Skip to main content

Xiyad Exam lah sangat

Huhu..macam tak percaya pun ye..anak yang aku cium2..peluk2..gomol2 sungguh2..yang ku timang2 ku lambung2..ku tuang air panas..opsss..besar dah ha...6 tahun dah. Alhamdulillah..6 tahun pun..skang ni aku masih sekali sekala out of blue akan mintak dia kiss aku

"XIyad..sayang ayah"

ANd he will still come to me and give me a kiss on both cheeks. Balik keje pun kalau dia tengah syok layan tv ke apa..aku cakap

"Assalamualaikum...xiyad taknak sayang ayah..salam ayah keee"

then he will come to hug and kiss me..salam apa smua..ni kalau dia tgh ralit. kalau dia takde watpe atau ada benda nk tunjuk..belum sempat mati enjin dh dengar dari dalam dok jerit "ayah" and bukak pintu tunjuk segala benda yang dia exsaited nak tunjuk..kadang tu nk tunjuk homework dia, berus gigi baru, ubat gigi, adiah ari jadi kawan dia..anything yg he thinks nak share ngn kita lah.

Alhamdulillah..aku rasa disayangi anak lagi sampai skang..hehe


MInggu cuti sekolah hari tu minggu revision sebab minggu ni lah dia punya assessment pertama untuk year 6. Aktiviti book tu teacher dia bagi 2 minggu sebelum. Ada sekali tu aku kuarkan dari beg dia and simpan le dlm lemari..ingatkan utk buat kat rumah macam yang biasa dia bawak balik. Lepas 3 hari, satu pagi ni tengah siap2 dia amek aktiviti book tu and masukkan beg. Aku pun tegur la 

"eh Xiyad..nak buat apa bawak book tu. tu kan nak buat kat rumah"
"Teacher suruh..nanti teacher marah"
"ye ke?aku amik book tu dari dia..tapi ni letak kat rumah kan"
"tak...nanti teacher marah"

So in the end aku masukkan la dalam beg. then smpi opis aku mesej group kelas anak aku tu. tanya teacher mmg kena bawak ke buku tu ke skolah. Then teacher tu jawab ye..kena buat kt skolah and rumah..Xiyad dh 2 hari tak bawak.

Allah..alhamdulillah..maknanya Xiyad dh paham arahan..seronok hati aku


Tapi masa cuti skolah..aku tak dapat nk spend time go thru xtvt book tu..aku start demam sebelum cuti skolah tu smpi la skarang..ye..aku kalau demam lama..sebab bila kena aircond opis tu...balik tu dh rasa tak best balik..so banyak hari smpi smlm yg aku balik2 aku baring je. kadang tak makan malam pn sebab dok baring tido tau2 dh kul 3 pagi kat ruang tamu bawah tu. 

Minggu assessment ni teacher suh mai sebelum pukul 8 pagi..allah..bapak awal weh. jadi minggu ni aku smpi awal le opis. tapi macam nk cuba jadikan rutin lah..hehehe..bertekad!!!


Macam malam tadi dalam baring2 mamai2 telan pil aku sempat la layan xiyad wat activity book dia..part bahasa arab sbb hari ni bahasa arab dan science. Dia kenal tulisn tu..contohnya ummun utk emak..tapi bila tunjuk pktaan arab tu..dia tak tau tu ummun. Jadi aku pn ajar dia cara cheat skit lah malam tadi. Kalau ayah..abun..ada huruf ba. kalau jaddatun nenek dia ada bulat (ta marbutoh tu)..kalau takde..atok..hahaha itu lah sempat malam tadi smbil mamai selang seli dok tengok fiya buat apa. Wife aku pn tengah busy ngn kerja2 skolah dia. 


Semalam aku perasan xiyad kenal pktaan english utk warna. macam black, brown..dia tau perkataan tu. Alhamdulillah. Kami belikan cardboard tampal dinding jawi hari tu sebab aku nmpk jawi ziyad slow skit..pun tak sempat lagi nk ajar malam2..tapi bila ada kat dinding tu xiyad sll berdiri depan dia and baca mana dia nak. pagi tadi aku saja tanya random huruf..dia kenal smua. Alhamdulillah..pasni aku start ajar la baris atas bwah and depan


Aku selalu letak expectation yang rendah je utk anak aku..taknak jadi golongan parents yang beria2 nak anak terrer itu ini. tp kadang terpengaruh jugak bila tgok anak orang lain hebat2. yelah tiap anak lain2 potensi..and ada kaitan ngn mak ayah dia punya amalan juga. jadi takyah nak expect hebat sangat lah kalau kita pun tak bagus mana. 


So kadang aku macam"eh..xiyad leh kenal ke..leh jawab ke soalan camni". tp ada benda yang memang dia leh buat n u dont expect it. see..bila aku expect tak terlalu tinggi..aku jadi gembira dengan apa yang dia achieve. hehe. Xiyad ni aloof sangat. pemalu sangat. kat skolah ngan kt rumah lain. Jadi bila teacher ajak dia malu2 nak sebut..tu yang buat dia macam lambat skit perkembangan dia. Sebab teacher pn tkleh gauge potensi dia. 

Tapi kami akan cuba pastikan by end of this year..dia pandai membaca lah...mengira pn dah ajar dah skit2..alhamdulillah..

doa kan yang baik2 untuk Xiyad ye semua...Exam tu..aku pn tak expect pape..asal dia leh jwab skit2 jadilah..hehe

Comments

Super Nia Hana said…
LC dah start assessment ke?
anak akupun 6 taun gak.
hohohohoh
HEMY said…
anak ko assessment tak...tak dapat lagi keputusan..haha tak expect tinggi pun..asalkan dia faham suasana kena jawab soalan tu
Super Nia Hana said…
aku pun sama tak expect bintang bulan
aritu aku tanya tc dorang maybe may.
risau aku darjah satu tulis pun cakar ayam.,bac apun slow,
xiyad ok tak so far?
darjah satu skang bukan cam zaman kita dulu oii
HEMY said…
somehow dia dh boleh baca la...aku tgh train eja apa yang dia baca..diorg kan phoenic..so kalau kita sebut baca..nk tgok dia leh tak tulis ba ca tu..pastu aku ajar sdri cara faham alif ba ta baris atas bawah depan tu..

tp mungkin apa dia boleh buat kt skolah tak tnjuk or tak sama ngn depan kita kt rumah
Super Nia Hana said…
nyesal aku bg honeymoon masa umur 5tahun aahahah

best of luck to our kids,
huhuhuuh
HEMY said…
takpe..anak aku pn 5 tahun tak reti pape sgt..umur 6 tahun ni yang dia akan pulun..ko pulun je. bg ada benda nk motivate. cm anak aku..lepas dia baca buku..pa smua..dia dpt tgok ben10 kt youtube phone. huhu
Super Nia Hana said…
bagus jugak cadangan ko tu. huhuhu tak terlambat lg kan kan.gambatte!!

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga