Baru turun dari bilik tidur. Tidurkan Xiyad. Tau2 dah 2:36 pagi. Aku mimum nescafe and kopi tadi so tercerah la plak mata. Blogging dulu lah sementara nak tunggu mengantuk.
Xiyad start 3 hari lepas, Eczema dia macam tengah flare up. Obvious sign sebab kepala dia mula mengelupas macam masa sekali tu time dia baby. Jadi utk prevent daripada teruk bernanah macam baby, kami syampukan denagn cradle cap syampu balance masa dia kecik dulu.
And we noticed, biji2 belakang telinga kiri and tengkuk tu kalau dulu 2 biji, skang dah muncul lagi 2 biji around tulang selangka tu kat belah kanan and tadi bila urut2 xiyad nampaknya belah kanan tu ada lagi additional 2 biji. Biji2 ni kadang keras, kadang besar kadang kecik.
Aku dah google and tanya kawan yg pernah bawa pakar utk anak dia yg sama simptom, benda tu biasa. Memang setiap orang dilahirkan ada biji2 tu. Tinggal nak ilang tu tak tau bila.
Tapi taknak la dh jadi something worse baru nak refer ke pakar ke apa, jadi alang2 sabtu lepas nak amek ubat Cembam keracunan, check skali XIyad. Doktor tu terus suruh refer ke surgical specialist. Adeii..dengar surgical tu kan. Dia kata kena cek tisu sebab macam2 boleh jadi. Maybe normal, maybe bahaya.
Jadi terus kuar surat referral utk jumpa specialist pagi ni. Aku berharap and mintak doa korang semua benda ni tak serius lah. Aku prasan biji2 ni macam berkadar langsung ngan tahap eczema si Xiyad. Sian dia nak tido tapi gatal. Ubat tahan gatal takde la plak. Harapkan krim and bedak merah dia tu je la. Tu yang sejam lebih aku dok layankan usap and sapu mana patut sambil tggu Xiyad punya rengek reda.
Semoga semuanya biasa2 sahaja. Amiiinnn. Aku dok ulang baca doa ni sambil usap and sapu2 xiyad dekat sejam sebelum dia tidur. Share untuk semua.
Comments