Skip to main content

Arwah Ustaz dalam kotak mimpi lepas belasan tahun

Aku berpakaian baju melayu sekolah warna putih. Sedang berada di luar kelas. Aku panik. Aku telah melakukan satu kesalahan yg memungkinkan aku untuk dipanggil oleh ustaz dan didenda. Cuak cuak. Aku cuba berlalu dari kelas yang pengawasnya ditugaskan untuk memanggil pesalah-pesalah ini. Salah sorang pengawas itu adalah seniorku yg memang kawan dan jiran aku. 

Ingatkan dia akan pandang sebelah mata je bila aku lalu, sekali dia panggil nama aku,

"sini kau"

Aku panik dan terus masuk bilik darjah. Aku kena ambik sampin aku dulu nak ngadap ustaz tu. Halamak, camne ni. Perlahan-lahan aku masuk bilik darjah sebelah yang mana ustaz tu sudah menunggu. Ada yg lain sudah pun berdiri di depan kelas. Sama-sama buat salah. Sampin telah ku pakai kemas.

Ustaz tu nampak je aku, dia terus londehkan balik sampin aku dan selimpangkan kat bahu aku macam penari zapin selalu pakai. "haa..ko pakai camni tadi kan?", kata ustaz tu lagi. Oh, baru aku tau salah aku apa skang. Maka berdiri lah aku bersama pelaku-pelaku kesalahan yang lain.

"Eh, Ustaz Jamran??"


Aku tersedar dari tidur. Arwah Ustaz Jamran ni ustaz yang mengajar di sekolah rendah agama waktu aku berumur 9 tahun. Arwahnya sangat tegas, garang dan agak bengis mukanya (ini adalah deskripsi semata-mata, takde niat untuk menghina atau mengata arwahnya). Arwahnya memang selalu rotan budak. Disiplin pelajar memang antara tanggungjawab arwahnya. Senior-senior nakal menggelarnya Ustaz Jamban (jamban bermaksud tandas dalam jawa) untuk melepaskan rasa tak puas hati pada arwahnya.

Suatu  petang, semua murid sedang duduk dalam saf, dalam surau menunggu waktu asar serta menunggu ustaz yg bakal mengimamkan kami. Tiba-tiba 2 orang senior aku bergaduh dalam surau. Kami hanya memerhati sahaja. Tiba-tiba arwahnya naik ke surau dan menengking mereka. Mereka berdua berdiri sambil mendengar arwahnya memarahi mereka.

Kemudian di hujungnya marah arwahnya, yg masih segar dalam ingatan aku hingga kini adalah ayat terakhir dari arwahnya petang itu;

"Korang ni hidup sementara je kat dunia. Saya ni mendidik je. Bukan saja-saja nak marah dan garang pada kamu. Saya takut kat akhirat nanti saya ditanya tanggungjawab didik kamu. Saya takut sangat bila tuhan tanya pada saya. Saya takut saya tak dapat laksanakan tanggungjawab. Ya Allah..saya takut sangat"

Masa tu kami diam je lah. Rupanya keesokan harinya, weekend, sabtu tak silap aku, kami dengar khabar yang Ustaz Jamran menghembuskan nafasnya yg terakhir. Ramai anak murid yg sanggup berbasikal utk layat (bahasa jawa untuk ziarah rumah si mati). Itu rupanya kata-kata terakhir arwahnya.

Sudah belasan tahun, tiba-tiba arwahnya muncul dalam mimpi aku. Aku hanya mampu sedekah al fatihah sebanyaknya sehingga lena menggamit ku semula. 

Comments

mimpi kadang-kadang mainan tidur

dan mimpi kadang2 sebagai peringatan kepada kita
Mak Su said…
bila dah jadi ibu, maksu pun selalu terfikir perkara yang sama, walaupun maksu tak kenal itu ustaz, al-fatihah buatnya
mungkin ade sesuatu yg nk disampaikan....
or sekadar peringatan...
Farah Y said…
Al-fatihah. Thanks for sharing, Anul. Sama-sama mengingatkan.
zonaku said…
hhhmmmmmmmmmmmmmm............
Unknown said…
alfatihah utknye...

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga