Hahaha...bawah ni adik bongsu aku. Nope..bukan tarikh lahir dia atau apa sahaja tarikh yang berkaitan, tapi sebab ada gambar ni..aku teringat citer suka duka masa adik aku ni kecik. Masa kami adik-beradik sama-sama jaga beliau. Masa kami adik beradik siap bergaduh nak jaga beliau. Mesti beliau rasa sangat disayangi kan..
"Ko ni...mak dah taknak kau sebenarnya tau tak. Mak dah try langgar keta lambung guling-guling..ko tak gugur gak. Bukan main nak jadi kuarga kitorang.. Haaa!! apa kata beri jasa skit. Gi basuh keta aku"
"Dulu, kita yang dapat jajan. Dulu kita yang orang sayang-sayang...tak sukeeee!!" sambil buat iklan gaya budak conteng dinding kena lap balik ngan mak dia
Apap pun..biar terus betah tinggal di umah yee
Kami tahu mak mengandung masa tu aku di penghujung sekolah rendah. Tahun enam. Memang hepi juge la. Kami expect adik laki sebab masa tu turutan adik beradik kami, girl-boy-girl-boy-girl. So kalau ujung tu boy alangkah perfect kan.
Mak eksiden masa ngandungkan beliau. Melambung melangkaui kereta yang dilanggar mak di bahagian pintu depan bila kereta terbabit melintas jalan tanpa menyedari mak. Tapi alhamdulillah, tak keguguran. Utk peristiwa ni, kalau kami sakit hati atau saja nak sakat adik kami ni..kami akan guna ayat;
"Ko ni...mak dah taknak kau sebenarnya tau tak. Mak dah try langgar keta lambung guling-guling..ko tak gugur gak. Bukan main nak jadi kuarga kitorang.. Haaa!! apa kata beri jasa skit. Gi basuh keta aku"
Haaa..ekekeke. Masa kecik beliau memang penuh ngan kasih sayang abang-abang dan kakak-kakak beliau. Bergilir-gilir kami jaga beliau. Cuma adik pompuan aku yang dah tak jadi bongsu tu ada la rasa tak puas hati ngan kehadiran adik bongsu kami yang tak reti merangkak masa keciknya. Leh mengesot je macam suster ngesot dek kerana tulang punggung terkehel akibat jatuh dari umah yang tinggi lebih kurang setingkat bangunan sekolah. Tembus dinding.
"Dulu, kita yang dapat jajan. Dulu kita yang orang sayang-sayang...tak sukeeee!!" sambil buat iklan gaya budak conteng dinding kena lap balik ngan mak dia
Aku ingat lagi bawak beliau nek beskal masa umur kurang dari setahun...atau cuma setahun lebey. Kami mana ada stroller pe jadah sume tu. Aku letak beliau atas tempat duduk basikal aku..then aku duduk kat bahagian carrier belakang. Aku peluk kemas adik aku then kami pun jalan2 naik beskal. Sampai ke pekan juge la. Kadang bila dia dh tido aku dokong sambil bawak basikal sebelah tangan. Heee..Kenangan tol.
Skang dah besa, kena jaga mak n abah kat umah. Dia je yang tinggal kat umah. Streamyx pn ada dah. Alhamdulillah walaupun dia bukan main asek men game je semedang..tp result dia masih OK. Masih top student. Tapi baru2 ni dengar khabar ada someone yang mula nak beat beliau. Usaha lagi ye Pikot.
Dari kecik dia dah faham pasal kuarga kami. Apa yang berlaku. Beliau matang lagi cepat dari kanak2 lain. Beliau takde nak mengada2 nangis hentak kaki nak lolipop sume tu. Beliau takde nak pergi kat orang lain and cakap "Mak kite beli selipar baruuu~~~ Haaa~~~". Dia matang and kadangkala kami lupa dia masih kecik suatu masa dulu.
Apap pun..biar terus betah tinggal di umah yee
Comments
takde sapa nampak betapa kasih aku kat adik tu??? d.e.m
ahahahaha
Lepas ni aku sarankan ko cari lagi contoh2 maut mcmana ko sayangkan adik ko tu. hehehe
ketara ko mmg sayang ngan dia.....
sbb famili aku pun amalkan mende y lebih kurang kat adeq.......
sbb dia lebih gelap dr kami sumer..... n kebetulan kakak dia paling cerah antara semua... so itam putih, paham je la ayat kami kasik kaannnnnn