Hmm.ari ni nak share pasal dilema aku baru-baru ni jadi fotografer upahan. Kira job yang orang bagi. Bukan job sendiri yang biasanya orang yang aku kenal atau client tak pernah kenal tapi aku deal pakej terus. Ini job yang fotografer lain bagi aku.
Kawan aku tolong cari kan bila aku mintak dia kontek aku sebab kalau leh lepas bayar bulan2 kamera pn dah OK. So sorang fotografer ni call aku suatu hari ni. Hari Khamis kata nak bagi job sabtu ahad. Mula2 aku refuse sebab aku cakap aku tunggu call dari Hari Selasa (kawan aku call ari selasa kata akan ada orang kontek aku pasal job). So bila smpi khamis takde, aku plan balik kampung n attend wedding kawan la. Then aku cakap kalau ahadnya tu leh balik awal, dalam kul 2, yakni takde outdoor boleh la kot. Dan lagi nak gi kenduri kawan. Dia kata OK nnt dia tgok kan.
Esoknya bila aku dah kat kampung baru dia call kata ada job. Malam berinai sabtu n Ahad sanding. Aku ckap leh balik awal? sanding awal? Dia kata ye. Then tanya pasal payment. Aku dh berat dh sebenarnya nak amek sebab last minit sangat. Tau ke dia style gambar aku cane? Kang komplen plak. Tapi gaya cakap macam dah takde orang lain. Dia kata satu roll dia bagi RM80. Amek 3 roll. Aleee...main roll la plak.
1 roll = 36 keping. 3 roll = 108 keping. campur2 kira halal 120 keping la.
120 keping untuk 2 event..malam n pagi. Coverage at least 7 jam. Dem!!! Mmg tak menarik. Tak baloi ngan penat dan modal kamera. Job plak kt Bukit Kuching Sg Buloh nuuu..jauh dari umah aku kat Puncak Jalil nuuu...Then aku nak tolak cara baik aku meseg dia "Bang..tambah lagi la RM60 minyak. Kalau tak, bagi la kat orang lain job ni". Aku kira2 mudah kasi genap upah RM300 kan. Then dia balas "OK..minyak RM50". So dengan hati reluctant, aku amek la job tu. Lepas duit installment..jadi la. Aku yg kat kampung dah terpaksa anta adik aku balik UPM dulu and bertolak petang Sabtu ke Bukit Kuching. Malam tu sebaik dapat lepak umah member kat K.Sgor. Kalau nak balik Puncak Jalil dulu..perghhh.
Pendekkan citer, Sabtu malam aku kena cover dari kul 8 malam smpi 1 pagi. Tunggu mekap siap smpi kul 10.45 cmtu. Bila kuar baju Jawa. Ingat nak berinai baju jawa..upanya amek gambar je. Berinai tukar baju lagi. Dah tunggu la lagi aku. Dok sembang ngan kuarga pengantin laki smpi habis modal. Abes kul 1 pagi. Sian kuarga pengantin laki. Tapi takpela..setahun sekali..hari dia. Esok pagi datang kul 10pg, aku bagitau siap2 kat pengantin aku balik kul 2.30 ptg macam tu. Sebab dah bagitau fotografer yang bg aku job ni yang aku balik awal. That's the deal.
Ok..skang dilema dia;
1. Malam tu je dah cover 5 jam. Plus pagi esoknya 4 jam. 9 jam tu. Kalau ikut fotografer yang takde nama sangat pun..5 jam dia caj paling murah 350. Kalau tahap2 kawan2 shootNburn RM300 seharian. So upah 240 utk 3 roll tu korang leh compare la.
2. Amek gambar malam je dah 120++ gambar. Tapi takpe, aku bajet 3 roll gambar adalah gambar terbaik. So aku tak berkira sangat la. Lagipun nk test kamera baru. Total aku amek gambar 306 keping. Tu aku dah delete mana tak elok.
3. Aku sangat kekok nak buat keje. Aku nak wat keje setimpal ngan penat aku. Jadi aku tersekat2 nak amek gambar. Nak amek gambar2 detail and pelbagai pun aku kompius. Disebabkan cara roll ni. Aku amek banyak2 n cover macam job biasa aku..rugi la aku. Penat lelah peluh berkuyup2 ngan jumlah gambar banyak tapi bayar tetap ikut roll. Betul tak? Aku jadi terbatas. Amek gambar pun macam just amek gambar standard yang orang akan letak dalam album and print. Aku jadi berkira ngan jumlah shoot aku. Berkira2 pnun 300 lebih gak gambar.
