Skip to main content

The Nganggur time

2018..



Suatu masa dahulu...aku terfikir yang aku tak mungkin aku berhenti dari aktif berblog..ishy..mana mungkin. Banyak yang perlu aku ceritakan..aku suka berkongsi..aku suka menulis..dan aku suka memahat memori dan kenangan-kenangan aku pada kanvas yang suatu hari nanti mungkin akan menjadi sesuatu yang berharga untuk dibaca semula, sesuatu yang memperingati diri sendiri atau mungkin sahaja hanya perlu dihapuskan. Tapi aku pernah terfikir..mana mungkin aku berhenti dari aktif berblog



Aku pernah terfikir mana mungkin aku akan berhenti bermain takraw. Aku sudah bermain sejak dari zaman sekolah menengah. Bila sudah berkerja, tiap petang usai sahaja waktu berkerja, aku akan tunggang motosikal aku dan terus menuju ke gelanggang. Berbekalkan sepasang persalinan untuk bermain, aku teruskan hobi ku saban petang. Aku aktif bermain liga kecil2an, pertandingan persahabatan sana sini, kawan2 yang ramai..aku seronok..mana mungkin aku berhenti bermain sepak takraw.

Tenis..oh..sukan yang aku ceburi waktu usia aku 20-an, Sekitar 2008 atau 2009. Tiada apa asas pengetahuan pun hendak main. Antara pukulan pertama menyaksikan bola tennis yang aku walap terbang nuuunnn sampai ke bahagian penonton VIP dan tidak dapat untuk mendapatkan semula bola tersebut. Bangang. Ha ha ha. Raket kawan bagi pinjam..hitam tapak tangan sebab grip raket yang rosak dan tiada pembalut yang baik. Perlahan-lahan aku dapatkan ilmu untuk bermain dengan lebih baik. Dari hanya cukupkan korum, hinggalah dipanggil untuk bermain bersama. Dari hanya sekadar memulangkan semula pukulan lawan, sampai lah dapat membuat pukulan yang mematikan lawan. 

Seronok..sangat seronok. Bertahun aku main bawah naungan syarikat yang menaja perbelanjaan gelanggang dan bola. Apa lagi yang tidak cukup? Hanya perlu bermain dengan baik sahaja. Mana mungkin aku berhenti bermain. Seronok..kawan2 yang baru. Aku akan pasti bermain selagi tenaga ku mampu.

Ye waktu tu rasa macam akan buat semua benda ni sampai bila2...tapi bukan semua orang boleh betul2 dapat laksanakan apa yang dia suka sampai bila2. Akan ada banyak sebab dan faktor yang buat kan semuanya ditinggalkan begitu sahaja.

Blog? - bila FB mula jadi trend, menulis di blog menjadi semakin kurang menyeronokkan dan kurang sambutan. Kawan2 pulak memang dah lama tak berblog. Semakin hari semakin malas dan akhirnya ditinggalkan bersawang. CUma bila fikirkan semula yang blog ni adalah jurnal kehidupan aku, baru lah ada semangat nak menulis semula. tapi itulah, jarang2 sangat. Antara benda yang selalu diupdet adalah gambar2 yang aku ambil dengan kameraku. Tapi sekarang fotografi pun entah ke mana. Bawa kamera pun kadang memori kad tidak terisi..Ghaplah terkois sungguh.

Takraw? - Tersedar aku bahawa semakin dunia ini digital, sukar untuk mendapat rakan2 yang bersukan. Kalau ada pun, mengikut trend. Takraw? lagi lah. Kena berharap pada budak2 sekolah. Kali terakhir aku main pun sudah di label KILLER LAMA. HAhahaha. Lucu. Jarak tempat kerja dan rumah semakin jauh. TIdak sempat untuk ke gelanggang kalau mengharap pada hari kerja seusai waktu pejabat. Wiken pula, selalunya aktiviti bersama keluarga. Hmmm..



Tennis? - Tajaan syarikat sudah berpenghujung. Rakan2 syarikat terpaksa mencari kerja di tempat lain menyebabkan satu persatu rakan2 tennis tiada lagi. 2 orang berkerja di Kazakhstan. Yang lain pula main hanya untuk suka2...tak main pun tak mengapa. Huhuhu.. Ada waktu untuk main pun sabtu ahad di GMI. tapi agak sukar untuk bermain waktu hujung minggu. Isteri sekolah, bila dah sekolah...hari ahadnya dia mahu mengemas rumah. Anak2 pula tiada yang jaga. AKu pula memang sukar sikit nak keluar pagi2..huhu

Sudahnya yang masih utuh smpi sekarang adalah bermain DOTA. Ye sampai sekarang lah main game ni. Yang ni aku pn tak tau bila. Nak kata bila ada anak stop, anak dah ada 2. Sekarang Xiyad pun dah mula main game di handphone dan tunjukkan minat pada DOTA ni. Hahaha..adakah masanya melahirkan generasi gamers. Nak cari kerja susah..mungkin gaming penyelesaiannya? Kah kah kah

Sekarang tengah menganggur menunggu projek seterusnya yang dijanjikan PASTI dimulakan..cumanya akan bermula sekitar Mac. Mahu cari kerja lain pun sambil2 sahaja kerana kita tahu ada yang menunggu. Tapi mungkin tahun ni fasa terakhir untuk projek ni. Lepas ni memang sungguh2 perlu cari pekerjaan lain. Anak sudah 2, kerja tetap masih tiada. Mahu menjual simkad, Unit trust lah, grab, uber..macam2 plan. SUdahnya tidur saja. Aduuuuhhhh

One thing for sure..I really miss those times and all my friends...


Comments

jard putnam said…
Skang zaman main instagram haha
HEMY said…
haha..takpelah.biarlah zaman berlalu camne pun..aku catat jurnal ku di sini saja

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga