Masa zaman sekolah rendah dulu, sukan makan duit pertama yang aku sangat minati adalah badminton. Bola memang aku tak berapa cenderung sangat waktu tu. Kena plak nak kena beli kasut boot. Uish..mahalnya. Lagi pula petang-petang area kampung aku takde padang, jadi badminton la sukan paling best nak main. Kalau bola pn setakat kaki ayam je.
Aku penah citer yang aku bersungguh-sungguh leraikan biji koko, keringkan koko tu dan jual dengan harapan mak belikan raket duit jual koko tu. Tapinye memang bukan untuk raket aku duit tu. Tapi untuk beli makanan sambil tunggu duit abah kirim hasil drebar lori di KL.
Aku dapat beli raket pertama aku waktu aku tingkatan 2. Ye...my first ever raket. Masa tu aku mmg kena pinjam raket kawan la bila main petang-petang. Then, kawan baik aku ni Zul Atfyi kata selalu kalau dia balik setiawan, kat Billion sana ada jual raket macam-macam harga. Ada yang harga RM9!! Masa tu Billion tu dh macam Pavillion la..ahahaha
Jadi aku kata pn OK la, ko tolong belikan ek..Start hari tu, belanja aku yang masa tu Seringgit kot. Ke 80sen, tak ingat sangat dh..aku akan save. Makan kasi just 50 je kos, then bakinya aku bagi kat member aku ni utk simpankan. Kira tabung aku la member aku ni. Kalau aku pegang kang tau2 aku buat beli jajan. Ada la 2-3 kali aku tak gi kantin and bagi sume duit belanja tu kat kawan.
So lepas 2 ke 3 minggu kawan aku cakap dh cukup dh duit yang dia pegang. And finally bila dia balik kampung memang dia belikan la raket aku tu. Aku ingat lagi sensasi kegirangan waktu aku pegang raket aku yg aku beli sendiri tu. Pro Ace jenama dia. Warna itam and macam ada manik2 putih kat cat dia tu. Tali dia warna putih jenama Yonex. Mungkin tali lebih-lebih dia pasang. Murah la katakan.
Minggu pertama aku main pakai raket tu, nak pukul kuat pn takut. Asal pukul je tgok raket, pukul je tgok raket..sayang dowwwhhhh~~~~ Pastu bawak balik adik-adik aku sume kagum je aku ada raket. Huhu!!~~ mak tak kata apa, tapi dalam hati dia mungkin syukur aku leh usaha sendiri.
Well aku pn tak ingat penah citer ke tak, tp raket yg pertama-tama aku pegang ialah raket yang dh patah tinggal kepala dia je bulat tu. Aku jumpa dalam parit. Aku kutip weh. Then ajak jiran main. Dia pakai raket elok, aku pakai kepala dia je. Calar juga la tapak tangan aku sebab bekas patah tu. Tapi mak aku buang satu petang tu sebab katanya aku balik lewat sangat men petang. Pukul 6 je pn. Aku redha je.
Kawan aku bagi raket tenis kayu, pn aku wat main badminton dengan bestnya, sekali lagi kena buang. Kali ni bapak aku pulak hempas kat lantai pecah berderai. Tu pn tak tau sebab pa. Rasanya sebab men petang lewat gak kot. Ke adik aku ngadu apa ntah.
Hmm..memori betul lah~~
Comments
Jom Lawat: Blog Bardboo DAN Sweet Child
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang
money earned is a money worth
contoh paling senang, henpon laa... sendiri mau, sendiri usaha kumpul duit beli... pastu topup pon ko sendiri beli, jangan harap kitorang nak tolong topup kan, unless macam ko nak pegi jalan jauh, tu takpela kitorang kasila topup sket...
itula yang mengajar aku erti berdikari...
part main guna kepala reket tu paling haru..wuuu
bardboo, tu ah..mmg leh harap sume kawan2 aku ni
maksu, hehe...sy penah yg kepala dia je terbang
mrs azmi, tu lah 10 ringgit nye reket dulu cam 70 skang ohhh
syahshah : tu la..kena own the responsibility..huhu
erina, terharu eh, belikan la aku raket baru..ahahaha