Skip to main content

Xiyad dan kosmetiknya

Alhamdulillah..semalam jumpa surgical specialist, dapat jawapan positif. Plan nak pergi pagi2 terbantut sebab malam seblum tu Xiyad menggelupur gatal sana sini. Aku tidur kul 4 pagi baru betol2 lena. Dok tolong usap bahagian gatal. Kot kalu biar Xiyad yg garu bunyi dia KRUKK KRUKK mmg luka la jadinya.

Cembam pun ikut sekali anta Xiyad. Dia amek MC alang2 takle tido malam tu. Pas subuh aku mandi and siap2 kot nak sarapan luar and terus pergi jumpa doktor. Sebab walaupun ada set appointment, pegi jumpa doktor tu sama je first come first serve. Selalunya mmg penuh klinik pakar kanak2 An Nur tu.

Tapi Xiyad elok tido haa...mak dia pun sambung tido. Aku pun tido la. Tapi hati tu 'sedar' sebab memang rasa patut pergi awal. Kadang doktor tu separuh hari lah apa lah ada urusan sendiri kan. Last2 aku rasa "takleh jadi ni". Aku bangun 9:30, aku gugah (bangunkan) cembam ngan Xiyad. Aku terus siap2 kan barang Xiyad. Cembam bersiap, aku tukar lampin. Dia suh aku mandikan Xiyad, ahh..tak kuasa lah. Orang nak cepat.

Sampai2, agak ramai la jugak. Dekat sejam tunggu. Kad AIA Xiyad bagi kat nurse kaunter pendaftaran. masuk2 doktor puji je Xiyad sebab diam je duduk bersila atas bangku tu kena raba sana sini time kena check. 

While waiting for our turn. Cembam suh beli utk Xiyad..emmm..takyah la..hahahah
 
Ok..biji2 kat area tengkuk bahagian belakang kepala ni sebenarnya dia jadi besar sebab dia react pada eczema Xiyad. Sebab since 2 minggu ni eczema Xiyad flare up. kerak2 kepala dia macam timbul balik, rashes kat bahagian2 badan dia, pelipat tangan semua. gatal2 dia nak tido. Tapi kami takde ubat tahan gatal sbb last kena camtu masa baby.

Memang lega bila doc cakap biji tu sebab reaksi pada eczema. So macam2 ubat doc bagi. Kena pantau 2 minggu. Kalau eczema macam kurang, tapi biji2 masih ada, kena la amek sel tisu utk diperiksa lebih lanjut. harap2 nya takde pape yang serius lah.

Balik umah masing2 tido. Mak dia cam biasa atas sofa. Aku ngn Xiyad je atas toto. Sebab kalau aku tido skali ngn Xiyad, kompem dia tido lama. Tapi gitu la kadang posisi kami tido. Hahahaha

Jadi skang Xiyad kena abehkan antibiotik and ubat anti gatal. Nak siapkan Xiyad mmg lama skit macam biasa. Kitorang dah macam2 Cort dah pakai tau. Fobancort, Decocort, H-cort, and yang baru ni Efficort. Haaa..amek..
Ni list kosmetik Xiyad wat masa ni;
1) Mandian badan - SebaMed
2) Syampu - Cradle Cap shampoo
3) Lampin bahagian punggung - Dropolene / Decocort
4) Bahagian gatal, pelipat2 - Efficort kalau tengah teruk tukar Fobancort
5) Seluruh badan yang lain - Cetaphyl moisturizer lotion and ada satu lagi baru dapat semalam x ingat nama
6) rambut dan kepala - H-cort ointment
7) Parut kaki - Dermatix
Haaa..amek kau. memang lagi lama lah nak siapkan Xiyad. Tapi apa pun harapnya Xiyad sihat macam biasa sahaja selepas ni. Aminnn
Sampai umah nak dekat pukul 2 petang sebab tunggu Guarantee Letter dari pihak insurans aku utk bil. Tapi tunggu2 tak dapat smpi siap pergi makan. Last2 3 kali call helpdesk, dia suh dulukan duit and claim kat HR. Okeh..

Comments

zonaku said…
court mammoth xder??? ke dawai kokot ke?????

hope all ok la ye.... dia pny list lg byk dr aku punya
hwa siang said…
cube try bg suplement cm shaklee meal shake..dulu akk pun bergntung gk ngn ubt gtal n so on,tp skung dh xde lagi dah..
HEMY said…
hwa siang, saya cuba nanti.sbb budak bawah umur 2 tahun preferably tak dibagi supplement suka2..pas 2 tahun maybe i try cari option supplement

zonaku, xiyad dr kecik dh high maintenance.hahaha

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga