Skip to main content

Memuah Raya 2017 feat. birthday cake Zona & Wafa'

Ni namanya update super lambat untuk Memuah Raya. Huhu..nak buek camano, feel nak berblogging tu dh terlalu suram..sebenarnya bukanlah semangat nak menulis tu yang pudar, tapi era facebook ni dh mengubah banyak benda. Rasa macam lagi senang share kat facebook, ramai yang boleh tengok..tu yang jadi lagi susah nak tulis kat blog ni. Kalau facebook ada function blog kat FB macam friendster dulu..lagi lengkap lah FB tu.

Tapi tengah ada mood ni..kita update je lah. Walaupun kt FB boleh tulis cerita panjang2..tapi takde function utk gambar tu letak dalam entri untuk melengkapkan lagi cerita. so selagi FB takde function ni..ni la jurnal kehidupan aku. kih kih.

Okeh, seperti yang dirancang sebelum puasa lagi, kami GengMemuah yang gojes2 belaka ni menjayakan Memuah Raya 2017 di rumah ManjeWafa kat Bahau nu..Dia kalau rumah Wafa' ni..ko dh tak yah risau makan la der...boleh kata smua ado la haaa.. kau nak apo..kek, kudapan, kopok, tapai smuo ado. so mmg kami sukarela la nk pergi.

Jard tumpang aku and pergi sama. Aku pikap kat Komuter Bangi. Time aku sampai, Masy, Sepol, Anne and Linda dah sampai. Ok la..bukan last. kah kah. Sampai2 takyah citer banyak la.makan dulu. Apalagi..cargas. Sodappp. Lepas tu bila Keri dh smpi, smua dah ada...dah makan, baru la kami buat sesi fotografi. Buat kat laman rumah yg lebau tu..dia punya lebau tu smpi Masy ingat aku ckp pungkok dia yg lebau. hahahahaha


IMG_6555



Memuah Raya 2017



up in the air

Tapi kali ni gambar lompat tak best la..aku terkilan n stress pulak hari tu. Depress aku sebab tak tau timing kamera sdri. Kamera aku tu Canon yg bebai pikir, kalau semi pro punya kamera tak payah la timer mode yg boleh continuous. dia bajet kalau semi pro n pro smua akan beli wireless shutter tu. Pakyu tol. Jadi kena tau la timing nak lompat. Tapi asek tak jadi je. Rasa mcm kamera aku pun dah tak berapa betul. Sebelum2 ni bertahun2 gambar memuah lompat ok je. Maybe kamera pn dh off-timing sikit. Jadi penat lompat masing2..tak dapat yg cantik smua lompat. SO sudahnya aku pn takde mood..diorang pi sawah, sambung amek gambar, aku masuk umah layan makan je. Huhu. tapi takpe aku dah edit yg terbaik untuk semua. Jeng jeng jeng...


Memuah Jump

So lepas smua dah balik dari sawah..ada pulak birthday celebration utk LInda and Wafa. ye..lepas dh byk2 makanan tadi, ada pulak birthday cake. yiehhaaaa...sodap plak tu. aku yang tak minat kek ni..kalau wafa' yg bake..aku tetap makan. So sambung lagi makan and makan..smpi ponek. 

Wafa & Linda birthday


Wafa' & Linda birthday



Dah kenyang, Wafa' start tapaukan untuk kami makanan..yeahhh...aku siap amek portion tapai Zona..kah kah.. so dapat la lebih tapai. thorbaek.. Sebab dh agak lambat, aku sajes si Jard tido je umah aku..dia kata tak selesa mula2, lepas aku kata tuala wanita, tuala apa smua bini aku ada je..terus dia kata ok je..selesa..so ok la. 

Alhamdulillah tahun ni.memuah masih dapat bersama...semoga ukhwah terus terjalin..seia sekata sehati sejiwa menghadapi cabaran..kami setia..kami sedia..berkorban untuk negaraaaa

hahahahaha

Comments

Masy said…
akhirnye apdet hahahahaah! elok je wafa muncul di bawah ketiak keri

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga