Sembahyang Jumaat di surau Presint 8 tadi sebab teringin makan bihun sup Sukamari yang best kat situ. Kena plak time rasa-rasa sengal badan tak baper sihat ni kan. Hirup sup lada lada pedas dia tadi, fuh~~~ memang memuah le rasa dia. Leh lepak lama sikit situ sebab surau tepi tu je. Cuma sesak sikit la surau.
Antara topik perbualan tadi adalah mainan-mainan waktu zaman kecil dulu. Sumpit kacang hijau, Lastik getah dan senapang terung belanda, Baling selipar dan macam-macam lagi. Teringat pulak kat taman permainan dulu-dulu ada satu benda bentuk bertingkat-tingkat, buat dari batang besi macam kotak-kotak tu. Aku tak ingat pa nama. Aku google pn tak jumpa dah gambar dia. Ala yg korang leh panjat-panjat tu, bentuk empat segi palang-palang besi. Macam piramid tu..ingat tak?? Binci ar nk eksplen. Korang tak ingat sudah la..Haha..emo aku!!
Dulu stat main keliling batang-batang besi dan lari panjat naik. Sapa lambat dia jadi. Kira main kejar-kejar tapi lagi mencabar. Leh panjat-panjat dan pergerakan kena kemas. Kalau tak tersembam jatuh kau sambil mengejar tu. Even yang kat bawah pn takleh pijak tanah. Memang agak bahaya skit main ni. Tapi zaman aku dulu takde pulak mak bapak bising atau masuk kes paper. Ada la jatuh skit-sikit, tapi tak penah lagi pengalaman aku masuk sepital.
Ko kena panjat dan kejar. Gayut sume bagai. Dah macam citer yamakasi la. Bila citer ni terasa nak main balik la ramai-ramai. Cara gak kan. Memang menguji fizikal main ni. Paling teruk pn aku penah tersangkut kat perut time nak melompat pergi palang lain.Senak sekejap camtu je la. Tapi memang sangat best!!!
Aku tak rasa taman permainan skang masih ada lagi tak menatang ni. Tapi aku jamin takde kot. Mesti diorang bajet membahayakan budak-budak yang main situ. Zaman skang kan...sume bahaya. Kena cubit kat skolah pun mak bapak datang serang.
Comments
aku ajak ENC p, tp dia xnak.. ampessss.... siap ckp.. "Mcmlaa cyg bleh men.."
Kijammm!!
lawak lak ko jd emo..kikiki
agak2 besi tu bengkok tak?
GKSB, tak bengkok kot..tp ko sure jatuh terkelempap
ko bella ye ye je..ko penah main tak??
tp 1st time aku naik benda alah tu ngan adik aku, ada anjing datang n lepak bawah tu........
hampeh! jahat tau anjing tu!
aku x ingat sapa antara kami berdua berjaya lari sebelum anjing tu sampai...... y tertinggal tu menangis jerit panggil mak datang selamatkan.... rasa cam aku jer y minta tolong mak tu......
tapi aku dari dulu tak berani... aku ada masalah gayat yang sangat kronik. Heheheheh :D :D
lg satu yg tak membahayakan tu pon dah takde. ala mende yg bulat yg kene pusingkan pastu naik ramai2. tp tensen laa sbb bila dah berenti, kene laa sape2 turun n pusingkan balik. hahahahahha
=___=
aku syak mak2 semua sepakat halang kitorang main lah~