Selagi ada masa dan peluang, aku selalunya akan cuba juga la dapatkan keberkatan dan lipat ganda berjemaah yang Allah tawarkan. Yelah, bukan nak tunjuk baik melalui blog, tapi kalau dah masuk surau tu bertepek poster besar "Ruginya tak berjemaah". Korang nk ignore je ke?
Aku penah tulis kat entri lain yang selalunya bila kosong surau atau yang lain masih tengah berwuduk, kalau taknak menunggu aku selalunya akan semayang di saf hadapan, tengah-tengah seraya mengajak sapa-sapa bermakmum dengan aku la kira. Cuma takde tulis kat t-shirt blkg aku tu "tepuk la dan berimam dengan saya" kan.
Sepanjang pengalaman berjemaah ni, aku terjumpa macam-macam kerenah. Meh aku share.
1) Makmum yang semayang betul-betul depan aku, menangis teresak-esak, dok sebut Allah..allah menggeletar-geletar sepanjang semayang. Mujur 2 rakaat je semayang jumaat. Mengganggu gak, tapi aku anggap dia sebagai pengalaman je. Cerita lanjut ada kat Sini.
2) Aku semayang kat depan, tengah-tengah..then terdengar ada orang kat belakang aku. Nak bermakmum la kira. Tapi instead of tepuk, dia pegang perlahan bahu aku dan berbisik "imam". Kalau aku jenis khusyuk sangat, mesti terkejut ada orang berbisik cmtu. Tapi mujur mmg ada dengan bunyi org di belakang aku. Haish..boleh pulak bisik cmtu suh jadi imam
3) Aku semayang di tengah-tengah saf. Tapi kiri kanan ada jemaah lain tengah bersembahyang. Kali ni dengar macam ada dua orang di belakang aku. Tapi tiba-tiba yang sorang tu iqamah. Aittt?? Iqamah la plak. Aku dah semayang dah ni, 2 rakaat dah. Mazhab mana ni. Sekali tiba-tiba ada orang pegang kedua belah bahu aku dan seakan nak alih aku macam nak angkat pergi ke tepi skit. Ghupanya depa nk berjemaah sesama diorang. Tapi port imam tu port yang aku tengah berdiri semayang. Boleh pulak dia nak kalih aku. Macam la superman nak angkat kalih cam barang. Sudahnya aku beranjak ke tepi dalam sembahyang.
4) Ada orang kata nak jadi makmum sesiapa tkyah tepuk bahu pn takpe. Cukup sekadar ko takbir je kuat skit. Aku tak stuju sbb kadang aku tk ditepuk jadi imam kompius. Ye ke suh jadi imam ni. Kang khusyuk sendiri je pn payah. Sebab kalau kita imam, kena takbir kuat skit.
So kali ni aku tak tepuk. Aku bentang sejadah belakang orang ni, kalau korang jadi orang tu mmg tau dah la patutnya ada org blkng nk jadi makmum kot sebab sejadah yang dibentang tu pn kena kaki beliau dah. Then kami pn takbir kuat skit. Tp imam tadi ni tak takbir kuat plak seraya jadi imam. Kami tetap folo. Tp jadi masalah bila dia sujud, kita tak tau bila dia naik balik. Aku yakin naik duduk antara dua sujud bila dengar bunyi je. Tapi rupanya dia dah sujud balik.Adeh. Kami masuk jemaah masa tahyat pertama.
Then bangun, rakaat ketiga..masih lagi senyap je walaupun kami takbir kuat lagi skit. Masih terkial-kial tak tau bila nak bangun dari sujud. Tapi kali ni tahyat lagi. Aikkk? Berapa kali tahyat daaa...Maka lepas je dia tahyat lagi rakaat tu, aku niat putus imam dan teruskan semayang macam biasa. Kawan aku terus semayang lain. Haishhh..moralnya, tepuk je la yeee..
5) Tengah semayang jumaat, aku tengok makmum depan aku ni terhoyong hayang. Macam kebelakang-belakang, pastu berdiri elok balik. Macam orang mengantuk tp takde sapa sorong bantal la sebab tengah semayang. Hoyong punya hoyong, terus cam nk tersembam..dia terus duduk dan tunduk sampai abeh. Sampai skang aku tak tau apa punca.
6) Sama macam 5, tapi kali ni orang tu terbaring terus. Abis semayang kami cek, serangan jantung. Terus AJK masjid announce sapa2 makmum yang kerja doktor. Tapi aku terus berlalu dari situ.
Hmm..macam-macam kerenah kan. Kadang kita tanya diri sendiri..tak khusyuk tol la solat. Tapi aku manusia biasa je. Bunyian dan gerakan tu masih lagi boleh mengganggu aku. Tapi semua tu aku anggap pengalaman solat aku la.
Comments
camera wajib!
hehhe
5 tu aku bajet mungkin dia black out kot...
6 tu, alahai, kalau mati dalam solat, mungkin for the best kot?
pengalaman y menarik.....
tapi aku tertarik nak tau punca ko lari???