Kenangan sekolah menengah. Zaman remaja dengan Fariz

>> Tuesday, June 7, 2016

Tingakatan 1, aku bersekolah di SAMT batu 38. sekolah agama. Kawan2 aku boleh kata semua masuk SMKUA. Sekolah menengah kebangsaan yg terletak bersebelahan dgn sekolah rendah kami. Kalau ikutkan memang nak sekolah SMKUA je sbb semua kawan kat situ. Tapi kuarga suh sekolah kt SAMT, kita ikut je lah. Tapi pendekkan citer, form 2 aku pindah. Cikgu2 masa aku form 1 3-4 orang selalu tuang kelas, tak masuk kelas. AKu tak tau pun matematik tu apa. Jadi aku bgtu mak aku nak pindah.

So bila masuk SMKUA, aku bersekolah sama2 ngn kawan2 baik aku ni balik. Tapi kelas aku ngn Fariz jarak banyak. Dia kelas ke 6 or 7..while aku kat kelas pertama sbb aku amek bahasa arab. Kami jumpa time rehat sajalah kat kantin. Atau main badminton kat taman belakang rumah Fariz waktu cuti wiken. Form 2, kami sekolah sessi petang. And aku tak banyak sangat luang masa ngn Fariz. Tapi start form 3, sekolah pagi..tiap petang kami main kat taman belakang tu. Mula main badminton, tapi sebab kami budak sekolah yg belanja harian dapat cukup2 je, kami tak mampu nak beli shuttle. Tu pn dh pakai shuttle plastik yang laju tak hengat. Sakit dowh kena smash ngn shuttle tu. So kami decide kumpul duit n tukar game. Main takraw sbb leh pakai kasut skolah je n bola takraw tahan lama. Hahha..ye kami main bukan sebab minat, tapi sebab lebih cost efficient.

Lama kami main kt taman belakang tu. Sampai pakcik2 yg dok area situ pn join kami main. Dari tak tau lipat, tak tau serve smpi pandai melipat lah. Sampai reti lipat gulung. Haaa..masa kami main setiap petang, Fariz lah selalunya punca kami tak ckup korum. Ada je lah sebab dia. Selalunya sebab ikut mak ayah dia gi rumah atok dia kat Sg Haji Dorani. Yelah takkan nak kata tknak ikut. Tapi kadang dia tak ikut juga. And lagi satu punca utama selalunya sebab adik laki dia si pesol tu. Dok nangis la tknak abang dia kuar main suh dok umah. Kami ni sbb dh selalu gitu mmg dok cakap kat Fariz, suh tinggal je sbb kakak dia ada je kat umah tu.

 
Aku dan Fariz waktu baraan beraya

Tapi bila si Pesol ni start jerit2 "ABANG KOBAAAANGGGGG...ABANG KOBANGGGGG!!!". Memang Fariz akan patah balik. "Aku takleh la kalau dia dh start panggil abang kobang ni". Maka petang tu kami main takraw tak cukup orang. 2 lawan 3 la jawabnya. Lepas tu dulu Fariz main selalunya main tekong. Fariz lagi sorang team sebelah pn tekong. And selalu sangat lah kalau Fariz cuba nak receive bola, plapp...mati. "alaaa...tapak pulak". Hahahahaha. tu memang signature dia. Asek kena tapak je la bola time kita harap dia naikkan first ball. Kami wakil sekolah untuk sepak takraw masa kami form 5. Disebabkan team asal tak sempat balik dari main bola, tak cukup orang..jadi aku suggest Fariz untuk join team wakil sekolah kami. Kami kalah smua game. HAHAHAHA!!! Masing2 tak pernah main wakil skolah..saiko..cuak. Tapi aku selected utk wakil daerah, but pengetua tak kasi pi. Fariz dapat gak main untuk satu game. Hampir menang, tapi lepas kuar "alamak tapak" dia...kami kalah. HAHAHAHA!! And kami selalu gak brader2 main takraw ni ajak team kami join game open takraw mana2 event yang dianjurkan. DIorg bayarkan yuran masuk. Kira sebagai pendedahan la. Tapi sebenarnya nk bagi cukup korum so team kuat takde la kena lawan sesama diorg kt peringkat awal. Memang tu kenangan manis la sebab kami start main takraw dengan timang tak lebih 5, main n main. Dari tgok je abang2 ni main sampai leh join main, smpi la berentap plak dengan diorang.

Bila masuk tingkatan 4, somehow..abah aku sanggup bayar yuran RM10 sebulan untuk aku masuk Taekwondo ngn Fariz. Selama ni mmg Fariz, kawan and Zul masuk taekwondo. Kadang tu aku tak buat apa wiken, au gi skolah untuk tengok diorg berlatih. Yelah..takde duit kan. RM10 sebulan dulu adalah bebanan pada abah. Tapi aku blaja sendiri je kat umah. AKu ni kan jenis teruja tgok martial art movie. So somehow i can kick as good as them sebelum aku join kelab taekwondo lagi.  So bila dh join taekwondo club, kami lagi rapat. ANd masa form 4 plak, kawan baik aku yg sekelas si Zul Atfyi tu pergi MRSM. Jadi mmg lagi rapat ngn Fariz lah jadinya.

Dulu rumah Fariz ni la tempat kami layan video VHD ke apa nama dia. Sebelum ada CD. Bapak fariz ada kad ahli BEE KEE Video tak silap aku nama kedai. So kami kadang pergi sewa video shaolin kungfu and layan sama2. Aku ingat lagi fariz rekod filem bollywood Dil Se. Perghh memang kalau aku tak tau nak buat apa kat umah dia, aku akan layan lagu chaiya chaiya tu lah. Malika Aurora yg seksi masa tu utk aku..fuhh..daebakkk..hahahaha. Fariz siap beli kaset Dil Se, kompilasi semua lagu dalam filem tu. Sempat aku pinjam kaset tu. Waktu tu kami diambang remaja..baru baligh kan..ada la Fariz pernah kata rasa macam nk sewa je tape adult video. kah kah kah. Ate masa kt kedai tu poseter bukan main. Tapi in the end memang kami tak beli. Paling jahat pn layan sisipan adult scene citer Fair Game lakonan cindy crawford dulu. Kah kah..adoiii.. ya Allah.

Masa sekolah menengah mmg sangat kerap lah lepak rumah Fariz. Lebih2 lagi lepas kelas taekwondo. Time tu lah kami layan video or dok teruja tiru gerakan2 dan tendangan dari movie. Kusyen kat ruang tamu tu jadi pad pelindung. Fariz try buat kick, aku tadah dengan kusyen. Then pusing plak giliran aku. Sampai penat. Kalau rzki aku baik, apa yg ada kat umah tu aku dapat le makan. Buah2an ke atau kadang lunch kat situ terus. Hehehehehe. Kuarga Fariz dh macam kuarga aku sendiri. Diorg pn dh layan aku cam anak sdri la kot. Sebab kadang kalau aku smpi rumah, Fariz keluar...mak ayah dia pn nk kuar, diorg suh aku tnggu umah. hahahaha. Padahal aku tau Fariz simpan duit2 hasil sawit bapak dia kat laci bawah almari TV tu. Kih kih kih.

Oh ye..kami sll panggil Fariz ni..munik..panggil nama bapak dia..hahahaha. Tapi lepas satu insiden ni...aku gi umah dia..bagi salam terus bukak pintu..nampak la dia dr blkg tgh bersila makan nasi..Aku baru nak panggil MUNIKKKK..sekali dia toleh..bukan dia da...itu memang haji Asmuni bapak dia daaa...HAHAHAHAHA mujur dowh!! Lepas pada tu aku tak panggil dah dia munik. Kih kih kih.

Tiba masa nak sukan sekolah, kami berlatih sukan sama2...lompat jauh, lari berganti2..try sprint 100m. Apis usop budak atlet sukses.. Jadi kami pernah la pakai bilik gym tu sesuka hati kami. Hehehehe. Stadium mmg guling pn sampai kalau dari rumah Fariz ni. Memang selalu gak lepak stadium konon2 buat latihan.

Time taekwondo, cikgu Rosli, jurulatih kami memang dh nampak kami ni serasi. Selalunya memang kami akan di pair kan kalau time sparring. Walaupun Fariz 1 level lagi tinggi dari aku. Memang Cikgu Rosli akan panggil Fariz utk pair ngn aku kalau aku takde pair masa exam. ANd Fariz pnya sparring slot masa grading exam pn kadang Cikgu Rosli akan panggil aku utk spar. Memang kami rakan spar la senang citer. Tu masa dia masih kurus la. hehehehe. Lama gak kami taekwondo sama, ngajar budak2 baru sama2. TIme ni la kami eksperimen macam2. Pernah cikgu rosli mintak kami tolong dia utk kelas taekwondo kat SAMT batu 38. Sekolah lama aku masa tingkatan 1. And..well, ko nak kena tolong ajar kawan2 laki yg lebih kurang sebaya kau..ego remaja masa tu tinggi, depa macam ingat kita berlagak la plak kalu kita tegur n bg tips camne nk sepak tu bagi cantik. Aku bukan nk kata apa la, cikgu Rosli memang pernah puji aku depan all the students masa grading and even masa kt SAMT pny session ni..Cikgu Rosli kata tendangan aku tinggi dan cantik. Koff kofff..

