Skip to main content

Raket Pertama dalam hidup aku

Masa zaman sekolah rendah dulu, sukan makan duit pertama yang aku sangat minati adalah badminton. Bola memang aku tak berapa cenderung sangat waktu tu. Kena plak nak kena beli kasut boot. Uish..mahalnya. Lagi pula petang-petang area kampung aku takde padang, jadi badminton la sukan paling best nak main. Kalau bola pn setakat kaki ayam je. 

Aku penah citer yang aku bersungguh-sungguh leraikan biji koko, keringkan koko tu dan jual dengan harapan mak belikan raket duit jual koko tu. Tapinye memang bukan untuk raket aku duit tu. Tapi untuk beli makanan sambil tunggu duit abah kirim hasil drebar lori di KL.

Aku dapat beli raket pertama aku waktu aku tingkatan 2. Ye...my first ever raket. Masa tu aku mmg kena pinjam raket kawan la bila main petang-petang. Then, kawan baik aku ni Zul Atfyi kata selalu kalau dia balik setiawan, kat Billion sana ada jual raket macam-macam harga. Ada yang harga RM9!! Masa tu Billion tu dh macam Pavillion la..ahahaha

Jadi aku kata pn OK la, ko tolong belikan ek..Start hari tu, belanja aku yang masa tu Seringgit kot. Ke 80sen, tak ingat sangat dh..aku akan save. Makan kasi just 50 je kos, then bakinya aku bagi kat member aku ni utk simpankan. Kira tabung aku la member aku ni. Kalau aku pegang kang tau2 aku buat beli jajan. Ada la 2-3 kali aku tak gi kantin and bagi sume duit belanja tu kat kawan. 

So lepas 2 ke 3 minggu kawan aku cakap dh cukup dh duit yang dia pegang. And finally bila dia balik kampung memang dia belikan la raket aku tu. Aku ingat lagi sensasi kegirangan waktu aku pegang raket aku yg aku beli sendiri tu. Pro Ace jenama dia. Warna itam and macam ada manik2 putih kat cat dia tu. Tali dia warna putih jenama Yonex. Mungkin tali lebih-lebih dia pasang. Murah la katakan.

Minggu pertama aku main pakai raket tu, nak pukul kuat pn takut. Asal pukul je tgok raket, pukul je tgok raket..sayang dowwwhhhh~~~~ Pastu bawak balik adik-adik aku sume kagum je aku ada raket. Huhu!!~~ mak tak kata apa, tapi  dalam hati dia mungkin syukur aku leh usaha sendiri. 

Well aku pn tak ingat penah citer ke tak, tp raket yg pertama-tama aku pegang ialah raket yang dh patah tinggal kepala dia je bulat tu. Aku jumpa dalam parit. Aku kutip weh. Then ajak jiran main. Dia pakai raket elok, aku pakai kepala dia je. Calar juga la tapak tangan aku sebab bekas patah tu. Tapi mak aku buang satu petang tu sebab katanya aku balik lewat sangat men petang. Pukul 6 je pn. Aku redha je. 

Kawan aku bagi raket tenis kayu, pn aku wat main badminton dengan bestnya, sekali lagi kena buang. Kali ni bapak aku pulak hempas kat lantai pecah berderai. Tu pn tak tau sebab pa. Rasanya sebab men petang lewat gak kot. Ke adik aku ngadu apa ntah. 

Hmm..memori betul lah~~

Comments

Masy said…
ade ko cite psl kepala reket tu.. huhuhuhuh
Bardboo said…
bagusnya kwn ko tu..boleh diharap utk pegangkan duit ko..
Jom Lawat: Blog Bardboo DAN Sweet Child
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang
Mak Su said…
maksu main badminton kiri kanan, last2 reket pun terbang
~mrs azmi~ said…
dulu bapak belikan reket harga seploh ringgit pun dah cukup bangga
Jard The Great said…
=)

money earned is a money worth
Syah Shah said…
prinsip ko sama laa ngan aku... kau nak, kau sendiri usaha... lepas tu, kalau dah dapat, nak maintain, jangan nyusahkan orang lain, sendiri usaha jugak... walaupun parents aku lebih daripada mampu nak kasi anak-anak hidup senang lenang...

contoh paling senang, henpon laa... sendiri mau, sendiri usaha kumpul duit beli... pastu topup pon ko sendiri beli, jangan harap kitorang nak tolong topup kan, unless macam ko nak pegi jalan jauh, tu takpela kitorang kasila topup sket...

itula yang mengajar aku erti berdikari...
Anonymous said…
teringat main ping pong guna bad buat sendir guna plywood
Erina Asmawani said…
terharunya aku baca entry ni..masa kecik2 dah semnaagt simpan duit sbb beli ape yang ko nak...mmg berdikari!

part main guna kepala reket tu paling haru..wuuu
HEMY said…
Masy, ada eh? ko ingat eh..sayang ko..ahahaha

bardboo, tu ah..mmg leh harap sume kawan2 aku ni

maksu, hehe...sy penah yg kepala dia je terbang

mrs azmi, tu lah 10 ringgit nye reket dulu cam 70 skang ohhh

syahshah : tu la..kena own the responsibility..huhu

erina, terharu eh, belikan la aku raket baru..ahahaha
HEMY said…
rozami, aku pakai buku latihan 40 sen wat bat ping pong

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga