Skip to main content

Posts

Showing posts with the label almari

Aku sebuah Almari. versi budak darjah dua

Aku sebuah almari. Lahir ku di suatu sudut daerah terpencil yg mana Pasaraya Billion dianggap syurga shopping bagi peduduk Daerah tersebut. Lahir ku disambut dengan bunyi-bunyian enjin yang menderu, pemotong yang nyata menyilukan mereka yg lalu lalang serta bau kayu yg sangat kuat diselang seli dengan bau varnis yg sengit. Aku diberi nama Kebenzi . Disambut oleh seorang bidan lelaki, berpeluh hauk dan berbaju hapak dek peluh keringat. Aku kemudiannya dicat hitam menawan hitam nampak kemas..nama saya Rain sebelum dipindahkan ke bilik pameran utk tatapan bakal-bakal pemilikku. Sebagai sebuah almari, sudah lumrah ku mahu berbakti kepada tuanku sehingga ke akhir hayat. Berdiri utuh aku saban hari melihat mata-mata yg menatap serta tangan-tangan yg merayap merasai sekujur tubuhku namun haram tak pula aku dibelinya. Suatu hari aku lihat seorang lelaki separuh umur berkunjung ke bilik pameran. Bunyi TING TONG yg memang menyambut setiap pelanggan kami di pintu masuk membuatkan aku terseda...