So ada la satu masa ni, Fariz kena spar ngn kawan sekolah lama aku si Shahir ni. Spar punya spar..sekali si shahir ni pergi tangkap kaki Fariz. Taekwondo tak main tangkap beb. Fariz ni boleh je layangkan satu lagi kaki tu macam kt filem. Selalu dh kami buat masa kelas n main2 spar. Tapi takde sebab pn nk buat..and tiba2 shahir ni pergi tarik n campak si Fariz ni. DENGGG..what the hell. Tak pasal2 tangan Fariz terseliuh. Terus CIkgu Rosli stop kelas. Kena sound la diorg. CIkgu rosli cakap, kami ni mai tolong dia..bukan nk berlagak tunjuk terrer. Then skali lagi Cikgu sebut nama aku..koff koff "tu hasnul tu saya pn takleh sepak sebagus dia..saya bawak dia datang tolong untuk kamu amek sikit tips atau tengok n improve tendangan kamu semua plak".So petang tu memang Fariz pulang dengan tangan yg terkehel. Kami pi skolah tu dgn moto  Fariz. Dia baru je tukar clutch tu jadi clutch idup. Jadi aku nak tolong bawak tak brpa reti...sian sungguh la

Kenangan Gabai..ini zaman young adult. Tk banyak simpanan gambar digital zaman skolah. Takde kamera kan

Sama macam kawan2 baik sesama lelaki lain..kami tak pernah ada batas topik bila bersembang..segala macam topik..smpi la bab pompuan apa smua..hahahaha. Masa Fariz form5 tak silap aku..or form 4..kami kan generasi pertama SPM terbuka..tiba2 Fariz kata nak tambah subjek ekonomi. Fariz ni kelas pertanian..tapi ntah apa sebab semangat dia nk amek ekonomi. Aku sbgi kawan sapot je lah. Ekonomi ni banyak membaca je. Jadi dia amek subjek tu dgn blaja sendiri la kiranya. Aku tak ingat plak dia lulus tak subjek tu. 

Zaman baru nak celik IT, apa itu Yahoo...aku gi ngan Fariz jugak kat ABACUS CC tu. CC yang plg haramjadah aku penah jumpa. Smua pi situ mmg ramai. tapi masing2 bukak citer blue. Itu la exposure cite blue pertama aku. Tapi aku sempat tgok 3-4 saat je. Sebab masa tu aku baik..aahhaha..aku elak tengok smua tu. Bila kami dok sama langgan internet kat situ, Fariz dok cari pasal taekwondo..sapa mahaguru plg tinggi apa smua lah. 

Kami blaja buat front flip pn sama2. Hahahaha..ntah masa tu rasa cam cool je kalau dapat blaja front flip. Tapi Fariz sekejap je..lepas tu dia macam tknak buat sbb byk kali salah land punggung sakit. Aku je lah terrer kan front flip tu smpi leh flip berdiri balik.hahaha.. Cool je rasa bila buat time lepas kelas taekwondo. And Fariz gak yang tanya aku samada aku leh sangkut kaki kat palang bumbung bench basikal skolah then wat push up. Hahaha..yee..benda2 remeh camni aku igt. Camne kami berdua try wat side split..front split. Sungguh2 sbb nak bagi kaki tu betul2 flex masa nk wat taekwondo kick. 

Kami berkongsi byk pasal taekwondo, takraw lah mostly masa skolah menengah. FOrm 5, kami punya aktiviti unit beruniform mmg best sbb taekwondo diiktiraf as one of kelab beruniform. Jadi jimat duit aku takyah join unit lain yg kena beli baju seragam plak. Kami join camping kt skolah. Aku ajak smua geng satu unit ngn aku. Memang best. Aku igt lg aku lepak tido rumah dia, hafalkan lagu merdeka yang Lizawati cipta lirik berdasarkan lagu KRU - Di pintu syurga. Sungguh2 kami nyanyi utk persembahan penutup team kami. Masa tu ada lizawati, jiah, iza, nora, hafiz, faseha Maya, anip and ajak kalau tak silap. 

Membesar and mengenal erti remaja aku dgn Fariz. Aku dipelihara dari unsur2 jahanam sbb kawan2 aku smua baik2 macam Fariz. Alhamdulillah..

Alfatihah..Aku rindu kau Fariz. Rindu sangat


2 comments:

moment June 7, 2016 at 2:22 PM  

Al fatihah... *tepuk2 bahu

Dewi Aja September 21, 2016 at 2:34 PM  

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP