Isnin~~~
Hari ini walaupun niat nak sampai opis pukul 9, Xiyad time ada niat suci camni la dia boleh plak over aktif walaupun dh pukul 11:30 malam tak mau tido. Aku letak bilik atas ngan mak dia and kunci pintu. Nangis-nangis haa nak kuar. Mak dia suh biar kat bawah dulu..memang tak la..lagi la lambat dia nak give-up sebab ruang besar nak main.
Memang tak bangun mintak susu malam tadi. Pagi pas aku smyg subuh dia mintak susu. Bila Xiyad bangun je aku terus siap2 nak gi keje. Aku tau dah tengok cahaya dari luar ni memang lambat dah. Turun bawah, aku cek dah kul 9:40!! Adeh..Lambat benor dah. Siap2 capai dia naik moto and anta nursery. Depan pintu nursery tu dia nangis la plak. Yelah..seminggu tak anta, then yg sambut dia tadi nanny baru, dia tak kenal. menggelejat la skit masuk tadi. Tapi aku intai dari tingkap tengok dia ok je pas masuk, Ok la.
Merempit la aku selaju boleh nak sampai opis. Memang 10:30 haa sampai. Nampak member lunch buzz, aku terus bagitau aku kena skip lunch. Nak bayar balik sejam. Huhu..apo nak buek haa.Camtu la bermulanya hari isnin aku..
Sabtu lepas adik ipar aku yang seminggu lepak bercuti umah aku balik dah. Tapi singgah umah along dia kat Penang dulu. So takde la kawan Xiyad Cik Nur dia kat umah nak layan. Mekasih banyak jaga Xiyad seminggu. Dah attached gak la Xiyad ngn Cik Nur dia tu. Pagi2 nampak bilik Cik Nur dia bukak, laju je dia ke situ.
Xiyad dan Cik Nur dia (kanan) masa ke pasar malam Sabtu lepas. Gambar time sarapan tunggu bas ada kat phone lagi satu la plak
Lepas bas si Nur sampai, kami plan cari baju raya lah. Alang2 dah kuar camtu kan. Cari time puasa kang takut penat. Memang bagus pun idea tu sebab Xiyad memang ada masa boring mintak dukung. Penat juge la nak dukung.
Kami decided beli warna turqoise. Mulanya aku tak fikir pun nak beli baju melayu tahun ni. Bazir la. Beli pakai sekali dua je. Dah la tiap tahun beli. Pembaziran Hari Raya namanya. Tapi dok alasan nak sedondon ngan Xiyad la..apa la..beli la ikut warna baju yg dah si Cembam tu pilih. Cari kat PKNS utk baju Xiyad, then Fie Collection kt Sri Bangi baju aku. Ada yg sama kt PKNS tu, tapi kosong sangat. Lagipun yg kt kedai lagi satu tu RM118 je..Murah. Kain jenis panas skit la. Lantak...aku bukan nak pakai selalu. Buat cantik bergambar raya je lah niatnya
So setel dah baju raya tahun ni. Time puasa kang fokus ibadah je lah..cewahh..poyo plak. Apa pun semalam tarikh aku ngn Cembam declare tau...07.07.2007. Kira ok la belikan baju raya tu haaa..hehehehehe
Comments
leh sambut declare date...
ko x nak buat video ke?