Mengantuk lagi azab dari lapar

>> Wednesday, July 10, 2013

Assalamualaikum semua..selamat menyambut ramadhan...

Malam pertama terawih tak berapa semenggah. Aku agak lapar bila balik dari kerja semalam. Sampai2 rumah je makan apa yg ada wat alas perut. Buah lai, tau fu fa sambil suapkan si Xiyad tu. Then elok lepas tu aku tidor macam rutin biasa aku menunggu maghrib.

Cembam plak balik lambat sekolah semalam. Dia masak macam jadual hari biasa, iaitu lepas maghrib. Aku dok melayan Xiyad kat ruang tamu lah macam biasa tak nak bagi dia kacau mak dia masak. Elok2 azan Isyak camtu, Cembam baru siap masak. Hmm..lapar weh. Masa tu memang malas sangat lah rasanya..

Cembam tanya terawih tak..aku jawab tak sure. Tapi gagahkan la diri bangun amek semayang and berjalan ke surau. Memang penuuuhh haa surau. Sampai ke kolah amek semayang, ke luar semua penuh. Alhamdulillah..Time semayang Isyak memang lapar la wehh...takleh jadi..aku terus bangun and berangkat pulang.

Cembam tengah semayang masa tu. So sementara tunggu Cembam siap2 hidang, aku start terawih solo kt ruang ramu. Xiyad kat tepi prektis pose sujud yang tak pass2 lagi. Cembam abeh solat aku dh buat 4 rakaat. Then sambung lagi sambil Cembam siap2kan hidang..maka setel la terawih malam pertama aku secara solo. Sebelum tu ada tanya Cembam nak buat tak terawih..tapi dia letih katanya. Kalu tak, leh buat sama. Malam ni lah mungkin. Pas makan baru la rasa sedap skit badan..tak rasa lembekk je..huhu

Sahur kali ni Xiyad tak macam tahun lepas bangun skali and kami dudukkan dalam walker. Dia elok je tido kat bilik atas. Cuma silap waktu subuh je pagi tadi. App Iphone tu lewat 8 minit. Tak sempat aku nak teguk air sejuk. Kopi semug je malam tadi. Hahaha..mmg dehydrated la jawabnya.

Pergi dan balik kerja memang sangat mencabar time bulan puasa ni. Memang mengantuk dia..ya allah~~ Dah la aku hari biasa pun balik keja terjerit2 sepanjang jalan dari KL nk ke NIlai tu sebab taknak tertido..lagi la bulan puasa ni. Tadi gi keje pun..fuhhh...lagi azab dari lapar rasanya. Terpejam skit..nahas la aku...Moga selamat la hendaknya.



2 comments:

zonaku July 10, 2013 at 1:59 PM  

hati2 bawak moto tu......

mmg mengantuk tahap gaban aku ari ni.. kena lak ekon bilik2 mesyuarat y sejuk tahap peti ais..

dah mcm beruang kutub dah aku rasa.. rupa paras dah nk iras ni...

naik van y sekejap tu pun tadi aku bantai lena sepanjang jalan... seb bek x miss stop aku. hehehehehe


selamat berpuasa!

syalinda johari July 10, 2013 at 3:03 PM  

slamat berpuasa weh..hati2 dijalanraya okey..

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP