Cuti sekolah seminggu nan lalu takde apa yang di plan pun. Nak mintak cuti, aku ibarat baru masuk opis baru. Yelah, manager anta emel suh aku base in klcc dah skang. Tapi takde meja kosong..jadi nomad je. kalau ada yang mc or absent kita duduk la meja dia..kalau smua orang datang, kena la book discussion room seharian and dok dlam tu..haa yg ni best skit sbb privasi
tapi bila takde meja sendiri cam tak brapa seronok la. perks2 macam letak makanan jajan2 kt meja sendiri ke kan, stationary kita yg macam2 tu, kalau nk doodle smua senang lah kalau meja sendiri. Nak makan roti dengan peanut butter tu kan..skang smua tu dalam kotak kat intermark. Nak bawak ke sini, meja takde la plak. Huu..boring
Pastu kat klcc opis ni kena pakai smart la plak..takleh nk casual je. takleh pakai jeans, berlambak mata tengok and ada je mulut yg menegur. Padahal foreigner ok je pakai. huhuhu
Haa..ok lah, sebab tempat baru and isnin hari tu terpaksa EL sebab amek test B full yg terlebih setengah hari, jadi..lagi la tak best rasa nak mintak cuti khamis or jumaat. Kena plak ada team mate yg bercuti gak hari tu. So aku plan gi genting or cameron je la..tempat sejuk memandangkan cuaca yg tengah panas yarobbi ni kan. Nak ke cameron takut turun ahad tu bertembung dgn kawanan kereta balik dr cuti skolah dr utara sekonyong2..satu hal plak. So ke Genting jelah. lagipun Cembam tak pernah gi genting.
Aku book Your Hotel. Murah skit dr Hotel Seri Malaysia, tapi rating lagi bagus. Diorang sederet je. Tapi kalau nak ikut lokasi, Seri Malaysia best skit sbb lagi dekat berjalan nk ke restoran mamak 24jam and restoran melayu Pelangi.
Kami singgah Pertama Complex dulu. Bapak lama dah tak ke situ. Ni gara2 nak kena beli cajer bateri kamera aku yg ntah kemana n dah berminggu cari. So terpaksa la beli. Ok la sbb comes with car cable charger kan. Rega Rm199 kt kotak, dia bagi Rm140. Aku mintk kurang, dia bg Rm120. Mujur time nk kuar duit terasa nak try RM100..dapat..hahaha. ntah berapa la rega modal barang tu..demit. Betul la kata geng2 moto, Pertama ni dh ada byk kedai jual replika boot, barang2 motor..ok gak kalau nk lepak sini browse barang2 moto. Pouch bag apa smua tu.
So sampai Gohtong Jaya, cari hotel dalam dekat2 kul 2 ptg. Banyak geng2 moto aku jumpa on the way naik. And yang lepak kat mamak 24jam tu. Hmm..aku ntah bila la nak ride naik atas ni. Then dlm kul 3 ptg cmtu baru kami drive ke skywalk station dia. RM6 sehala..ok la takde la naik melampau sepanjang last aku pergi masa kat UPM dulu. huhu.
Hujan masa naik n juga turun. Maleh nak amek gambar. HAHAHA. Bila kuar je dari skywalk tak tau nak kemana..rupanya kena cari resort dia yg bangunan warna warni tuh apa nama ntah. Dok turun naik escalator. Mujur escalator tak install batang kt tengah2 konon taknak bagi stroller naik tu.
Last2 aku gi tanya pak guard, mana entrance outdoor park smua tu. Skali pak gad tu cakap dh abeh demolished daaa...Ler..aku tak tau la plak. Aku ye ye bawak tele lense nk amek gambar dr jauh wajah2 orang main attractions kat situ. Rupanya smua dh abeh..tinggal sebijik Arena of Stars je dipinggir keluasan kawasan yg tengah tandus tu.
So memang tak buat apa la kat Genting Highland hoi selain gi makan KFC. HAHAHAHA. IBarat pergi KL Sentral makan kfc, tido hotel. KAKAKA. Takpelah, masa yg di spent bersama famili tu yang penting (sedapkan hati) hahahaha.
Ada la pertunjukan org main gelung dgn magic skit..pastu hmphhh..amek gambar 2 keping ni..chiao..jadi la at lease Cembam dh jejak kaki genting and naik cabel car. Upanya dia cable car yang kat Langkawi pun tak pernah naik. Kekekeke.
Tu le cuti2 perabih duit secara lagho. Hahaha. ramai jugak yang naik tu maybe sebab Ultraman kot. Patut la ada apek tanya Xiyad "adik mau pi main judi kaaa". Hahahahaha
Comments
mmg jadi lokasi judi 100% ke lps ni kat situ?
dan, moh le memuah holiday in langkawi pulak
tempat berjudi tiap hotel mmg ada
Awesome information..
Keep writing and giving us an amazing information like this..
BW gan kunjungi nyapnyap.com