Skip to main content

Fariz Asmuni. Kenangan sekolah rendah kami


Mohd Fariz b. Asmuni. Aku tak pasti samada ingatan aku tepat atau tidak. Tapi Fariz ni antara kawan pertama aku kat sekolah. Aku punya ingatan pasal Fariz waktu di sekolah rendah darjah 1 tak berapa 'nampak' dia. And aku jugak tak berapa pasti Fariz antara kawan luar pertama aku yang aku jumpa di tadika depan rumah aku. Samar2. Macam pernah ingat Fariz ni tadika kat batu 2 sepintas, kampung sebelah. Apa pun Fariz antara kawan luar pertama aku. Maksudnya kawan yang bukan jiran rumah aku. Kawan sekolah aku.

Darjah 1 dan 2, agak samar2. Mungkin aku tak berapa rapat sangat dengan dia. Tapi aku pasti aku memang berkawan dengan dia. Cuma aku takleh recall memori2 khusus aku dengan dia. Main sama ke apa..samar2. Yang pasti, kami kawan dari sekolah petang..sekolah rendah agama yang sama. Sebab sekolah pagi, dia kelas lain. Dulu, cara diorang kelaskan budak2 darjah 1 ni ikut bulan lahir. Bulan 1-4, masuk kelas 1..kelas Maju dan seterusnya. Fariz lahir bulan 5, jadi dia kelas ke 2. Kelas Jaya.

Ingatan dan memori aku dengan fariz mula kuat bila start darjah 3. Waktu sekolah rendah aku ni macam ketua juga lah. Aku ada geng aku sendiri. Tapi bukan lah geng cm budak2 sekarang. Sekadar geng gi makan sama, main sama gitu. Aku selalu initiate aktiviti2 utk geng aku. Contohnya, aku buat macam name tag untuk geng2 aku. Kad ni ikut tema. Kadang ikut nama2 ultraman, kadang2 ikut nama watak ninja turtle. Yang pasti, makin ramai geng, aku kena come out dengan tema yang cukup untuk ahli geng aku le. Aku ingat lagi bila aku bagitau kt geng aku ni, kita kena pilih ultraman masing2 sebagai identiti. Hahahaha kelakar plak. Aku pilih ultraman seven masa tu. Hafiszain, jiran aku pilih ultraman 80, Zul Atfyi pilih ultraman Ace, Zaidi Satari Ultraman Taro. Then Fariz bgtu "Aku Ultraman Towards the Future". HAHAHAHA. sebenarnya tu tajuk citer ultraman tu masa tu. Kami tak tau la plak ultraman apa nama dia..So dia punya ultraman la nama paling panjang. Hahaha hentamlah labu.

Kat sekolah petang dulu ada musim mainan..Kalau kena musim guli, smua budak2 bawak guli gi skolah. Musim main getah pemadam, musim gasing. Musim dia ni memang akan silih berganti lah. Memang best. Zero point (dulu aku panggi zerofine) pn kami main. Dulu main ngn budak pompuan takde nak pikir bukan2 pervy ke apa. kami main je.

Ada satu masa ni Fariz share pasal lagu lama yang dia dengar dari ayah dia punya koleksi kaset lama. Dia dok nyanyi la berhari2 kat skolah. AKu pinjam kaset tu sebab tertarik dia dok nyanyi. Aku tak ingat sapa penyanyi..tapi ada 2 lagu aku masih ingat smpi skang. Satu pasal MAWAR. satu lagi pasal BINTANG.

Sekuntum bunga mawar indaaah menawaaann~~
Kumbang tertawan hinggap menghiiisap madu~~~
Sekuntum bunga mawar indaaah menawaaann~~
Kumbang tertawan hinggap menghiiisap madu~~~

Indahnya bungaaaa
mawarrrr (ni suara harmoni. Aku dok buat sama2 ngn Fariz bila nyanyi)
Yang kembang layu (part ni mmg ni yg aku ingat lirik. yes mmg tak jive..kembang tp layu.hahaha)
mawarrrrrr

Menghaaarap setetes embun pagiiiii
menghaarap setetes embun pagiiiiii
Maaawar maaawar...mawar yang indah serta menaaawan hatiiii

Aku rasa kalau gugel mungkin leh jumpa. huhu. Then ada lagi satu lagu. kelap kelip bintang di langit...sungguh indah bila dipandang... Yang ni yang dia suka nyanyi dulu. 

 Arwah Fariz Asmuni..tengah..

Then masa kt skolah petang dulu, memang layan musim mainan yang aku sebutkan tadi..jadi takde budak main bola sepak ke bola apa. Kami ada padang kecik je tepi kelas kami tu. Orang main kejar2 or tak guna sangat pn . Yelah..rehat dlm pukul 4 ptg ke 4:30 tak ingat..lepas tu terus pi solat asar. Mana dan nak main. So masa tu lepas rehat, kami dok rayau2 main apa yg ada, aku terpikir utk petik buah jambu batu (ni yang kecik..bukan yg besar korg sll nampak tu. isi merah) and jadikan bola. Jadi aku self-claimed perintis budak2 SRA Batu 2 Sepintas start main bola. Memang kelakar but fun. Kami main guna jambu je bola sepak. Paling takleh blah keeper lambung jambu memang takde la spa2 nak heading. HAHAHAHAHAHA

Then kami start main dengn bola tenis. Kami tak layan bola besar sebab bahaya. Senang pecahkan tingkap2 kelas2 kat tepi tu. Bila boring main bola, kami layan rounders plak. It was fun childhood moments for us. Ada satu masa ni..tapi rasa nya masa ni dh darjah 5 atau 6, kawan aku si Hafiszain bawak bola sepak yg besar tu. Punya nak tunggu rehat n ustaz takde masa tu..kami main pass2 bola tu dalam kelas. Sampai kt Fariz..dia pass jauh..sekali tinggi sangat, kena lampu..mentol dia cabut, jatuh n pranngg pecah la atas meja. Bilik darjah dh la sebelah bilik guru. Terus ustaz masuk..cuak la beb. Budak dulu baik beb...pecahkn lampu pn dh cuak gila2. Bola kena rampas. Fariz ni plak kebetulan pakcik dia tukang kebun kat skolah tu. Terus pakcik dia mai sound marah n esoknya dia gantikan balik mentol tu. 

Rumah nenek Fariz ni plak sebelah sekolah tu je.Jadi kadang kami singgah rumah nenek dia lepak2, minum air and macam2 lagi.  Bila kami dok syok main bola tu...senior kami mula la nak join. Mulanya kami bagi je join..tp diorg dok main sesama diorg je..pass ngn diorg2 je. Jadi cam tak best la. So the next time, kami taknak main sekali. Bola kami punya kan..ada la pernah mcm gaduh2 mulut gitu. Tapi aku ingat Fariz penah kena pegang kt tengkuk n dihayun ke arah kawan lain. Berlaga muka la gak. Aku ingat lagi sapa buat..Si Azam sobari tu. hahahahaha. Tapi tu smua citer masa budak2. N gaduh dulu gitu2 je. Penah juga Fariz gaduh2 mulut lepas sekolah n lepas main gak rasanya dengan Azri Mahmood. Kawan2 aku ni baik smuanya..so geng2 aku ni geng baik je. Jadi masa gaduh just tolak2..bila si Jeli ni cam acah nk tumbuk, Fariz pn wat gaya cekak pinggang ala2 maknyah "haa tumbuk la tumbuk la..takut"..sekali Jeli tumbuk juga. Tapi tumbuk gaduh budak je. Merah la mata kawan tu tahan nangis. Lepas tu Fariz plak acah serangan balas. Jeli cam sedia ngelak. Then Fariz kata "haaa takuttt". Bila Jeli sedia balik nk tumbuk, Fariz ulang balik gaya tadi "tumbuk laa tumbuk laa". Hhahaha kelakar gak bila ingat. Berani yang takut2. Camtu la budak baik bergaduh. Huhuhu..

Time kami dalam darjah 5 or 6 tak ingat, ada sedara2 Fariz gak bukak cam warung dekat simpang jalan seblum skolah. Jual ais kacang. Semangkuk 30sen. Masa tu mmg belanja aku 30sen. So kami pakat sebelum masuk sekolah lepak situ makan ais kacang dulu..sebab time rehat nanti nak main kan..tak ke kantin. ANd terus gi semayang asar. Pakat la ramai2 kami mengABC dulu sblum pi skolah. 

Ada sekali ni lepas smyg Fariz datang lock tangan aku dari belakang. Main2 gurau2. Pastu dia tanya "haa camne nk lepaskan diri nul?" Aku jawab.."senang je ni..ko nak tau ke?". Pastu aku hantukkan belakang kepala aku. Kena muka dia. Pecah bibir kawan tu. Hahahaha. budak beb..tak pikir consequences nak buat mende2. Pastu aku mintak maap kat dia. Huhuhu. Time skolah rendah ada gak lepak2 rumah Fariz ni. sebelh rumah Fariz ni, kawan kami lg sorang nama Fariz jugak. Diorang ni pggl sesama diorang KAWAN. So Fariz A pggl Fariz B kawan, and sama lah sebaliknya. Aku plak pggl Fariz B, Fariz mat min tu je kawan. Kuasa plak nk panggil dua2 kawan. takde beza la dua2. hahahaha.

Ni la lebih kurang memori aku ingat dengan arwah Fariz Asmuni. Antara kawan baik aku dari kecik. Arwahnya meninggal 2 minggu lepas. Dia eksiden motosikal masa on the way nak gi kelas. Arwah sambung blaja. Jadi tiap pagi sabtu dia naik moto pi PJ tak silap. Ada la kadang aku balik Sabak, jumpa dia masa on the way balik dr KL kalau wiken tu memang wiken dia pi kelas. Kalau time hari biasa, aku roger la dia. Takde kes pape, kami lepak kat kedai mamak tepi Balai bomba tu.

Lepas dapat tau dia eksiden, aku pi lawat dia. singgah jap kt spital sungai buloh. Masa tu dapat jumpa Anip. Kawan baik aku lg sorang. Dia nampak ok. Cuma tangn n kaki patah. Lutut teruk pecah. Abes sembang2, kami balik. minggu lepas tu, mesej kt whatsapp group, isteri arwah kata baru lepas operation..stabil. So alhamdulillah lah. Pagi arwahnya meninggal tu, dapat whatsapp dari 2 org kawan aku tanya betul ke Fariz meninggal. Aku terus la jawab..eh takde lah..dia baru je lepas operation n stabil. Tapi aku curious aku cek FB dia ada org tulis dia meninggal. Terus call handset dia. Wife dia yang pegang phone. Kali kedua call baru angkat..suara hujung talian dah menangis teresak2. Tak jawab pun aku tau dah. Aku memang terkejut sangat bila dengar dari mulut wife dia yang memang sah Fariz meninggal dunia. Masa tu wife dia ada sempat bagitau punca macam disebabkan low blood pressure masa operation. Aku tknak ambik masa dia lama. 

Petang tu aku nak ke Kuantan kenduri kecilan adik ipar aku. Aku masa tu mmg rasa taknak pi dh kuantan. Tapi sebab wawa kena bawak kambing perap utk disajikan la kononnya kenduri tu. Kalau wawa leh pegi sendiri mmg aku suh pi sendiri je. Hati aku meronta2 nak sambut jenazah dalam liang lahat. Masa tu kt whatsapp group yang dapat pergi spital si Ajak, kawan baik aku lg sorang. So pikir punya pikir aku cakap kat wawa, aku nak tengok kali terakhir jenazah kawan aku tu. Takpe lah kalau tak dapat sembahyangkan or mandikan dia. Memang nak singgah gak. And terus bagitau adik ipar yg kompem tak dan lah kambing tu nak bakar utk tetamu.

Hmm...aku sambung next entri kenangan kami sekolah menengah and saat akhir aku dengan dia. Takelh carry on..

Comments

zonaku said…
hhmmmm.... nanti aku baca lagi
Unknown said…
Kawan yang baik...
Unknown said…
Kawan yang baik...
zella y said…
al fatehah..

sedihnyer... nk nangis baca...

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...

Pantai Seberang Takir. Pengalaman Pukat Tarik

Pantai Seberang Takir is just one infamous beach that has been 'tambak' to prevent big flood and the safety of the houses along it. My Atok in-law's house is one of those many houses. Everytime I paid a visit to my in-laws, Atok's house is a must. Sometimes we didn't really do anything particular and just sitting by the beach enjoying the breeze and the salty taste of the air. Nurin and her sisters and Haikal dipping in the water. (Can you guys feel the mood of this picture. What do you guys feel when you look at this photo. Plz help me by giving feedback as I want to step a level higher in photography by taking photos that inspire people..thanks) Right after the Yebbit with Nurin and plucking the mangoes, we went to the beach. I brought the kain pelekat, my short and my towel as I intended to have a dip. But at the end I just take photos and ate the keropok lekor. Berlari ke laut (running towards the sea). But that evening was a bit special. I had a nice fi...