Dah lama tak berblogging..bila dh stop lama nak start balik mmg susah. Tapi takpe lah..skang blog dh semakin private secara sendirinya..jadi takde isu nk update utk reader kappe..kekeke
Cuti Deepavali hari tu kami ke Pulau Pinang. Ni kira cuti2 dengan keluarga mertua aku. Famili mertua aku singgah umah aku dulu hari khamis tu..n jumaat petang kami bertolak ke penang. Mujur la tak jem menghala ke Utara masa tu. Perjalanan pun smooth je. Dalam kul 9:30 malam kami sampai Penang umah akak ipar aku. Dia lepas je jambatan, menghala ke georgetown perumahan yg dekat ngn Tesco tu.
Hari pertama kami ke War Museum. Berapa inggit ntah tak ingat..Rm20 kot masuk. Alang2 dh smpi, pejam sebelah mata je la bayaran. Lagipun masa ngan memuah tak masuk kan. So kami masuk la. Ayah mertua aku tengah in jolly mode terus posing ngn jaket, topi ngn senapang yg dia letak kat pintu masuk muzium tu.
Bergambar famili sebelum masuk. Xiyad time ni ngade taik kuda nak berdokong plak..mujur la acik nur dia rela je nak dukung..penat tu nak naik tangga bagai. Haishhh...
Masuk2 je bilik yang pertama tu, terus try tunnel yang kena membongkok sikit tu...seram skit2 gitu la..seram suam2 skrotum gitu sebab gelap kan..ngn klaustrofobik skit terasa..haa..tapi ramai gak antara kami yang try tunnel tu. Aku siap naik tangga yang memacak naik ke atas tu. Ayah mertua aku ada try tapi tak habis naik sbb tegak sangat katanya.
Ada terowong ke bawah tu yang nampak dalam gitu. 3 sotrey dalam tu. Rasa nak try masuk. Tapi takde geng. HAhahahah harusla kena ada geng. Tapi dia tak bagi masuk pun terowong tu. Ada jugak tunnel khas utk diorang load peluru, ammunition.
Gambar atas tu bilik tempat diorang buat hukuman mati stail tembak bertalu2. Ada la kesan2 peluru korang leh nampak kat dinding tu kan.
Then ada artileri yang diorang pakai buat tembak kapal terbang. Nak bergambar dalam tu dia gantung sign "beware of bee". Ada sarang tebuan katanya. Tapi cam tipu je cam tipu je. Cam saja taknak kita masuk dalam ruang tu kot.
Then ada artileri yang diorang pakai buat tembak kapal terbang. Nak bergambar dalam tu dia gantung sign "beware of bee". Ada sarang tebuan katanya. Tapi cam tipu je cam tipu je. Cam saja taknak kita masuk dalam ruang tu kot.
Ni kat depan kuarters pegawai yg tinggi punya jawatan. AKu teringin la juga kot ada entiti dalam gambar kan..berdebar je lebih masa bukak tgh malam folder gambar ni..tapi takde pape. huhu
Xiyad yang akhirnya nak gak jalan sendiri..tapi kejap je tu..
Haa.baru je cakap..dah berdokong balik..Siap ngn muka budak ganu pailang..HAHAHAHAHA
Haaa..ni sume tempat2 angker..yang kiri atas tempat Jepun pancung kapala....Kanan atas plak tempat hukuman gantung...yang bawah tengah aku tak tau apa...ada patung gondorowo ke antu apa ntah la depa letak situ. Huhu
Banyak lagi la bilik2 yang korang leh lawat. Makin turun ke bawah, untuk kuarters yang makin rendah pangkat..sampai la ke tukang masak punya kuarters. Depa saja bagi tempat masak kat bawah2...nak kena bawak naik plak utk pegawai2 dia...
Tapi yang buat aku meremang skit bila jenguk dalam bilik Sex slaves tu. Aku terbayang betapa rasa gelapnya masa depan sex slaves dlam tu. Dengan kena layan laki tiap minit. Ate beratur ko tunggu giliran. Memang neraka hidup betol. Nauzubillah
So sapa2 yang jalang2 penang, tak tau nak pi mana..leh je ke sini. Tapi yang minat muzium2 ni mmg ok sangat la nak ke sini. Oh ye..tempat ni ada sediakan tempat main paintball gak. Setting dia cun woo.
Comments
jalan kaki je dah sampai rmh aku tu