Skip to main content

2 Januari - the day she was born

Lama dah tak menulis. But kali ni maybe nak kena cuba rajin balik mencoret kisah2 hidup yang tak tau berapa lama bakinya ni. Mencatat segala kenangan hidup, anak-anak, isteri-isteri..eh silap..isteri dan onak duri sepanjang hidup ni. Lagipun cam tak adil pulak bila zaman Xiyad dulu rancak berblog, zaman anak kedua ni tkde pulak memori digital pasal dia kan...

Hmm..so here I am back blogging..err..hopefully. And yes, macam yang most of you guys dah pun tau, we are just blessed with our second child last week and Alhamdulilllah semuanya OK, ibu dan anak dua2 sihat-sihat sahaja.

Anak kedua ni, both my wife and I are more relax. Ye la ada pengalaman kan..kekeke. Memang tunggu sakit tu rapat2 baru..contraction orang jawa kata. Walaupun pada mulanya kami bimbang dan risau sangat bila baby tak pusing kepala ke bawah, namun alhamdulillah izin Allah baby akhirnya engage position dgn baik. Sampai la minggu ke 40, doktor kata..dia bagi time sampai lebih seminggu. Kalau tak, minggu depan tgh malam kena serah diri utk induce. Doktor estimate dlm sehari dua akan bersalin. Tapi jangkaan meleset, smpi hari ke 5 ..yakni sabtu 1 Jan masa nak amek wudhu solat maghrib, Wife bgtu air ketuban dah pecah. Fuh ralat la masa tu siap2 nak pi sepital. Tapi leh mandi2 siap dulu bagai.


IMG_2253

Sampai Az-Zahrah dalam 8:30PM macam tu. Gi bilik CTG dulu cek..memang dari graph nampak 5 minit skali contraction. Masih tak kuat. Then dia hantar masuk wad. Najwa azam juga untuk tak pakai epidural kali ni. So, moment of truth, nurse cek bukaan, Najwa cuba lah untuk tahan sakit tu. Alhamdulillah tak seseriau masa anak first, dia leh tahan..tapi susah payah la tahannya tu. So fikir punya fikir, kami pun opt for epidural. Bagi aku suami, the least I could do, takleh nak sama2 tahan sakit beranak, kita try la support sehabis baik yakni epidural tu lah. Tu yang terus masuk wad, panggil pakar bius semua. Kami masuk wad lepas setel solat isyak semua.

IMG_2259

IMG_2263

Lepas setel, aku pi makan dulu..naik2..najwa cakap depa induce gak. Sebab takut lambat sangat. Sebab baru 1cm je progress dr 5 ke 6cm. Kita ikutkan je lah. Lepas setelkan bilik, aku angkut semua toto barang2 pi letak kt katil. Turun2, Najwa kata ada rasa sakit. Hmmm..first baby tak rasa mende pun. Kali ni ada rasa sakit. Sbb ada terdengar pakar bius said something about the percentage of the fluid tu pebenda ntah la..so aku tanya la nurse kot leh tambah ke apa. Bila dh agreed maybe kena topup, Nurse kata cek bukaan dulu sbb selalunya rasa kuat sebab nak dekat dah. Rupanya betul..dh 8 cm masa tu. So Alhamdulillah..walaupun Najwa terpaksa epidural, dia masih dapat nikmat sakit bersalin tu kali ni. Kali ni dia boleh rasa contraction, leh teran cantik lah sebab rasa.

Najwa macam rasa rendah diri or tak best sebab macam kalau amek epidural ni tak betul2 ibu yang hebat lahir anak kot...tu impression yang aku dapat la dari reaksi dia..tapi aku bagitau dia, nak rendah diri buat apa..tu Allah bagi dah rasa sakit walaupun epidural. Doktor pn siap tanya 2-3x.."rasa? rasa sakit contraction? tapi amek epidural?".  Jadi takyah nak rasa down ke rendah diri ye mak awak...sama hebat ngan orang lain. Allah kan uji hambanya ikut apa yang dia mampu. Kita maybe wat masa ni mampu tahan sakit banyak tu, and mampu bayar. Maybe lain kali tak mampu bayar, mampu tahan sakit lagi kuat. Kan?

Macam time Xiyad, doktor kami takde masa nk deliver...hahahaha..sudahnya ngan doktor yang tak penah wat temujanji pun. And doktor agak lambat mai tak tau sebab otw, or ada kes tapi lambat skit sbb nurse sempat teman Najwa teran smpai rambut baby leh nampak. Masa try teran sambil tggu doktor tu aku dh risau sebab Najwa cam kepenatan..takut takde tenaga je. So aku sendiri cadang kat nurse and Najwa, bila rasa contraction tak payah nk bersungguh sangat teran..teran biasa2 just utk bagi baby maintain kt preferred spot tu. Nurse agreed. Yelah..sbb aku tau doktor tak mai lagi..and nurse cam tak tekad nak sambut tanpa doktor. Sian Najwa bersungguh push.

IMG_2264

So aku keep on bisik and cakap kat Najwa yang dia kuat, dia boleh buat...tau penat..jadi bila teran tu biar it counts..takde lah sia2. And aku keep saying doktor mai je nanti, teran sekuat hati. Doa rabbi yassir, la ila ha illa anta, bismillahillazi la yadhurru tu memang tak benti lah. And Alhamdulillah, doktor sampai je, Najwa teran sekali terus kuar kepala smpi leher, then doktor tarik..setel. Alhamdulillah Allah bagi mudah....

IMG_2266

Jadi our daughter was born at 12:40A.M, Saturday 2nd of January. Memang aku dok bisik kat dia biar lah lahir time cuti, ayah takyah amek cuti dah...maklumlah keje gaji hari.hahahaha. So lepas setel semua, azankan...kami naik bilik and tak lama lepas tu baby pun sampai di hantar ke bilik kami. Tak macam Xiyad yang seeenyap je sebab mabuk epidural ke apa ntah, anak kami yang ni dok nangis le juga. Orang katil sebelah pn mujur anak nangis gak. Katil sebelah tu ward sebelah kami gak. Kira kami timing lebih kurang..orang sebelah lepas stgh jam je dari kami. Malam tu sebab aku dok cuak tengok anak kami macam ada benda sangkut kat leher dok macam telan2 air liur..aku angkat kuar dr besen dia tu, tido ngn aku kat toto bawah..hahahaha..aku dok tepuk2...

IMG_2271

entah selang berapa lama, nurse datang terkejut baby takde..hahaha. rupanya kat bawah. Nurse amek utk apa ntah aku tak tau...baby muntah gak masa tu. aku bgtu..tp somehow smpi ke pagi gak tak tukar tuala yg kena muntah tu. around tengahari baru la baby bersihkan and mandi. And unlike Xiyad..our daughter pandai isap susu, jadi Najwa pun mudah la nak susukan banding first time dulu.

IMG_2276

Then tinggal nak tunggu keluar check out je lah..Kepuasang kami menunggu. Doktor Najwa dah setel, Doktor baby je tak mai lagi utk clearance. Last2 dekat kul 4 gak baru kuar. And tengok2 kereta dah penuh taik burung..hahaha memang dem tol hadiah aku dapat.

IMG_2278

So tu lah cerita kelahiran anak kami yang pagi ni baru nak gi JPN daftar lepas 2x gagal atas sebab2 jilake. Hahahahaha. And insyaAllah puteri kami ni kami beri nama

XUWAYLA ASFIYA - Pure and the only one beauty

Moga kecantikan anak kami ni cantik dari segala aspek. Amiiinnn

Comments

zella y said…
tahniah!!!
sedapnyer name baby.. ;)

May Allah ease everything...amin...

zonaku said…
Fiya... Besar jadi muslimah solehah.
Masy said…
fiya fiya oh fiya fiya! welcome to the world mera bettaah. aunty doakan yg bebaik je utk cayang yg omey ini mmuaaahhh
syalinda johari said…
Tahniah weii..

pengalaman aku anak 1st and 2nd without epidural..tapi anak ke3 pakai epi..
better la pakai epi..abaikanlah cakap2 tak hebat kalau pakai epi tu..
dah memang ada kemudahan dan kemampuan pakai epi..silala pakai..

selamat berjaga malam lah ko..

aku nanti bulan 4 pulak anak ke 4..in shaa allah..doakan aku weh..

selamat berpantang isteri ko..

HEMY said…
Wow galaknya korang!!hahahaha moga dimudhkan bebb
zurainah said…
tahniah!!hehehe.wwelcome to the world baby!!amik epi ke tak..yg pnting ibu n anak selamat dan sihattt kan..;)
cikceriacorner said…
tahniah..alhamdulila..comel bb

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga