Alhamdulillah..18 Mac hari tu, bersamaan dengan aku punya birthday...Rumah in-law adakan majlis akad nikah adik ipar aku (yang gambar dalam entri sbelum ni) and sekaligus Majlis Aqiqah Xuwayla Asfiya. My in-law OK je nak buat cukur2 jambul atau precisely said potong rambut ciput. So ON lah majlis tu.
Beberapa hari sebelum majlis, beli kambing. Ayah kabo kena beli hok beso skek sebab tetamu rama..ye loh..tetamu majlis nikah sekaligus kang..jadi kot sesape nok tau...kambing yang besau skek siap skali dia lapah and mai umah tolong golek2 tu RM1500. Hooo..tu rega hok belah Kuala Ganu le. And Alhamdulillah sedang molek ngat..dia punya baki tinggalan tu semangkuk besar hok makan tomyam tu je wat makan lunch esoknya. Alhamdulillah..takde bazir2 and cukup untuk semua
Tengah bersiap
Aku amek half day jumaat 18hb tu...ate kerja ikut gaji hari choo..kene le keje selagi buleh. Wiken sebelum tu dah balik Ganu hantar anak bini siap tinggal keta kt kampung. Cembam gigih bab2 ni. Dia siap belikan aku dah tiket balik KL and mai balik ke Terengganu. So 13hb aku flight balik KL sorang. 18hb tu habis halfday amek flight kul 3:30 KLIA 2
Just nak kabo..masa aku amek ERL dari KL Sentral tu nak ke KLIA2, aku tanya le staff dalam kaunter cermin tu berapa...dia mcm bagitau RM55..tapi aku last naik dlu tak mahal lagi..aku ingat kan RM5.50 sebab dia bagi isyarat tangan 5 5 kan. AKu pn touch le IC aku yg ada RM21 dalam tu. Aku decided utk tinggalkan moto kt KLCC je. per entry RM2 kan..tp masa bayar kuar hari tu dia caj 4 hari RM8 ok la.
Yang jadi cerita..smpi kt KLIA2 aku touch IC takleh nk kuar sbb tak cukup fund. Aku pelik la. Tanya brader kt situ rupanya mmg RM55 beb dr KL sentral ke KLIA2..ERL fee..Adeeehhh..Ni bukan yang ekspress tau..yang lompat2. Gile mahal skang. AKu tanya member yg selalu naik ERL tu, dia kata RM55 ni yg ekspress. Tapi sebab aku go straight dia cas sama je walaupun berenti2..cehh..Tips dia..korang keluar dulu kt Putrajaya contohnya..lari laju2..touch keluar. Pastu touch masuk balik lari laju2 masuk balik tren. Member aku cakap kena belas2 je. Sempat kot nak lari sebab ERL kan dia tunggu gak dalam 2-3 minit. hehehehe. Jadi sebenarnya baik aku park moto kt umah..n call teksi amek n anta aku ke KLIA2 tu..rasa lagi murah..hahahaha
Back pada cerita Aqiqah. Korang tau je la kan..kalau anak pompuan ni..memang mak nye la eksaited terlebih nak belikan dress lah apa lah. Ate nak ikut macam che ta kauuu..mesti lah kena ada skirt2 gown2 ni walaupun pakai skali je. kui kui. So malam tu lepas pengantin laki dan rombongan sampai, ayoh terus dokong Xuwayla Asfiya untuk dipotong jambulkan. Kira tetamu masuk berdiri tak duduk lagi, terus jalankan majlis. Selawat pun dimulakan
Dimulakan dengan Imam masjid kariah situ.
Potong jambul disudahi dengan doa yang baik2 untuk Xuwayla Asfiya. Alhamdulillahh..aminnnn
Haaaa..ni la kambingnya. Nak dijadikan cerita, tok kadi malam tu mai lambat. Dia setelkan nikah satu lagi sebelum tu. Tapi campur dengan sesat, estimated time 9:30 terus jadi pukul 11 gitu. Hahahaha. Dugaan nak kawin beb. And yang paaaaling mujur..sambil tetamu tunggu tu, alhamdulillahnya bau kambing bakar tu terbang ke arah berlawanan. Tetamu tak terbau2 la sambil menunggu tu haaa. Kalau idak...dah le menunggu, lapo..bau pulak membuai2..hahahahhaa
Tapi in the end, ayah bagi signal suh orang bedal dulu sebelum tok imam smpai. Maka makanlah para tetamu daging kambing bakaq sambil tunggu imam sampai.. baru la berbaloi. Hehehehe.
Timing Fiya tido memang terbaek. Time majlis nak start dia tido. Tu yang smooth je majlis..takde nak nangis ke apa time potong jambul..pandaiii Asfiya..So Alhamdulillah Aqiqah dah anak perempuan aku. Doakan dia membesar dengan baik dan solehah dan tak terjerat dengan cinta jilake lelaki di luar sana..Mode protective ON!!!
Comments