Skip to main content

sayang anak tangan-tangankan...kecuali Sweden

Minggu ni agak pelik Xiyad punya ragam bila nak ke nurseri. Kalau biasanya lepas bawak turun je, aku akan cakap "gi pakai kasut", dia pun akan excited bukak pintu and pakai kasut bersiap2 nak ke nurseri. Tapi minggu ni lain plak. Asek dok nangis la haii..bila tanya "nak apa..kenapa?", takde respon or respon yang aku tak dapat nk grab. Pujuk la mana patut. Selalu lepas pakai kasut dia akan duduk tunggu aku idupkan moto, kunci pagar pa semua and dengan gembiranya gi nurseri naik moto ngan aku.

Jadi, bila dia nangis2 camtu..mmg macam2 la spekulasi dalam kepala mengalahkan spekulasi kehilangan MH370. Kena buli ke kat nurseri, teacher garang ke, teacher pukul ke, gaduh ke, tak dilayan ke, tak bagi susu ke, kena pulau ke...arghh..macam2 la.

So tiap kali aku nak anta pun nak dukung plak, nangis2 skit depan pintu nurseri..aigooo. Teacher Xiyad tu kuar dukung amek dari aku mujur nak plak. So sebelum blah mmg aku hari2 tanya Xiyad ok ke, ada gaduh2 ke apa smua. Tapi teacher senyum and kata XIyad ok. Tak cukup ngn tu, aku wasep plak masa kat ofis and depa balas XIyad ok tgh main, dia dh nak makan dah pa smua..hmmm..Alhamdulillah.



Xiyad ni ada satu tabiat terutamanya malam2 bila terjaga haus mintak susu. Dia dok nangis la sementara kita wat susu. Bila aku yg buat selalunya aku leh suh dia diam sementara aku wat susu. Ngan mak dia, dia tak layan nya. Pastu bila dh siap susu, hulur kat dia, dia taknak..nangis2..so tiap kali nak bagi susu gitu, kena la berlakon tak mo dah bagi, or bagi kat ayah la..then baru la dia mintak balik dengan gaya hulur tangan. Ngade kan? Hahaha..

Pagi ni aku rushing nak mandi and semayang, dia bangun gak la time tu..so aku buat dulu susu. Tapi cam biasa bila aku hulur dia dok nangis2 taknak. Selalu aku akan letak kat lantai mana2 kata "dah takyah susu" n macam biasa dia akan mintak balik. Tapi pagi ni aku saje nak test. AKu letak sebelah dia tepi lantai..aku terus gi mandi. Meraung la smpi ke sudah smpi le aku siap mandi. Aku tak layan gak..aku semayang je wat dono dia dok meraung tunjuk botol susu. Aku dok ulang "pergi amek sendiri". Kadang aku wat nada tegas..kadang aku wat nada pujuk "xiyad kan pandai..gi amek sendiri la"..tapi still wat hal aku tanpa layan kehendak dia pass botol tu.

Abeh semayang pun dok meraung..kalau ada jiran dengar..mau dia report kat jabatan kanak2 sweeden. Ok..skang aku tak rushing pape..so aku pn 'layan' dia. Aku pukul kaki dia lembut nak bgtu kita marah. Tapi sebelum pukul teringat ada org share jgn pakai tangan direct..so aku capai hangar baju, aku pukul lembut 2-3 kali kaki dia.."ambik botol tu sendiri.." tapi dia tetap tak mengalah..menangis2 lagi.

Aku buat2 turun bawah plak tinggalkan dia..dia menangis2 lagi..aku dok cakap "lantak ayah tinggal.." dia dok nangis tak heran jugak..haish..sabar je la..So last sekali aku berdiri depan dia..jeling tak hengattt punya...aku tunjuk botol susu..aku suh ambik sendiri..tapi masih tak tengking lagi..Kali ni sebab dah penat menangis..campur ngn aku jeling tak hengat tu..akhirnya dia gi amek sendiri botol tu..

Aku biar dia minum susu tu kejap..baru aku gi usap2 rambut dia and cakap nasihat selembut yang aku boleh, dengan doa sikit berharap dia akan learnt from that lesson untuk tak behave macam tu lagi. Pastu bawak turun nak siap2 sume amek beg..sambung lagi nangis bila kita suh pakai kasut. Apehal ntah dari semalam taknak pakai kasut. Smlm pakai sebelah je. Bersungguh2 meronta nak pakai kan lagi sebelah. Pagi ni pun sama. Nak dukung..ok layankan..dukung terus letak atas moto.

Sampai depan pagar nurseri taknak turun..nangis lagi smbil tuding jari arah pondok guard. Adoi..aku dh la tempat baru ni kena mintak orang bukak kan pintu. Kalau lambat kantoi gitu2 je. Tapi takpe, bawak la keluar dari taman. Lalu kat guard tu, ada sorang memang suka angkat tangan bagi salam kat smua yang lalu..fuh Xiyad bukan main lagi angkat tangan gak..pastu menggelejat kesukaan atas tank tu. 

Then aku buat U-turn, dia taknak gak turun masuk nurseri. Pusing lagi skit keliling situ..Pun taknak turun. Last2 brader guard tadi ambik dia dukung layan dia. Nak je aku ckp "bang..nanti anta ke nurseri ye" hahahaha. Tapi aku tggu la sat sampai Xiyad buat gesture nak ke aku balik. Baru la aku dokong jalan masuk nurseri. Tu pun dok cebik nak nangis. Budak panjang teacher Xiyad kuar, dokong bawak masuk. Sblum blah aku suh mesej kalau ada pape.

Tadi aku mesej wasep ngn teacher, dia kata OK je. Hmm..Xiyad Xiyad...Maybe aku kena jumpa bomoh bagi dia behave?

Comments

Masy said…
jumpekan dengan bomoh bubu tu kang baru dia tau. hahaha
HEMY said…
haha..baru kenal erti penyesalan
Kniedaz said…
hahaha...bukan nak bomoh tu..nak perhatian lebih je...

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...

Pantai Seberang Takir. Pengalaman Pukat Tarik

Pantai Seberang Takir is just one infamous beach that has been 'tambak' to prevent big flood and the safety of the houses along it. My Atok in-law's house is one of those many houses. Everytime I paid a visit to my in-laws, Atok's house is a must. Sometimes we didn't really do anything particular and just sitting by the beach enjoying the breeze and the salty taste of the air. Nurin and her sisters and Haikal dipping in the water. (Can you guys feel the mood of this picture. What do you guys feel when you look at this photo. Plz help me by giving feedback as I want to step a level higher in photography by taking photos that inspire people..thanks) Right after the Yebbit with Nurin and plucking the mangoes, we went to the beach. I brought the kain pelekat, my short and my towel as I intended to have a dip. But at the end I just take photos and ate the keropok lekor. Berlari ke laut (running towards the sea). But that evening was a bit special. I had a nice fi...