Sejuk lesu. Mata yang menatap skrin tidak berkedip mula keletihan. Aku berlalu keluar perlahan. Cari sudut menarik untuk aku duduk menghela nafas sambil memandang hijau alam buat terapi mata yang keletihan. Salah seorang pengawal yang bertugas senyum menyapa aku
"Duduk sahaja, mengantuk jadinya"
"Yelah.sejuk pula tu"
Sambil terlihat botol titis mata permata hijrah yang aku letak di sisi, pengawal tadi menyapa.Nama yang tertera pada tanda nama terlupa pula aku apa gerangannya.
"Apa bendanya tu?"
"Oh..Permata Hijrah"
"Ooo..pakai spek juga ye? Saya pun pakai spek. Tapi sebab tempoh hari patah. Hendak dibeli baru, walaupun 120 ringgit cuma, seperti banyak pula yang boleh disalur pada anak kecil berdua di rumah tu"
Angguk sambil senyum.
"Yelah, saya habis seribu juga setiap bulan untuk anak tu. Untuk susunya, makannya. Hantar anak saja sudah 500 keduanya. Itu pun sesama jirang (jiran)", Abang tadi terus berkongsi luah rasa hidup sebagai rakyat Malaysia yang subsidinya baru saja diselaraskan. Loghat pantai timurnya sekali sekala terlepas juge.
"Bukan tak boleh nak buat spek baru. Tapi rasa bersalah pula pada anak2. Kena jimat la sudah berkeluarga. Seekor ayam selalunya bertahan 4 hari. Kecil2 kami potong. Asalkan berlauk. Itupun saya syukur dapat sewa rumah RM200 cuma termasuk bil air dan elektriknya. Isteri mujur berkerja. Kalau tidak, berak cair juga rasanya", pengawal ramah tadi terus becerita sambil aku memberi respon seperlunya dan seramahnya.
Masa terus berlalu sambil kami berkonsi cerita. Pengawal tadi meminta diri untuk masuk semula ke dalam sebelum berpatah balik semula dan bertanya samada aku sudah berkahwn;
"Dah kawin ke?"
"Baru 4 bulan kawin"
"Ooo.4 bulan dah anak?"
"Eh..tak..4 bulan kawin"
"Oooo..nnt isteri mengandung bagi makan kurma bang. Kulit anak jadi cantikkkkk..tak banyak. macam saya tak mampu, saya bagi makan sebijik sehari kan..jadi la..tapi maintai sampai 9 bulan"
"Oooo"
"Ni anak saya", pengawal tadi mengeluarkan dompetnya untuk memberi aku lihat gambar dua cahaya mata beliau. "Duit pun ada 15 inggit je"
Memang putih gebu kulit anak dia. "InsyaAllah bang..nanti saya amalkan andai ada rezeki'. Lalu aku masuk ke surau untuk bersembahnyang dan pengawal tadi meneruskan kerjanya.
Aku dah tau mana nak bagi duit untuk zakat fitrah bulan ni. Aku rasa dia layak..layak tak?
Comments
good entry bro. thumbs up!
bro, tadi tekan2 link asyik sampai kat web bible..menggelabah gakla
bro taip http://hasnuleffendi.blogpsot.com, fuh akhirnye jumpa blog ni he
jd jgn lah bsedih n stiasa bsyukur
br pg td aku dgr ceramah bersamam ustaz tajuknya "kufur nikmat" ;)
layak sgt...