4. Bila burn and bagi gambar kat fotografer tu, dia bagi duit minyak je dulu. Duit gambar tungu gambar kena review. Aku dah tak sedap dah. Aku dah buat keje aku. Aku upah fotografer untuk tag ngan aku, aku bayar dia terus lepas shoot.Tak kira gambar camne. Tp of course aku dh tau stail backup aku tu camne. Then malam lepas aku bagi gambar, fotografer kata gambar aku kureng smpi dia cakap "tak tau nk cakap kat mak andam camne". Kira macam kureng gile la.
5. Sudahnya aku tak dapat lagi payment. Ni kali kedua. Dua2 job yang bukan direct aku punye. Aku malas nak mintak. Niat tak berkira ngan upah sedimikian tu..untuk dapat network, tak berbaloi. Tapi fotografer tu bagus..dia siap nak ajar lagi cara amek gambar ngan baik utk tolong orang melayu. Mekasih sangat. Suh datang umah. Umah area Meru tu..mana le aku nak gi sesaje. Jauuuuhhhh~~~. Aku bgtu dia tu first time job ikut roll..aku kekok nak berkarya. Nak amek ghupe camne pn pening.
Kesimpulannya. Bila jumpa sembang time bagi gambar tungu burn tu baru tau area2 Kapar, Sg Buloh sana masih ikut roll. Kata dia, dia caj direct kat pengantin RM200 satu roll. Aku tak tau la tu sume termasuk fnal produk album apa sume tu ke tak. Aku assume sume la. Memang sangat murah. tapi kalau job direct ko sendiri amek..OK la. Bagi sticky album. 100 keping 4R n 8 keping 8R, ada untung lagi la walaupun skit.
Tapi utk fotografer yang job atas job cam aku, aku rugi. Aku dibayar 3 roll. 1 roll RM80. Cover 2 hari...tu aku mintak balik awal..kalau besa smpi abes..smpi kul 4 gak. Baper jam punya cover tu. Around 10 jam 2 hari. Penat, masa dan modal kamera utk RM240. Mak aih.berbaloikah? Then gambar nak kena nilai plak lagi.
Mind set aku yg first job guna roll ni, maybe pengantin bajet kecik la kan. So, jgn expect tinggi sangat. Aku wat kerja aku sama kadar ngan apa yang aku dapat. Tu pn dah kira tak berkira sangat la aku tekan shutter aku tu. Tp rupanya, job belah sana yang aku assume, bayar roll..tapi cover macam biasa..sehari suntuk. Again, as job atas job aku rugi le..kalau job sendiri..ok lagi nak cover macam usual.
Adakah salah cara aku berpikir. Aku mintak as kawan-kawan yang nak print sendiri.RM300 untuk seharian cover. Smpi la outdoor. Pagi smpi petang. Kalau nikah aku caj RM150 je untuk shootNBurn. Tu tak kira kalau kadang nikah event dia pun outdoor malam smpi kul 1-2 pagi (cam first job aku kat Palace of Golden Horses)
100 untuk Usaha, titik peluh, masa dan sume tu
100 untuk modal kamera
100 untuk untung.
Banyak sangat kah aku amek untung?
Untuk bakal pengantin.memang la kita nak bajet. tapi kena fikir gak fotografer awak orang biasa. Jangan expect tinggi melangit kalau bayarnya tak setimpal mana. Penat orang tu amek gambar. salahkah cara ku berfikir?
Ni job yang aku maksudkan.Buruk sangat kah? Aku amek gambar macam terlebih exposure sebab aku mmg tau apa nak dibuat ngan gambar tu. Pesan aku, anak amek fotografer, tgok hasil2 dia kat website..kalau berkenan amek la beliau. Tp amek dia gaya gelap2..tapi nak gambar gaya2 terang2. Amek fotografer picisan..tp nak gambar cam saiful nang. Bayar picisan. Hmmmm~~~
Comments
bkn kutuk ko. kutuk dorg.
nak superb punya hasil, kena lah bayau lebih kan.
nak grand2 byr lebih r...
amik la photographer yg terkenal...
byr pun byk tu..xkan la nak expect gambar yg hebat2.... agak2 la...
sabor je la hemy...
mekasih maksu...mmg saya tau apa sy nak tiap kali sy amek gambar..apa sy nak wat ngan gambar2 tu..hmm..
hemy, ko kena tag, http://ceritakosong.blogspot.com/2010/07/tag-dan-award-bestest-blog.html
gmbr tu cntik la
memmuaaahhh