Skip to main content

Autumn UK trip 2014 - Part 1

Lama tak berblogging. Update pasal gi UK 2 minggu lepas lah. Alkisahnya tak pernah pikir nak ke UK ni sebab sah2 makan duit banyak. Sekali kena racun kat whatsapp group adik beradik in-law aku..tau2 dh beli tiket. Hahahahaha.. Maka kita layan je la trip ke UK ye..

Adik ipar aku tgh sambung PHD kat Sheffield nung..jadinya penginapan memang takde masalah lah. Beliau pun dah bersetuju menyeponsor mana yang patut..yiehaaa...ke UK le kita Xiyad oiii...

Naik turkish airlines. Bertolak jumaat 10:45P.M, sampai Instabul utk transit..5 jam..dah lepas 11 jam terbang, 5 jam plak lepak..memang kematu pungkok.

1

Ni Xiyad posing depan surau pas semayang jamak maghrib & Isyak. Bukan main lagi lepas snap, tengok gambar dia..then posing lagi..hahahah. Aku plak..gitu lah aku nye attire kalau jalan2 mana2 pun. CUma kali ni tak pakai sandal la..sejuk.

Alhamdulillah Xiyad OK je dlm kapalterbang. Cuma masa dlm perjalanan tu, Xiyad merengek yang kami pn tak tau pasal apa..bila tersentuh bebird dia..dia macam ngerang perlahan. So aku bawak gi bilik air..mencangkung smpi letih tak kencing gak..n smpi dia dh tak nangis baru aku kuar n duduk kat kerusi balik..tepuk2..dapat gak dia tido. And masa nak mendarat dia muntah. Ate aku pun rasa biol..lagi la dia. KItorg keep on bagi minum susu la nak bagi ilang bengang telinga tu. Mujur lepas muntah dia tak nangis. Just cakap "yad muntah..yad muntah"

Bila dah mendarat cek pampers dia penuh...maybe Xiyad takleh kencing masa dia dok nangis ngerang tu..sian Xiyad


Lapaq kat airport tu 5 jam. tapi masing2 malas nak tukar duit utk beli makanan. Berharap pada makanan dalam flight je la. Kami lepak kat gate yg kosong utk tido2 ayam berdekatan surau dia. Azab sungguh rasa penantian masa berlepas tu. delay plak tu kejap. Mujur dia besit utk catch up time delay tu. And yang bestnya dia punya landing mmg smooth...smoothiessss

Sampai kat Manchester Airport, alhamdulillah takde la kena tanya ke interview ke apa..smooth je. Masa kat Istanbul nk boarding kapalterbang ke manchester, passport kami kena hold sat bila sebut malaysia. Pegawai dia tanya lebih kurang la.. Dia ada tanya soalan "where are you going after this trip?"..nak je aku jawa syria ke kan..tapi kang kami gak yg tak terbang..hahahahaha

Autumn UK Trip 2014 - Manchester Airport

Autumn UK Trip 2014 - Manchester Airport

Adik ipar aku dah tunggu 15 minit kat ruang ketibaan. terus amek bas untk ke rental village 1km dr airport utk amek kereta sewa kami.Airport dia macam pertama kompleks je haa..hahaha.


Autumn UK Trip 2014 - Rental Village

So, aku lah nominated driver. Lesen memandu kita boleh guna pakai di UK ye..sama je belah kanan driver seat dia. Sewa kereta seminggu 400pound. Kami sewa GPS dia dalam 47pound and insurance dia 115pound. Insurans ni kaver kalau eksiden ke, pecah tayar dia hantar trak ke or bantuan ke..scratch..dent. sume2 lah. Bak kata staff tu..u can drive with a peace of mind. haaa.. kita tak tau..malang dr dulu smpi skang tak berbau..tempat orang plak tu..

Maka dapat la aku pengalaman memandu volkswagen 9-seater Transporter beb. Bapak panjang...bila salah masuk jalan disebabkan GPS yg lahabau, nk kuar jalan or u-turn..pehh..azabbbbb. tapi org kacak mmg cepat cope..so no problem. On the way ke umah adik ipar aku tu memang lawa..jalan tepi lake..aku nak sangat berhenti, amek gambar..tapi dok terkejar waktu asar yang dh nak memaghribkan diri. Adik ipar aku plak kata sejam..paddiaa..tu duration naik tren..ghupenya dia pun tak pasti sbb tak pernah drive..haaha..cam harem. Last2..waktu asar ntah ke mana..gambar lawa ntah ke mana..sakit ati kitewww...susah nak amek smyg kalau berenti smyg tepi katanya air tak cukup. Aku berpegang "tiada istilah air musta'mal dalam wuduk". jadi cukup kalu sorang segelas plastik amek semayang. Memang ada hadis sahih mengatakan Rasulullah berwuduk dengan sebaldi air, sahabat2 lain lepas tu berwudhu' ngn air yg sama. Bukan sbb tu bekas air wudhu' rasul..

Autumn UK Trip 2014 - 6 Peninstone Road

Autumn UK Trip 2014 - Don Brewery

Walaupun dituduh sesat jalan padahal aku folo GPS je..ahahahha..akhirnya kami smpi lah depan umah adik ipar ku itu kat 6 Peninstone Road yang takde dalam GPS..buduh nye GPS. Memang sejukkk.. tapi alhamdulillah walaupun aku jenis tak tahan sejuk kat opis ni dek aircond..pakai jaket memanjang..kat sana ok plak. Maybe jaket aku beli kat Mines tu mmg efektif..hehehe.

Autumn UK Trip 2014 - 6 Peninstone Road

Xiyad dengan baju sejuk yang adik ipar aku (Acik) belikan..cantek dan selesa serta memanaskan badan Xiyad dengan baik. Mekasih banyak acik belikan knitwear utk aku gak. So Alhamdulillah..kami sampai dengan selamat...cerita akan bersambung ke post berikutnya..hehehe


Comments

syalinda johari said…
Wahhhh syoknyaaaa...bubuh gambar banyak2 ...

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga