ko imajin belasah pencuri tu jer
wei hemy.ko ok ker?hahahaha
Masy said…
tuan empunya sudah pun melompat melepasi meja menggunakan kerusi yang anda dan terus menyerang.. <-- kerusi yg anda apa weh? tergantung ni. hehehe
baincardin said…
Salam.

Cahaya-Bagaimanakah rupa kebesarannya? Jom kita menghayatinya bersama! ^_^
Syah Shah said…
imagine ajelaa ko dapat, nak buat bebetul dah tak dapat... mueheheheheheh :P :P :P
HEMY said…
ni aku imagine masa kita jumpa ramai2 aku bagi kad tu...aku termelangu..then wafa ke sapa tegur ingat apa...

salah taip la masy..'ada'...

YB..giant robot bukan stat imaginasi..main petang2 aku jadi robot
Mak Su said…
iyaaaaaa! dush dush dush, dusyum! buk bak buk bak....haipppp!!!

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Eczema?? (==)

Ingat x ruam2 yg xiyad kena kat pipi aki citer the other day? aku post status fb tny kwan2 krim yg bole disyorkan n mmg kwn2 masing2 share krim yg depa penah pakai n berkesan utk anak diorg. Tp kalu lain punca dia, lain puka ubatnya. So aku try bedak ruam dulu. Pakai pas mandi n waktu mlm nk tydo. Alhamdulillah dia kurang skit. Xdela terus ilang tp kurang byk. Cumanya cuti ni bila last day kt ganu aku prasan ada naik ruam baru. Hmm.. Padahal sejuk kt ganu tu. Jadi probably ruam alergi n bukan pasal panas la kan? And the worst thing masa nk blik kl aku spot ada ruam baru yg mcm nanah sebijik dh hinggap pipi xiyad. Mmg stat risau la dh aku. Terus bgtu cembam smpi2 kl nk singgah az-zahrah utk dptkn nasihat krim plg seswai utk ruam xiyad ni. Tp sbb dh penat, tertangguh. Nk pegi pg sbtu sblum ke cameron pn xjd sbb ramai sgt. Kami ke klinik salam kt s.alam je. Dptla krim. Tp doktor advised jumpa pakar gak. By this time mkin byk naik kat muka. Kerak kepala xiyad pn makin teruk. Alahaiii n...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...