Skip to main content

Pentingnya menepuk perlahan seseorang yg ktia nk suh jadi imam

Just had my lunch at the cafeteria, using the coupon and had a rendang ayam and sirap selasih. Mmm~~ Cilok some time to blog la when most of my fish-tank fellows are not yet back from their lunch. 2 P.M, I'm gonna have a meeting anyway. 
Aku pernah share pasal pengalaman berjemaah aku di entri ini pada sapa yang masih ingat contentnya. Tak ingat klik je. Hehehe. Aku juga pernah berdiskusi dengan kawan-kawan aku tentang isu menepuk bahu seseorang yang kita pinta jadi imam supaya kita leh jadi makmum di blkg dia. 

Dalam entri lepas tu juga aku ada citer mcm-mcm kerenah orang nk tepuk bahu kita nak ajak semayang berimam ni. Ada yang tepuk kuat nak mampus sampaikan mamat tu punya chicken wing baru nak hadam terkuar balik lantas tercekik, ada yang tak tepuk langsung dan takbir kuat, ada yang tak tepuk tak takbir apa pun bajet imam tu nk toleh blkg tanya "ko nak aku imam ke?" dan macam-macam lagi.

Apa pun, aku tetap pegang pada pandangan yang semolek-moleknya kita tepuk perlahan bahu orang tu sebagai isyarat kita nak dia jadi imam. Tambah afdhal lagi kita takbir kuat skit blkg dia nk kasi kompem lagi yg kita memang nk dia jadi imam, bukan tepuk bahu tu sebab ada nyamuk. Sebabnya, bila kita tak tepuk dan hanya takbir je yang tak berapa nak kuat, takut orang tu kompius. Ye ke ko nak dia imam..Bukan sume orang nk jenguk lirik-lirik bayang blkg tu ada orang ke, takpun time sujud kasi kompem ngintai ada orang tak blkg dia. Tak ke ko dh buat orang tu tak khusyuk nak mikior kan kome nk dia jadi imam ke tak. Betul tak?

And lagi pula, bukan sume orang semayang tu sedar benda2 lain. Kena yang khusyuk tu kome tak tepuk, mana la dia tau kome nak dia jadi imam. Kang kome ikut dia, dia plak takbir tak kuat, kome pulak terintai-intai bila nak bangun sujud macam aku penah kena juga (tp yg tu aku tepuk bahu dia). Nampak remeh, tapi kehusyukan semayang tu terganggu dah.

Smlm aku nampak dengan jelas pentingnya tepuk bahu. Aku masuk-masuk dah habis smyg dah satu set makmum ni. Jadi aku pilih kawan aku di saf kedua ni utk jadi imam. Lantai tu sejukk, jadi aku bentang le sejadah. Nak dijadikan citer depan tu, saf pertama ada lagi sorang yg belum habis smyg, tp sebab kalau aku jadikan dia imam, aku nye line makmum dah selari dengan kawan aku sorang ni. Dh tu camne makmum baru nak join? Jadi mmg plg ideal member aku kat saf kedua ni lah.

Aku tepuk, dan smyg cam biasa. Rupanya mamat yg kat saf pertama tu (kawan aku juge) mungkin terasa ada orang bentang sejadah blkg dia, then ingatkan ada orang nk bermakmum dengan dia (natijah jenis tknak tepuk) pun kuatkan takbir dia. Aku dh mula rasa tak best (walaupun aku dijalan yg benar..haha) dok terpikir "alamak dia ingat aku jadikan dia imam ke?". Then kawan aku yg imam ni plak pn terganggu (lepas sembang abih semayang), dia pn kuatkan lagi takbir. 

Tapi~~ Kuatkan takbir kt blkg ni macam kompem kan yang ada orang kat blkg plak..nampak tak dilema dia ni. Jadi dh satu hal plak time semayang member aku yg imam ni saja lambatkan takbir dia nk kasi harapan orang saf pertama tu paham yg kami tak polo. 1 setengah rakaat juge la. Last-last slow2 kawan aku saf pertama tu slow kan takbir balik macam biasa. maybe juga time dia sujud tu dia intai kasi kompem.

Haaaa~~ nampak tak kesan dia. Sudahnya tiga-tiga terganggu semayang nye kan. Kalau sume standard cara dia dengan menepuk bahu, kompem member saf pertama tu tak amek kesah. Tapi sebab ada yang tak tepuk, dia assume ada bunyi or rasa orang bentang sejadah blkg dia ni, nak berimam. 

Aku kalau orang tak tepuk, hatta nk jadikan imam ataupun nk suh ke blkg bermakmum sama, aku tak layan dah. Tp serakaat pastu, kita terkesan gak bila terjeling blkg memang ada makmum sama, dh terpaksa la aku wat assumption dia nk sama-sama makmum dan aku berundur. 

Haisshhh~~~  Tak sume orang nk jeling-jeling bang..dh tak khusyuk jadinya. Memang la tak kompem pn khusyuk, tapi kita kena try kan. Jadi renung-renungkan lah yeee~~~

Comments

Anonymous said…
aku x nak org tepuk bahu time sembahyang

tp aku tepuk bahu org nak

:)
zella y said…
"tepuk kuat nak mampus sampaikan mamat tu punya chicken wing baru nak hadam terkuar balik lantas tercekik,"


aku gelak besar dulu sblm aku serius membaca hahahah

eh...tergelak lg plak...
Masy said…
aku mengalami masalah nk membayang skarang, jadi x dpt nk bayangkan lg kisah ko ni. nanti2lah aku tanye balik. huhuh
Generalhoho said…
Kalau tak tepok pon tak po..
sbb yg wajib niat ialah makmum "...ikut imam".. si imam tak wajib niat "...jadi imam"..
so, takda masalah klu g blkg join je tross..
wallahua'lam..
HEMY said…
tapi camne plak kalau yg buat kita jadi tak khusyuk tu putra? and kalau imam tu plak tak tau sbb tak wajib niat kan..dia takbir tak kuat..dh kita plak kat blkg tak tau bila naik sujud??

ko dok byg benda lain masy..ahaha

aku paham kapten..ahaha
kueh bakar said…
suka menepuk
takut ditepuk...

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga