Skip to main content

Xiyad Asytar turned 6!!

26 Oktober..Tarikh yang sama 6 tahun lalu lepas punya lama menunggu dari tengahari..sampai ke lepas maghrib..lahir la hero kami XIyad Asytar dengan disambut azan isyak dari masjid BB Bangi. Alhamdulillah...masih diberi hak pinjaman oleh Allah untuk kami jaga sampai sekarang

24hb hari tu Little Caliph Sri Putra buat sambutan harijadi untuk anak2 bulan Oktober. Aku tempah kek dari mak kawan Xiyad. Bila lagi..tahun terakhir dah. Tahun lepas disebabkan tengah isu Note7 aku nak kena pulang, aku missed communication dari sekolah Xiyad and tiba2 suatu pagi Teacher tanya "Xiyad takde kek ye?". Ya Allah rupanya hari tu celebration dia..hahahaha. And esoknya mak kawan xiyad, kak Hanyzah buatkan kek khas untuk Xiyad. So sweet....so tahun ni kita order terus lah kat dia

Xiyad with Teacher Fatimah (Atiem). Ni antara cikgu yang masih setia since umur Xiyad 4 tahun kami hantar kat Little Caliph ni. Yang lain dah diganti ngan cikgu baru

NI cikgu baru..sori..tak kenal plak sapa nama


Ni lah rupa kek Xiyad. Lepas aku kontek kak Hanyzah and tanya serba skit pasal kek, aku pun design a quick one untuk diprint atas kek Xiyad. Wat masa ni, ni antara karakter yang dia minat lah.. and letak gambar dia sekali..so setel terus. Kek 3 lapis, chocolate and Oreo

Tahun ni Xiyad dh mula faham maksud harijadi and dia happy bila nak sambut tu.

Ni geng umur 6 tahun yang sambut birthday bulan 10. Tak silap aku kek ni pun Kak Hanyzah tu yang buat

Xiyad dan kek nya

Hari Sabtu lepas gi cari jajan nak jadikan goodies bag untuk kawan2 dia. Kami cari dekat area hentian Kajang tu ada pasar Pasaraya borong yang jual jajan2 macam Checkers pa smua. Tapi dia lagi low profile punya kedai la. Beli Apollo waffle, biskut teddybear tu and mentos..Ok la. Selagi boleh kami taknak la beli makanan ringan yg terlalu ringan. At least waffer tu ok la kot hok

Sambil2 cari goodies bag ni, dok try set COD untuk beli Note 8. Hehehe. Kakak aku yang bukak kedai tu perlukan telefon utk install app untuk mobile reload. Phone dia mmg zaman lama alcatel yang cuma ada 2GB je internal storage. And android dia mmg takleh install app pada SD card. Mula2 dia cakap nk beli phone 300..tp pikir2 Wawa macam menyuarakan niat nk tukar phone juga..so bincang ngn wawa, wawa stuju bagi phone Asus dia tu, aku bagi plak Note 5 aku kat dia, then aku amek Note8 baru. 

Sebenarnya mahal weh Note8 tu..3 ribu lebey..leh bli laptop baikkk punya. Lama gak aku pikir samada nak beli ke idak. Banyak lagi option lain. Tapi lepas pikir punya pikir punya pikir..beli la juga. Orang kata, nak pamper urself kan lepas penat2 cari duit.

Barisan cikgu2 Xiyad

Geng Birthday Oktober

So lepas beli semua jajan goodies settle, terus balik rumah. Sebab dapat finalkan COD ngn seller yang set jumpa kat BHP sebelum OneUtama kat LDP nuuu..Tuddia..So alang2 aku memang kena balik kampung last wiken sebab nak setelkn tukar nama geran tanah umah tu..aku pun pi jumpa COD ngan dia la on the way. Cuma lalu jalan yang jarang sangat aku guna nak balik sabak bernam lah

AKu bwak Xiyad balik kampung sebab dia pun kata nk jumpa sepupu dia Nureen tu. Dalam kul 7 lebih, aku and seller pun sampai kt BHP tu. Lepak luar je. Barang pun ori and masih sealed lagi kotaknya. Terus transfer CIMB kat situ..then done. Duit and henpon bertukar tangan. Terus gerak balik Sabak Bernam.

So back to cerita BIthday Xiyad ni...aku tak tahu lagi nak belikan apa..rasa macam nak beli kan scooter yang tolak ngn kaki ke apa benda tu. Or just as simple as pencil case. sebab aku nk bagi dia sronok simpan smua alat tulis dia..and nk start ajar dia mengeja pulak lah. Skang ni tengah ajar dia ngaji..nak pulun sebelum masuk tahun depan..dapat baca ayat quran slow2 pun ok dah. Baru smpi mad asli..pelajaran sabdu baru lepas..Alhamdulillah..

Camtu lah Xiyad..kadang2 mmg nakal beno..tapi at least skang dia dh pandai pujuk adik dia bila dia buat bagi nangis..tak macam dulu lari tinggal..dah banyak tolak ansur ngan adik dia. Bila main ngn sepupu dia..dia dah mula cakap "minta maaf"..alhamdulillah..sejuk dengar

moga Allah mudahkan aku untk terus membesarkan XIyad Asytar..aminnnn

Comments

Masy said…
happy bday xiyad! wish lagi kat sini hehe

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...

Naik ke tak ni?? Layan Jue Aziz lagi baik

Mesti banyak blog akan tulis pasal minyak naik rega...aku malas la nak join...wat aku naik minyak pula...kutuk la camne pun..bukan leh ubah. Cuma yang aku pelik sangat, masa tengok berita 'Yang Berkuasa' itu bukan main sarcasticnya masa ditemuramah yang harga gula takkan naik "saya kata tak naik rega.tak naik la..apasal tak caya?? Haaa..tengok la esok naik ke haraga gula. Beli la banyak2..beli" Yang aku tak paham..padahal seminggu sebelum kenyataan beliau lagi aku tengok kat Giant dah naik Rm1.65 sekiogram. Apa ke benda kenyataan "Yang Berkuasa" ni? BUkan ke tu pun dah naik 15 sen? Aku tak tengok sangat berita..tp aku beli memang rega macam tu. Ingatkn memang dah naik rega. Tp seminggu lepas tu dengar kenyataan "Yang Berkuasa" ni..haisshhh..tak paham aku. Tunggu je la kat akhirat nanti soal jawabnya. Eh, tercakap gak pasal naik rega. Baik aku layan gambar JueAziz...kalau aku leh tukar tempat kejap ngan Ako kan best..hehehe..D.E.M..hot mu Jue...