Skip to main content

Iftar Memuah 2014 feat. Balik raya journey from KT to Sabak Bernam.

Ni backdated punya entri. Iftar Memuah 2014 kali ni kami buat kat rumah ErinAmer kat seksyen 18 Shah Alam. Macam biasa kami pilih tarikh wiken lah. Zonaku pun dapat turun KL dari Penang nu dengan berkilo2 jeruk hasil dari kiriman kami. Mekasih ZOnaku!!!

Timing sampai umah diorang untuk Iftar petang tu pun sedang molek je semua kecualli 2 saiton jantan yang gigih buat truffle dalam kereta..kekekekeke. Xiyad dok nangis la plak masa kt umah ErinAmer ni..tapi si Ria plak bukan main sronok main.

Lepas berbuka lebih kurang, kami sembahyang terawih berjemaah bersama. Lewat skit kami start. Alhamdulillah setel dengan 7 rakaat...sebab? Sebab Imam ingat dh cukup 8 rakaat utk 2 rakaat terakhir tu..rupanya 1 rakaat je....jemaah plak takde yang bagi isyarat tak cukup rakaat. Dah habes dh sembang2 baru bagitau..HAHAHAHHA..memang jahanang sunggoh..

Tapi takpelah..alhamdulillah diberi kesempatan lagi ukt kami bersama, potluck, rasa air tangan masing2 dan jemaah bersama. Moga Allah pelihara ukhwah kami selama2nya.


Iftar Memuah 2014

Klik gambar utk ke album Iftar Memuah 2014 ye..=]

Raya ketiga petang kami bertolak balik dari Kuala Terengganu. Sempat la beraya umah pakcik2 belah in-law..isi perut dulu. Tu yang pas asar baru bertolak. Maklumlah..keyakinan jitu yang jalan pasti smooth tanpa jam kan. Tu poyo aci gerak je. Kami patutnya exit kat Exit Paka dari LPT2..tu ntah sapa gatal alihkan penhadang jalan tu, buat orang tertarik nak lalu situ..mana la tau highway dh siap depan tu..Selalunya aku tak tertarik..tapi ntah camne kali ni aku tertarik nak lalu.

Baru jalan depan skit, dh tak bersambung dah highway tu..ada exit kiri. masa ni aku nak patah balik dah..sekali cembam kata "xpe la..try je la tgok kuar kat mana". Aku nye hati rasa macam dia takkan tembus jalan jabor-bukit besi, sebab dari segi menghala ke kiri tu was2 aku. Sebab jabor-bukit besi belah kanan. Tapi sebab takde apa nak dikejar..try le jalan tu. lalu kawasan yang memang kampung lah..sekali tup2 dah smpi DAMANSARA beb!!! Kerteh DAMANSARA Inn..hahahhaa!!! And perkara paling ditakuti pun berlaku, bila dia emerged jalan besar yang cantik, 2 lane..aku dah pasti sangat dah NI JALAN TEPI PANTAI!!! NATTHAAANGGGGG!!!

Aku tak pernah stress beb..tapi aku dh tau 1 perkara buat aku stress adalah memandu ikut jalan pantai. Lepas dh bertahun tak lalu, kali ni lalu and memang stress aku. Rasa lameeeee nak mampus. Aku memang stress...dia jadi short sejam. Cembam senyap je kat belakang sbb dia tau aku tak suke jalan tu.

Tapi takpelah..last2 masuk balik LPT, berenti Gambang RNR. Rehat la semayang smua bagai. Nak beli kopi ais dunkin donut ais habis..buat 3 in 1 plak..tertumpah..hahaha..memang natang. So Cembam bawak sampai la Toll Bentong. Pastu aku besit smpi Sabak Bernam. Siyesly sejak pakai Xiandra aku tu, aku tak penah lagi besit laju camtu secara berkadar tetap. Sampai Sabak dalam kul 1 pagi. Kuala Selangor ke Sabak Bernam 33 minit je. Constant 120kmj pun.


alamak..nak sambung training la..chiaooo..

Comments

zonaku said…
Insyaallah ukhwah ini sampai syurga hendaknya.. Aamiin....

rindu nk berkumpul punya pasal, gigih aku travel... hahahaha
HEMY said…
mekasih atas keggigihan ko zona..dengan bawak jeruk nya lagi..

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga