Assalamualaikum...
Terasa nak menaip plak malam2 buta ni amek vibe loteng ni kan. ha ha ha. Apa khabar semua..tuddia macam lah ada yang masih membaca. Takpe memang sekadar coretan.
Alhamdulillah sekarang masih diberi kesihatan..cuma dah mula rasa le sendi2, lutut aku ni dah sakit2 sikit bila nak bengkok..tapi masih boleh la nak solat dengan sesempurna pergerakan yang mungkin. Dah terpaksa terima kenyataan yang dah kena amek supplement. Kena makan gluccocamine lah apa huhu.
Tapi yang kelakar di umur 40 ni la baru nak naik jerawat. Ni semua gara-gara start pakai Mary Kay le ni. Tiba-tiba suatu hari tu aku bagitau Cembam nak pakai la something. Sebab muka ni orang kata ada jeragat. Aku dok nampak timewise la apa benda tu..Nak pakai la bagi nampak muda..hahaha. Sekali bila pakai dia nak bersihkan muka kita ni, semua kotoran kuaq dulu..tuddia tak pernah2 aku berjerawat camni..Naik semerbak. Timing pulak dengan masa ni aku tengah rajin nak main tenis. Pagi main, kadang petang main...wiken memang kompem dah. Hari kerja pun main dulu pagi dengan geng-geng dah pencen ni sampai kita plak rasa kita dah pencen hahahaha.
Maka terbakaq kombo dengan jerawat la lening muka aku. Tapi takpa lah..janji happy. Ni wiken lepas aku dapat realisasikan lagi 1 impian kecik aku utk ada IMAC. Hehehe. Dari zaman belajaq tengok kat movie, drama ke apa orang pakai IMAC. Si Chloe tu watak dalam Smallville, dengan IMAC dia dok cari jawapan, memang menarikk je. Jadi nak dijadikan cerita, setelah lama mengidam..ada pulak timing menarik. Ada pulak asbab Allah tolong hantaq untuk realisasikan impian aku ni.
Aku payah nak tunaikan sebelum ni sebab I already have a gaming PC. Lama dah beli. Then ada Macbook. And nak jadi cerita kerja sekarang ni kena guna kampeni punya laptop, maka Macbook aku ni tak guna sangat dah la. So, takkan la nak beli IMAC pulak. Jadi, the only way nak beli, kena juai salah satu ni lah. Entah camana, adik ipaq aku tiba2 kata nak cari PC. Nak setup ada dual monitor kat umah dia..Aku pun cocok la suh amek je PC aku tu. Setakat untuk dia buat kerja, PC tu akan kekal relevan lah lagi 10 tahun ehhh.. AKu dah upgrade SSD and WIFI card juga kan. So, dia ON..berbekalkan duit tu tambah la beli IMAC ni ha...hehehe.
Lama aku cari, add favourite kt Carousell tu. Aku aim yang I9..generasi sebelum Apple silicon. Sebabnya..aku memang dilema gila nak angkat IMAC ni salah satu sebab dia sebab aku ni masih main game. Walaupun cuma DOTA ni jelah aku main. Bila aku try main DOTA ni kat macbook..bapak ah tak smooth. Padahal, spec MBP tu kalau letak kt PC biasa dah tip top dahhh. Mungkin sebab architecture OS Apple tu kan. Aku cuma tak pernah try satu benda ja..iaitu, bootcamp install Windows direct ke MBP tu. Selama ni pakai Parallels yang run dalam MAC OS. Bootcamp ni terus boot jadi Windows machine. SO aku try la kat MBP aku tu, run DOTA..jauh lebih smooth. Yeayyy..Maka dah ada solusi lah dilema aku.
Kalau idak kompius..Nak beli IMAC, kang nak main dota tak best. Nak beli PC gaming lain, its just another PC. Nak beli Hackintosh..rega mahai utk spec lebih rendah..Adoii..Jadi bila dh kompem DOTA boleh run smooth dengan bootcamp, maka tekad ku pun bulat lahhh..Cari punya cari kt Carousell tu..jumpa la 1 IMAC yang owner ni tak pernah pakai. Katanya kawan yang bagi, tapi dia tak pakai. Beli around March 2021. Aku semak serial number, siap dia ada extend warranty dia sampai 2024. Wowww...Tapi bila aku DM dia..tak reply. Terpaksa cari seller lain.
Nak jadi cerita, aku hampir2 dah nak deal dengan 1 seller lain ni. AKu dh wasep malam sabtu tu. Tapi tiba2 sebelum nak tidoq aku nampak ada notification dari Carousell tu. Seller tu reply. Aku pn terus padam whatsapp yang aku anta kat seller kedua tu (kebetulan tak read lagi) and cuba deal dengan seller 1st choice aku ni. Aku try nego rega, dapat...kurang la RM500 dari rega aku letak. AKu bagitau dia, aku bukan reseller. Memang nak pakai nak laksanakan impian. Maka set lah pi amek kt ICON CIty areah Kelana Jaya tu.
Masa pi tengok memang dalam kotak apa semua lagi..so terus je transfer, mintak resit asal. Dapat dah pagi tadi.. ALHAMDULILLAHHH.. Terima kasih ya Allah untuk rezeki ini. Bila aku punya rezeki agak kurang nanti...ada la kenangan suatu masa yang ada lebihan rezeki nak rasa benda2 ni.
Comments