Skip to main content

Kisah sidai baju seorang budak kampung

Malam-malam hari aku menyidai baju hari ni. Abeh keje aku rempit ke Shah Alam. Mak aku bawak buah nangka dari kampung. Isnin siap call lagi bagitau kalau tunggu weekend 'bonyot' (lembik busuk) le dah nangka tu. So sebab smlm tenis maka hari ni la aku ke umah adik aku amek nangka tu. 

Main2 ngan si Nahdan tu..hieee..geram. Tak smpi umur setahun mak aku dh masukkan walker. Galak betul budak tu menolak dengan kaki kecik pendek nye tu. Mak aku cakap siap lenguh lutut takleh tidur bila dapat umah kampung yang luas tu. Weng sana weng sini dia tolak walker tu.

Pas semayang maghrib aku balik umah. Si Nahdan nak nangis tgok aku kuar. Alalalala. Pasni ada anak sendiri plak tak tau le. Kalau nak ikut men tenis aku ok je. Ekekekeke. Smpi umah aku makan bihun sup yang Cembam beli dari pasar malam. Mak aku ajak makan sama, tp semalam dah tnya Cembam. Dia kata nak makan malam ngn aku jadi aku terus balik le.

Abeh makan Cembam suh sidai baju plak. Aiyah. Amek kesempatan tol lutut dia tengah sakit tu. Ekeekeekeke. Jadi aku menyidai le baju tu. Tengok bakul dengan baju2 basah tu aku teringat time aku kecik. Tugasan menyidai baju yang mak selalu suh aku dan adik2 lain buat. 

Zaman sebelum tingkatan 3, kami tak pernah ada mesin basuh. Kami akan rendam baju dalam besen, letak sabun. Besen besar utk sume baju2 kami. Balik sekolah rendam baju. Banyak sangat baju dalam besen tu bagi aku. Tiap kali aku rendam baju tu dalam besen yang memang dah penuh, dalam hati aku selalu rasa "banyaknya...sian mak". Tapi kadang tak tolong pn. Hahaha. Bukan pe, kami basuh tak bersih. Dah besar skit baru kami basuh sikit2 tolong mak. 

Umur tingkatan 3 baru ada mesin basuh. Kome tau sebab apa kami mampu beli? Ate baru dapat duit insuran mak aku eksiden. 30K. Tolak yuran guaman apa sume 20K lebey le juge. Itu le duit paling banyak kuarga aku pernah dapat tau. So mak beli mesin basuh, peti sejuk dan tukar beras yang selama ni beras paling mahal kepada beras yang ok skit. Aku masih ingat rasa pertama beras best tu...hmm..memang lain sangat lah. Kanji dia tu. Yang beras sebelum ni, aleh...cam masih beras pn ada rasanya. 

Okeh, tak kisah la masa ada mesin basuh baju dah berspin mahupun time takde baju lebih basah, aku tetap rasa tugasan menyidai baju tu. Masa kecik yang takde mesin basuh, aku akan perah baju dengan adik yang tolong aku menyidai. Paling best bila part selimut ke, kain ke kan. Masing2 pegang ujung, then kami pusing lawan arah, sampai tahap terakhir kudrat le nak kasi kain tu perah habis kering yang kami buleh. Huhuhu..ingat sangat memori tu. Memang best. Kalau sorang plak, pijak ujung satu, aku pusing le sampai abih pusing.

Bila aku buat sorang menyidai ni, memang le tak best wat kerja rumah. Tapi aku selalu wat mende yang biasa tu something more challenging and more fun. Contoh mula2 ko angkat baju sebakul besar berat bapak ni...tahap sandar kat pinggang punya berat ni. Letak kat awal sidaian wayar besi besar yang diikat dari tiang umah, ke pokok kelapa di depan laman tu. 

Aku akan amik yang paling berat dulu. Dalam 5-6 helai, aku kena angkat bakul tu utk berganjak ke spot seterusnya. Aku rasa seronok dan puas hati bila bakul tu makin lama makin ringan. Sampai la abeh. Hehehe. simple je, tapi rasa sonot skit la wat keje tu. Tapi sekali tu kena sound ngan mak aku

"Abang...yang tebal2 tu kenapa jemur belah sini!!! Lambat la kering. Jemur kat tengah-tengah!!!"

Ekekeke..ate esoknya aku terpaksa la tukar rutin stat dari ujung pokok kelapa instead dari bawah umah. Masalahnya stat dari panas ke redup le. Ahahahaha!!! Abih menyidai aku kering dulu. Ekekekeke. Tapi takpe, lepas sidai je terjun kolam!!! Mandi berkubang!!!! Heheheehehehe!!!

Haish...bestnya kenangkan kisah dulu!!!!

Comments

Pocket said…
rupa rupanya ada gak saintifik explanation utk cara cara sidai kain kan,

ada la diorang punya sains kan :D
hheheh
zonaku said…
best .. kenangan zaman dulu.


aku lak sebab arwah ayah x nak beli mesin basuh, makanya, mak mmg basuh ngan tangan.

las aku basuh baju ayah ngan tangan ialah baju pagoda dia y penuh ngan muntah hitam dia. yang dia pakai masa kena strok... memori
Masy said…
aku tak surelah memori cemne.. tp ade gak yg abg2 aku basuh, ade gak masuk mesen kot. aku ingt sbb penah tgk abg aku yg no 4 tu basuh baju time demam2. hehehe
~mrs azmi~ said…
dari kecik mak ajar sidai kain pun ada seninya.. yang besar2 kat depan, yang kecik2 sorokkan kat belakang.. sampaila ada family sendiri dah biasa dengan rutin tu.. ^_^
zella y said…
aku paling mls nk sidai bj...aku msti suruh adik2 aku yg buat...mak aku sellau marah aku sbb suruh adik lelaki aku yg sidai...keh3...
HEMY said…
haah..sains depa leh pakai wohhhh

alahai sedihnya memori basuh ko zonaku..moga arwah ayah ko ditempatkan di kalangan org beriman

masy, ko cuma ada penglaman tengok je la ek? demmmmm

hehehe..berguna kan tips orang2 tua ni

zella, ko mmg malas...mak ko sdri bgtu aku..ahahahaa
Syah Shah said…
dalam-banyak-banyak kerja libatkan kain baju, aku paling malas melipat... sebab tu kain baju aku suma bergantung aje dalam lemari... takde lipat-lipat... :D

tapi sidai menyidai, aku buh hanger, dah siap buh hanger, dia pi sidai dalam bilik penyidai... Dah kering terus angkut buh dalam lemari... Siapppp~~~ :D

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga