Skip to main content

Memuah Ulu Yam Piknik!!!!

Assalamualaikum semua~~~

Hari ni wa mai awal skitttt. Sebab Xiyad bangun time subuh mak ayah dia tgh siap2. Jadi just bawak turun n tido ayam kejap ilangkan ngantuk, around 8:15 tu aku walk him to the nursery.


Wiken lepas, setelah lebih sebulan planning adalah hari nya untk Geng memuah berendam-rendam dalam air sejuk brrrr brrrr...Lepas sepakat Ulu Yam destinasi yg dipilih, kami bergerak dalam pukul 11 pagi. Kalu ikut plan asal awal lagi, tapi Chucky gi Kelas Umrah, Cembam pn ada kelas gak..boleh kuar paling awal 10pagi..maka 11 pagi la persetujuan nak kick-off dr umah masing2. Tapi personally mmg tu pun timing paling cun kalau gi air terjun utk aku.

Aku gi amek Sepol dulu. Dia buat bihun goreng singapore tapi takde bekas. So pakai bekas kami lah. Perjalanan agak smooth sebab ikut takdir ilahi kata kau. Terlepas 2 exit yang menyebabkan plan lalu MRR2 bertukar jadi lalu MEX. Tapi mmg smooth jadinya. Hehehehe. Dalam kul 12 lebih2 tu Manje update dia dh smpi. Masa tu kami kat area nk masuk Gombak dah. Memang cun lah.

IMG_5762
Pengalaman air terjun kedua Xiyad selepas Kalumpang

Keri ngn Montok plak dh siap tunggu tepi empangan katanya. Tapi miscommunication. Depa tunggu kat simpang masuk, aku plak masuk terus simpang sebab bajet diorang tunggu kat tempat orang lepak2 dalam tu area empangan. So update terakhir wassep sblum takde line masing2 was to just gi je terus tempat destinasi.

IMG_5763

Rupa2nya ada 5 entrance Sungai Tua a.k.a Ulu Yam ni. Mula2 aku masuk entrance pertama, tapi dia lead ke resort. Terus kuar balik smpi jumpa entrance yg siap pintu gerbang tulis "Taman Selangor" ape ntah lah. memang tu la entrance aku pi last time.

IMG_5754
Iyan yg siap ada keputihan di telinga sebab baru lepas shaving. Lol. Impian nk shaving di air sungai sudah terlaksana. Yang tak boleh blah si Masy pikir terlalu dalam bila Wafa cakap Iyan gi shaving. Terserlah dari reaksi air muka Masy. HAHAHAHAHA


Dek kerana line takde. Memang haru. Tapi naluri aku kata masa tu mesti Keri akan ke entrance yang sama sbb pintu gerbang tu buat kita rasa kat main area. So tunggu tak smpi seminit Keri sampai. So next runningman mission was utk cari Wafa yang dh park kat salah satu entrance tu. Logik dia kami cari ke arah Batang Kali sbb kami ingatkan Wafa dtg straight dr LPT lalu belakang and not from Gombak. 

Kami pun kuar and dari tepi jalan the next entrance nampak Persona. Aku rabun, so suh sepol kompemkan nombor plat and memang Wafa. Kami park semula kat entrance utama. Tinggal Erina je lah. Tapi tak risau sgt sebab orang biasa akan park kat entrance utama biasanya. Lagipun kat wasep dh update yg ada pintu gerbang.

IMG_5767
Fist experience Xiyad main air sejuk. Sebelum ni tak bawak masuk air sbb masih mandi air panas. Skang dah boleh. Tapi berdiri kaku je haa awal2..kekeke


Kena bayar singgit per entry masuk Ulu Yam ni. Masuk2 je aku jogging sepanjang sungai cari port. Tapi lagi naik, lagi ramai orang. So kami decide yang memang dekat ngn tandas la..senang. Tak jauh pun dari kereta. Tikar ada dua..memang nice.

IMG_5772
Attempt pertama. Suh Xiyad jalan kat kolam kecik ni. Slow je dia jalan. Kejutan budaya

Then kat area tempat kami lepak tu ada satu kawasan kecik dlm sungai tu macam kolam utk budak2. Sape ntah yg rajin susun batu smpi jadi kolam. Seswai sangat la utk first experience air terjun Xiyad ni. Tapi sebab Xiyad cepat sejuk and berkedut jari dia, tunggu dah panas skit, daha makan pa sume la baru bawak dia masuk air. 

Aku terus tukar baju rasmi air terjun aku and take a dip dulu. Sebab jogging scouting tu buat aku berpeluh n panas. Baju aku tu memang best. lepas berendam sejuk2, ko naik atas dia buat ko rasa comfort and tak kesejukan..luv ya Admiral shirt!! Dah around 7 tahun baju tu aku guna.

IMG_5773
Sengihan pertama Xiyad

Lepas dah makan, melantak durian..baru la kami turun berendam. Cembam tak mandi, so ditugaskan pegang kamera amek gambar lah. ni semua dia la amek. Bagus2.

Tapi si Sepol punya menggeletar kena air sejuk cam gampang tahu!!! Dia nye gegar sampai vibrate ke tempat aku lepak ngn Xiyad. HAHAHAHAHAHAHA. Memang syok la si keri nganjing. Tengah dok mandi2 ni la kot baru Erina and Amir smpai. Alhamdulillah sampai gak. Walaupun route dia semace hare sebab ikut Waze and hampir2 nk balik umah, tapi Allah izinkan gak deme sampai and join kitorang.

a
Xiyad with Uncle Sepol selaku maid separuh hari pada hari kejadian. HAHAHAHA. Dia siap buat susu Xiyad tau dalam keta. Jangan main2. KEKEKEKE

Merasa la try pelampung tu haaa akhirnya. Pelampung ni pakcik Amsari askar dia belikan utk nureen anak akak aku kat OZ masa kat Bukit Merah tahun lepas rasanya. Tapi ntah camne kemas2 ended up kat boot keta aku. Simpan la smpi skang. Wiken ari tu la pestime pakai..Tapi bulatan dia agak besar or maybe Xiyad yg slim sangat. Lama2 makin ke bawah. Kang tak pasal2 tenggelam terus. HAHAHA. Sempat la main sat sblum aku kuarkan dia dari pelampung tu

IMG_5798

Masa ni Xiyad dah mula seronok. Aku just kena alert ujung jari dia je bila start kecut and bila dia start menggeletar. But agak lama gak la dia berendam hari tu


IMG_5804

IMG_5807

Haa time ni dia mula kesejukan dah. Terkeras2 kaki dia bila terlentang camtu. KEKEKEKE. Bila dia dh start menggeletar, bawak la naik. Oh ye masa mula2 dia duduk kat kolam kecik tu..dia dok rasa air tu. Maybe sbb the last time dia main air, air laut..masin. 2-3 kali dia dok rasa air tu. HAHAHA. Tapi risau jugak dia dok rasa air tu kot out of that slim chance, air yg masuk mulut tu la ada kencing tikus ke apa kan..tp aku dh ikhtiar, baca salamun ala nuh, ala sulaiman and doa tolak kemudaratan tu..Tu usaha aku la. Harap takde pape

IMG_5813

Then bawak naik tukar baju lampin sume. kebetulan tilam xiyad ada sinar matahari. Memang best utk panaskan badan.

IMG_5814
Masing2 mula mengemas. Xiyad pun kemas bakul susu dia

Dalam banyak2 benda, benda paling penting tuala and kain boleh tak bawak..demmm..mujur iyan bagi pinjam utk tukar baju..mekasih Iyan. Huhuhuhu. Ate tandas plak laki nye dia tutup. Zzzz...Surau lantai kayu. Jadi aku punya suar and baju separa basah tu aku solat zuhur terus.

IMG_5818

And lepas semayang zuhur tu turun berendam utk final episode. macam rutin biasa aku..Last berendam tu aku bukak baju. Sebab feel air tu kena kulit ko direct lagi syiok. Aku amek port air plg deras..haa..macam jacuzzi kau. Bergegar2 lemak kat badan ni ke serbu ngan arus deras. Jangan ada bendasing lalu je aku berdoa. HAHAHAHA.

IMG_5825

Nak dekat pukul 5 gak baru la kami siap2 mengemas. Then macam biasa sesi bergambar berkumpulan sebagai kenangan. Heheh Xiyad semakin ramah skang. Sume di high5 nye. Sengih korea dia pun dia tunjuk kat semua orang.


Banyak kali gak aku baca fatihah sepanjang ada kat sini. Yelah..patutnya ada kawan si Xiyad tu bermandi manda. Dah la last Kalumpang tu Xiyad and arwah Aqil tak berendam lagi sebab masa tu masing2 rasa diorang tak ready, selalu mandi air panas. And ada cakap lain kali bagi diorang mandi sama. Tapi nak buat macam mana Allah lagi sayang Aqil. Jadi asal teringat je, baca fatihah lah.

Apa pun memang one blast of a wiken lah. Makanan masing2 bawak mmg best. Kosli si Masy, kek, biskut raya, durian wafa bawak. Bihun Singapore. Ayam KFC Erina and last but not least perut Keri dan jajan2 nya..kekekekekeke.

Moga panjang umur dan dapat lagi berpiknik bersama2 ye Memuah tersayang semua...Muah Muah Muah!! Alhamdulillah juga takde gangguan panggilan puteri bunian sebab puteri bunian tak berendam. Hahahahahaa!!! Untonglahhh

Comments

Masy said…
bahahahahahahahabisssss!! tp kalau mandi pon insyaallah ok kot sbb x dalam sgt kaannnnnnn

lupe nk mensi kt entry aku. xiyad pandainyee amek hati aunty Ena. terus je panjat naik atas pangku. mekasih xiyad :)

mekasih semeeeee muah muah muahahahaha *tolak seme masuk sungai*
zonaku said…
trend fesyen amir dah jangkit pada keri......


rambut ko dah lain eh anul????? aku lupa trs korang punya plan kat sana...
Aima Othman said…
seronoknye.sori korang x dpt join..huhu
❀aRaBeLLa❀ said…
Ekceli kalo tak mensi part putih kat telinga iyan tu,aku pon terpikir menda yg sama mcm kak baby..ahahaha
Erina Asmawani said…
Terima kasih acik Hemy yang tak putus2 sedekahkan Alfatihah kat Aqil. Aku pun terbayang je Aqil main2 ngan Xiyad ngan ayahnya masa kat sana. Dahla jenis budak suka air. Hmm..takpelah. Dia dah tentu2 bahagia kat sana :)

Btw, piknik yg best. Walaupunnnn sesat kan.MasyaAllah..memamg aku rasa nak lempaar je Waze tu ke longkang. Alhamdulillah jumpa gak.

Thanks Xiyad sebab pandai dah bergurau sekrang ni. Eeeii..pandai amik hati. Ketawa dia, manja dia. Macam Aqil. Pengubat rindu kami dekat Aqil :')

P/s: Puding laici..sob sob sob

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...

Pantai Seberang Takir. Pengalaman Pukat Tarik

Pantai Seberang Takir is just one infamous beach that has been 'tambak' to prevent big flood and the safety of the houses along it. My Atok in-law's house is one of those many houses. Everytime I paid a visit to my in-laws, Atok's house is a must. Sometimes we didn't really do anything particular and just sitting by the beach enjoying the breeze and the salty taste of the air. Nurin and her sisters and Haikal dipping in the water. (Can you guys feel the mood of this picture. What do you guys feel when you look at this photo. Plz help me by giving feedback as I want to step a level higher in photography by taking photos that inspire people..thanks) Right after the Yebbit with Nurin and plucking the mangoes, we went to the beach. I brought the kain pelekat, my short and my towel as I intended to have a dip. But at the end I just take photos and ate the keropok lekor. Berlari ke laut (running towards the sea). But that evening was a bit special. I had a nice fi...