Xiyad yang taknak adik :(

Hahaha sronok nya ada anak ni..senang..jadi kan bahan nak updet blog. Secara tak langsung jadi jurnal perjalanan pembesaran dia. Mana lah tau dia akan baca suatu masa nanti untuk ilangkan rindu kat ayah dia ni yang masa tu entah ada lagi di sisi ke tidak kan..

oh..drama plak..

Xiyad memang kami dh lama train tido bawah sorang2 atas toto. Nak letak dalam bilik sendiri masih tak boleh sebab malam2 dia bangun mintak susu. Maybe nanti la bila dh konsisten tak bangun malam merengek mintak susu kan..

Tapi skang bila naik ngn mak dia tu, memang akan tido atas katil lah. Kalau dia tak diangkat dari bawah memang dh tido..jawab nya kalau aku naik, aku tido atas toto. Alaaa..aku malas nak angkat si Xiyad tu yg dh sedap tido kan..aku tido je la bawah tu. Tapi kadang kalau mmg aku rasa nak tido katil gak, aku letak la bawah.

Lately ni pun memang tak tido haa..sampai la bawak ke atas ngn mak dia..kena tepuk2 bagai la baru nak tido. hmmm~~~


Kadang tu pulak, aku saja tak pindah kan dia..tido je bertiga atas katil tu. Sonok juga ada Xiyad kat tengah2. Tapi si xiyad ni akan turun sendiri ke bawah..maybe sebab dia rasa tak bebas kot. Hahahaha. So gitu le perangai XIyad.

Haa..doodle kat atas ni pagi tadi nye citer. naik dari sahur dia dah tido btol2 tepi katil tu. Masa aku turun masih kat tengah. Kami bersahur sambil pasang telinga kot xiyad merengek ke or jatuh katil. Sekali masa aku tgh solat subuh tepi katil tu nampak la dia nak melasak ke kiri kan..tak khusyuk sembahyang aku. AHAHAHA

Dah nak jatuh tu..sekali dia boleh separa sedar..haip...btolkan posisi and tido balik. HAHAHAHA. So takyah risau dah la..dia ada ilmu mcm bapak dia..separa sedar punya kontrol. Tapi kalau jatuh pun ke bawah mmg dah ada toto..biorkan..rasakan jatuh. kekekeke


Comments

syalinda johari said…
hahahahhaa...
separuh sedar tu... anak teruna aku kena tanya petua anak ko ni..
anak aku memang blacklist la tido atas katil..memang akan jatuh katil..hahahaha..
so solutionnya..tilam letak kat lantai, semua tido tak berkatil..
zonaku said…
hahahaha.... biasa la.

dia pakai pampers apa y kaler pink tuu?
HEMY said…
letak atas katil kalau ada bantal2 tepi pun jatuh eh anak ko syalinda?

zonaku..pet pet utk gadis..hahaha