Skip to main content

Maaf le YB..saya tak kenal YB~~

Pagi ni aku bangun kul 11 pagi..Ahahahaa. Memang penat la pale otak kot pikirkan keja 2 minggu ni (dan-dan salahkan keja..ahahaha. Padahal takde impak pun terasa sebelum ni). Aku bangun, layan katun Ben10 yg dah nak abes, then wife aku call ajak gi umah terbuka YB depan jalan ni haa..Aku pun pantas gosok gigi dan keluar.

Dah abeh raya baru ada umah terbuka..ekekeke. Aku sampai je, wife aku yang kelihatan lawa banget pagi itu terus ke bahagian lemang. Tak amek pun nasi. Dia nye daging bau sikit..bau daging yang tak best tu. So, layan lemang je la ngan saki baki rendang yang ada. Aku amek sepiring tapai ubi.

Makan-makan sume, cari buah duku ngan rambutan yang aku tengok depa2 ni dok usung, tapi aku tak jumpa plak kat mana nak amek. So, lepas dapat eskrem cup, kami pun balik. Baru nak kuar ke jalan, ada seseorang senyum kat aku dan sapa "mekasih ye datang".

Aku tergamam kejap, lantas membalas senyuman. Tapi beliau cam terus pandang aku. Errr..aku tgok keliling yg lain tengah pandang aku. Then wife aku tegur "salam la". Eh, baru aku perasan dia hulur tangan. Aku dok pokus kat muka and cuba paham apa yang berlaku smpi tak perasan dia nye tangan. Aku salam dan berlalu pergi.

"Itu la YB..."
"Laaa..mana aku tau"
"ahahaha...mesti dia heran apsal tak kenal dia, tapi makan umah terbuka dia"
"Ahahaha..dem..muda je muka"

Errr..sori ek YB. Saya dagang merantau, mana la nak tau yang mana satu YB. Hehehehe. Tapi terima kasih la atas makanan yang dihidang yeee.

Kul 12 malam ni tiket aku balik Putrajaya...

Comments

Erina Asmawani said…
ahaha...boleh plak ko g tenung je muka YB tu..mesti kecit hati YB tu ko x kenal dia ;p

P/s: ku ingat Yunus Badawi tadi.Haha
Masy said…
hahaha ha'ah aku ingtkan Yunus Badawi. br nk pelik apsal ko x kenal dia, kot aku yelah x kenal dia klu x jmpe aritu hahaha
zonaku said…
sama la ngan masy n erina....
zonaku said…
sama la ngan masy n erina....
HEMY said…
kih kih....YB rozmey saje dlm kepala korang yeee
Kniedaz said…
Akak pun jenis tak amik port YB atau org kenamaan ni..yg selalu kua muka dlm tv je kenal hehe.. (apa khabar?)

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga