Tetiba teringat zaman kolej, so bila dikenang zaman kolej ni ada 2 benda paling menarik. Network game dan Aweks. Ekekeke. CGPA?? apa ke de kes, masuk U nak grad je. CGPA tak pakai pun untuk kerja (ahahha..untuk pembaca yg masih belajar, ini fakta benar. Tapi takut kena gam. SILA JANGAN TIRU NASIHAT INI). Terbaca berita-berita sadis kena rogol sebab ikut pakwe balik umah la, konon jumpa famili la. Sebenarnya takleh salah 100% kat gadis si mangsa. 5% datang dari laki tu juga..or pakwe mangsa.
Walaupun aku baik, comel dan dipercayai ibu-bapa gadis, tapi walaupun dengan status ini, aku masih punya ilmu lelaki yakni memikat gadis. Walaupun tak terrer masih lagi ada tau. So, korang leh bayang yang memang terrer dan kena plak siap ada baca-baca. Bahaya~~~~
Dulu, gaya aku memang tak berapa gentle, aku selalu mintak kawan pada gadis yang ku minat itu utk tanyakan status. Aku ada sebab sendiri ngape tak gentleman tanya sendiri.
1. Aku tak sekelas pun kadang ngan awek tu, aku nk citer apa kalu tetiba aku nak kenal ngan dia? Sepanjang citer ni kena ingat aku bukan lah terrer. Status ku BAIK, COMEL DAN DIPERCAYAI IBU-BAPA GADIS. Aku tak suke bagi impression kat gadis tu yg aku syok kat dia. Haaa..imej kena jaga. So, cara selamat nk tau dulu ada pakwe ke tak
2. Aku tak suke teruskan kalau dah ada pakwe, aku baik dan tak suke kacau relationship orang lain ye
3. Aku malas nak kawan-kawan dulu sebab dah nyata nak kapel kan (ni mind set love affair aku masa tu..teruskan membaca utk tau lanjut). Kadang pompuan suke layan bulan2, baru bagitau ada pakwe. So bulan-bulan tu baik aku get rid je..leh try ramai lagi weh bulan2 kalau kat kolej ni. Mwahahahaha~~
Kalau yang ni??Masa dia single dulu mungkin boleh la try. Kalu skang..kena cermin diri la. Dah la tak kaya. Walaupun realitinya, kaalu dia pilih orang besa cam aku..insyaAllah bahagia. (sambil tgok kiri kanan kot Cembam tengah ushan ngan mata besar amarah)
Okeh, lepas dah tau takde pakwe, baru next stage beb. Kena la dapatkan nombor tepon. Sekali lagi kadang nombor ni dapat sendiri dari awek atau dapat dari orang lain. Weh, what the fart gentle2 ni. Yg penting final outcome. Mwahahaha. Lepas dh dapat nombor, meseg2 la. Aku tknak la citer lanjut macam ne nak mengayat awek dalam meseg ye. Tapi setiap meseg sebenarnya leh tau ada chance ke tak. Kalau gadis tu tipu2 macam bagi chance pn tau.
Aku pulak jenis boleh tau, bila aku approach that girl sebenarnya apa outcome yg bakal aku dapat. Siyes. SO kadang dapat ayat, "Bagi I masa ye.." atau "kita kawan dulu kenal hati budi". Haa..dari sini aku tau la ada chance ke tak. Kalau macam takde chance tp masih mahu, usaha lagi sampai ayat tu ada chance. Mana yang aku pandang suke tapi tau takde chance aku malas la nak teruskan. Setakat ni sume yg nampak ada chance. And so far sume dapat. Mwahahaa...ada la satu tu tak dapat, tapi yang tu sebab hint and chance tu jadi serentak masa jumpa gak. Yang ni jatuh dalam kategori lain dalam tips "how to tackle a girl" ye. Ngahahaha
Sebab apa aku tak suke nak try kalau aku dh tau macam tak dapat walaupun kadang kita leh usaha. Sebabnya..aku student beb. Guna JPA je yg masa tu 3K je satu sem. Nak cuba kena ajak kuar, call, meseg..tu sume duit. Aku tak suke laburkan pada skim yang lagha. Aku skim cepat kaya je bab awek ni. Mwahahahaha~~~ Yg mana aku tau mmg dapat, bagi la alasan apa pun, aku tau dah takkan ke mana. Kepada ku juga akhirnya. Heehehehe
Paling best bila nampak satu awek cun wohh masa kat kolej dulu. Aku terus approach kawan aku.
"weh, ko nampak awek tu?"
"yang mana?"
"baju merah tu"
"fuh..lawa"
"sat lagi jadi awek aku"
Pergh..gile kan ayat gua. Citer betul ni. And memang akhirnya aku kapel ngn awek tu. Hehehehe. Dulu time kolej banyak kan pilihan. Tapi aku setia ok. Aku meliar bila dah single je. Aku masih ingat ada awek yang approach aku masa first sem. Masa tu konon wa dah ada awek tau. Time aku makan tiba-tiba datang berdiri tepi aku.
"Makan sorang je?"
"Haah...dah makan?"
"Dah..", then dia join balik kawan dia
Tetiba dia datang balik bila kawan-kawan dia beransur keluar dari kafe.
"Saya balik kampung minggu ni. Minggu depan kita jumpa lagi ye"
Fuhh..memang best. Cun gak awek tu. Orang ganu. Dah kawin pun ngan kawan aku juga satu kolej. Tapi masa tu ada awek. Wa setia. wa tak layan tau. Then ada la satu awek yang aku mintak ajar bahasa jepun. Niat aku sebab aku nak kasi terrer la bila aku amek sem depan. Masa tu pun takde studi sangat..SO, mintak awek ni ajar aku bila free. Lepak kat kusi astaka kolej smbil aku blaja sebut dan tulis jepun.
Later aku kapel ngan kawan dia. Sekali lain plak dari mulut gadis tu. Kata aku lak yg macam syiok kat dia. Padahal masa orientasi dia siap amek biodata aku. Masa tu masing2 tulis biodata utk sesi icebreaking.
"saya simpan ye biodata awak. Nak kenal lagi rapat"
Haa..sekali bgtu kat awek aku di kala itu, macam aku yg syiok. Dah la bgtu depan awek ku kala itu. Last-last aku citer kat awek ku kala itu apa sebenarnya terjadi macam tak best la. Macam jatuhkan air muka dia plak kan syok kat aku. So, jangan wat citer bukan2 sebab kadang terkena sendiri tauuuu~~ Tapi aku tak layan ek masa tu. Aku ada awek masa tu. Awek masa tu dan awek kala itu nyata lain orang ok. Mwahahahaha~~~
Setiap awek ada perangai tersendiri dan aku seronok melalui pahit manis love affair kami. Aku blajar perangai pompuan sepanjang sesi kapel. Tapi kalau takde jodoh memang tak lekat la kan. Awek ku bertukar setiap tahun. Tu yang declare la. Mwahahaha~~~ And lepas dah moved on (of course la frust tiap kali clash. Ingat aku main2 ke couple. Kalau boleh smpi kawin tau), aku guna apa yg aku belajar untuk teruskan pencarian pasangan hidup. Cewaaahhhh
Lepas keluar kolej baru aku tukar mind set. Daripada, kenal untuk kapel, kepada kenal dulu la..kalau ok, kapel kot. So, untuk mind set ni sempat la 2 orang. And salah sorang nya adalah bini ku skang. Wahhh!!! Dah hujung entri baru ingat bini!!! Errrrrr..sekurang2nya laling ingat mu nyai ku...ahahahahahaha!!!
Kesimpulannya? Laki pandai berkata2 and pandai menilai emosi, gaya badan, tutur bicara si gadis utk tau ada chance ke tak. Jangan la terlalu cinta smpai lupa diri ye. Anda wanita, gadis ada banyak benda yg akan terkorban dalam cinta. Kami lelaki, we gain je kerjanya. Duit je la labur banyak. Paling aku tak suke trend sume benda mintak izin kapel. Nak kuar tnya pakwe, beli tu tanya pakwe. Kat mak ayah tak bagitau. Aku selalu bagitau mak ayah je nak watpe, awek tak bagitau. Mwahahaha..Tapi ngan bini, err..hai nyai ku Cembam. Laling nak publish entri ni.
Lagi satu, kalau boleh kenal la dulu hati budi sebelum jadi isteri atau suami ye. Kalau awek takpe. Awek atau pakwe guna prinsip aku. Haa..catit;
Memang orang kata jangan pentingkan rupa. Tapi ko nak yang huduh ke? Bangun setiap pagi kat tepi muka huduh tu. Nak? Yang penting kita tertarik pada dia dan cantik pada mata kita. Tak kira luaran atau dalaman. Jadi maknanya kita semua nak yang 'cantik'. Jangan poyo kata tak pandang rupa. Aku tampar kang. Hahahaha.
Lagi satu, dalam banyak2 pilihan atau aweks, ko tak tau pun setiap sorang tu baik ke tak. Betul? So, why not pilih je yang paling cun atau yang paling ko minat. Then belajar untuk menerima baik buruk beliau. Kalau banyak sangat buruk, sendiri pikir la. Pompuan nak clash senang je. Dia bagi alasan "Awak terlalu baik utk saya". Abih kau jalang ke smpi aku yg tak berapa baik ni pun terlalu baik. Ahahaha. Ini adalah alasan paling gampang untuk diterima ye.
Why not kan try je yg cantik and seksi begini. Kot memang baik hati dan boleh dilentur. Kan?? Pilih yg cun di mata kita then alhamdulillah OK ngan kita. Tak ke best. So, ok je pandang rupa tau..(credit flickr)
Oklah. samapi di sini saja ye. Ini adalah cubaan entri yg agak panjang. Nak try tengok orang ada rasa tertarik ke nak baca. Nak gak terrer cam kapten. Entri panjang2 pun orang baca. ekekeekek. Bubbye
Comments
keh3...
gambar ppuan seksi tu mmg xboleh blah...hehhehe
jujur, mmg pandang rupa dulu. sedap amata memandang n kau nak toleh berkali2 tuk make sure dia ni org ke bidadari. cam tu lah konsepnya. tp subjektif.
ada yg tido seblah kau, giler cantik semua puji, tp hati x cinta pun. ((bukan pasal gay)) tp sudahnya ... baham jugak! ngahahhaha ~~~ << ni tuk suami isteri yer adik2.
pe aku merepek .. tp aku baca sampai abis entry sioot ni. owh aku save pic iteeww!
wooohaaaaaaaaaa ~~~
>>___<<
ramainya exes... tengok cam aku... sekali kenal, sangkut, kapel, terus kawen... alhamdulillahhhh... kikikikikik :P :P
Zella : haaa..stuju ko ngan aku ye..bagus
Bloggerina, ni merujuk yg kes kena bawak lombok la...kena rogol kat umah BF la..
yg ni 95% pada pompuan tu..Kalau teguh iman dan latar blkg agamanya..takdenya senang2 kena angkut. smpi rumah lak tu..jangan salah anggap ye kata saya menangkan laki
tak best bace sekerat2 lol~
u berjaya la nie :)
tp, bnd subjektif kan... janji aku rasa encem.. dahlaaaa... org len rasa xencem.. ada aku kesahhh... ???
okehh.. dah... dah komen ikut konteks.. ngeh3
syahshah : sy lelaki yg berusaha utk jodoh syah shah..tu yg ramai tu
ienafazlyna : sume orang kisah...mungkin yg mmg famili atur akan cuba juga utk mencintai pelan2 apart of the looks
balkidz hunny : yeaaa..berjaya lagiiii
Confused, haah...bini kita lawa tauuuuu
>>___<<
gambar last tu dasyattt.Aku yg pompuan pon terpegun..kuikui
gambar last tu dasyattt.Aku yg pompuan pon terpegun..kuikui
wah, nak berguru lak ni cmana nak ngorat awek. haha
padahal aku lg hensem
betul kata org, hensem tak guna kalau x pandai ayat.
tunjuk ajar ku sifu!!!
Kapten punya ayat tak boleh blah!
kih3~
^.^
Eh, gambar2 tak boleh blah~
Yang abwah tu...errr~~
Frodo Baggins : dah..tu lumrah manusia..bak kata Pocket, dalam drama je tak sentuh..ahahaha
Nor Arinee : Tapi kalau CGPA rendah, but masa wat praktikal, kita wat something yg company tu nak..rasanya dia amek yg ada praktikal knowledge ni or yg CGPA je lebih??hehehe
Erina : jangan terpegun..tu gambar EX aku..ahahahaha
wanie : ko setia skang ah..eelelelele...
kyuubi_85 : so damn right. tkyah la berguru..tak dijamin peratus kejayaan
Jard, jujur ah menarik?? alhamdulillahhh
Kapten, jadi ayat lagi penting dari hensem ah...ekekekkee
Lord Zara, tu gambar penarik undi
tengok gambar kat bawah... mak aaiiii
i heard the thing yell yell ler, 'let me out! let me out!'
huhuhu
hemy, ko ingat tak suma nama aweks lama ko tu?
walaopon ko pernah ada banyak aweks, tp ko masih lagi ada satu isteri sekarang ni..
bila nak tambah???
muahahaha
ooopppssss... sori cembam :D
kniedaz : of coz la ingat sume kniedazzzzz
Masy, ekekeke..ingat tknak tukar..kena tukar gak la
KTS : errr....errrrr
tapi mai umur masuk 20-an ni pesal aku dh xda kapel??
hak3...
heran plak..
sbnrnya dh malas nk pk! takut frust! huh! mmg penakut betul aku ni
senyum2 sendiri ar tue..
hehehe..
he..23x kan sebijik cam bro cakap kat entry nie http://www.broframestone.com/2010/04/wanita-berbaju-merah-lebih-menghairahkan
BroFramestone Blog
and share thoughts. Great website, stick with it!
My web blog :: germany
My site has a lot of unique content I've either written myself or outsourced but it looks like a lot of it is popping it up all over the web without my permission. Do you know any methods to help prevent content from being stolen? I'd definitely appreciate
it.
Look into my page - frances bavier pictures
friends will too.
Feel free to surf to my website ... luxe vakantie
Cheers!
Feel free to visit my website: luxe vakantiehuizen
thus where can i do it please assist.
Stop by my blog; vakantiehuisje frankrijk ()
.I'm attempting to find things to enhance my website!I assume its adequate to make use of a few of your concepts!!
Here is my homepage ... vakantiehuisje frankrijk