Skip to main content

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Khutbah Sembahyang Jumaat tadi pasal sedekah dan zakat. Ramai sungguh manusia di Masjid Bandar Baru Bangi ni. Sampai keluar-keluar. Rasa macam besar dah. Ke sebab selama ni memang selalu tunaikan semayang jumaat kat Masjid yang lagi besar macam Masjid Besi Putrajaya dan Masjid Perskekutuan.

Tapi sejuk hati sebagai muslim bilamana masjid2 ni masih lagi dihurung dengan umat islam yang masih patuh dan mahu bersembahnyang jumaat. 

Sedang enak aku dengar khutbah tentang sedekah dan zakat di luar, melabuh punggung atas tangga batu, aku lihat seorang perempuan dengan tong/tupperware besar sedang berdiri tegak beku di luar tempat letak selipar yang banyak dan bertaburan tu. Berdiri tegak memegang tong yang tertampal tulisan

"Bantu saya untuk rawatan dialisis mingguan ayah saya yang sakit buah pinggang"

Sedih hati tengok. Semenjak ada manusia durjana yang kejam dan memanipulasikan sifat tolong menolong, sifat mesra dan ingin membantu rakyat Malaysia nih, aku memang perasan sudah ramai yang tidak lagi percaya dengan orang-orang yang meminta sumbangan duit atau lebih mudah dilabel sebagai meminta sedekah.

Tapi melihat perempuan itu berdiri tegak dari awal mula jemaah masuk ke dalam masjid sehingga penuh dan melempah ke luar..tegak masihnya di situ buat aku rasa terharu. Kalau memang betul ahli keluarganya ditimpa musibah yang tidak dapat ditanggung financially oleh keluarga perempuan tadi..alangkah kasihan. Apatah lagi kalau dibayangkan keluarga sendiri yang ditimpa musibah sebegitu.

Usai sembahyang aku lihat kakak tadi sudah tiada. Aku beli karipap dan air kelapa dan belalu keluar sebelum terlihat semula kakak tadi. Gelap kulit bahang matahari. Dapat aku lihat bekas air mata yang pernah mengalir sebelum ini. Kasihan. Alhamdulillah, ada juga yang mahu memasukkan sesuatu ke dalam bekas yang dipegang erat perempuan tadi.

Semoga ahli keluarganya cepat sembuh dan mereka dapat menanggung segala perit jerih dengan sabar. 


Kalau ada orang mintak sedekah, dan rasa taknak bagi sebab macam menipu..tak bagi sudah. Then diam..Jangan nak kutuk-kutuk. Sebab kita tak tau pun dia itu memang memerlukan atau sekadar suatu konspirasi bukan?

Comments

tp ada ja yg macam celaka dok maki2 plak peminta sedekah tu..

hang tak mau bagi sudah jgn la dok maki2...

tak ke mcm celaka tu??
HEMY said…
tuh la..aku tgok gak senario tu..
faizalnizam said…
salam bro. takpela. kalau rasa nak bagi, bagi jer. samada org tu betul2 dalam susah atau sindiket, itu urusan dia ngan Allah. :)

betoi tk bro?
yess... bantu apa yang termampu...di samping doakan diorang dipermudahkan urusan
en_me said…
sian kanns.. tp takut kalau2 ada sindiket mempergunakan orang macam akak tewww.. uhuhu
Syah Shah said…
klu mintak sedekah ni aku kekadang je bagi... tapi kalu mintak derma besanya memang bagi...
HEMY said…
betul tu fyzal..kita bagisedekah pn antara kita ngan tuhan

hazman : yep..kalau tak mampu nk bagi..cuma mampu pandang takpe la dengan rasa kesian..jgn kutuk

en_me: ahahhaa..Masy dn Anne dh tobat dah..tak wat keje2 sindiket tu lagi

syahshah : yep.sllnya pn aku camtu
zonaku said…
hehehee... anne n masy x komen pun ni..... ko pasti ker diorg dah hentikan sindiket diorg tu????



kadang tu, rasa nk bagi, ko bagi jer la... xyah a nk maki ker syak wasangka ker...

xmo bagi, sudah!
Mak Su said…
dialisis mmg byk pakai duit... huhuhuhu, belanja pun mahal.
Masy said…
tetibe je kan petik nama aku! hahahahahahaah

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Eczema?? (==)

Ingat x ruam2 yg xiyad kena kat pipi aki citer the other day? aku post status fb tny kwan2 krim yg bole disyorkan n mmg kwn2 masing2 share krim yg depa penah pakai n berkesan utk anak diorg. Tp kalu lain punca dia, lain puka ubatnya. So aku try bedak ruam dulu. Pakai pas mandi n waktu mlm nk tydo. Alhamdulillah dia kurang skit. Xdela terus ilang tp kurang byk. Cumanya cuti ni bila last day kt ganu aku prasan ada naik ruam baru. Hmm.. Padahal sejuk kt ganu tu. Jadi probably ruam alergi n bukan pasal panas la kan? And the worst thing masa nk blik kl aku spot ada ruam baru yg mcm nanah sebijik dh hinggap pipi xiyad. Mmg stat risau la dh aku. Terus bgtu cembam smpi2 kl nk singgah az-zahrah utk dptkn nasihat krim plg seswai utk ruam xiyad ni. Tp sbb dh penat, tertangguh. Nk pegi pg sbtu sblum ke cameron pn xjd sbb ramai sgt. Kami ke klinik salam kt s.alam je. Dptla krim. Tp doktor advised jumpa pakar gak. By this time mkin byk naik kat muka. Kerak kepala xiyad pn makin teruk. Alahaiii n...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...