Skip to main content

Didik anak cara Rasulullah bullshit? x berkesan??

Assalamualaikum...

Harap semua sihat ye. Puasa nak dekat dah ni..biar la sambut puasa dengan sihat wal'afiat. Adik ipar aku tengah ada kat umah, jadi minggu ni Xiyad tak ke nursery langsung. Isnin skolah tutup sebab jerebu then start selasa ada makcik dia kat umah. Seronok la Xiyad. Siap diorang bawak gi Mines lagi..Bukan main budak kecit tu jalan2 tanpa mak ayah dia. hamvoiii~~~

Ni nak citer pasal didik anak cara Rasulullah. Aku takde la baca sangat. Tapi yang aku tau, umur 6 tahun ke bawah, Rasulullah tak pernah tangankan anak dia. Tak pernah marah2. Kalau anak baginda menangis, merajuk2 tu, baginda letak kat atas pangku dan peluk anak baginda, pujuk sampai diam. Tak macam most of parents skang..kita marah, jegil mata, bagi sign tangan macam nak pukul..ataupun jenis yang ugut

"Haa...nak benggali roti ambik? Nak? Haa nangis nanti benggali roti amek!!"

Haa..sian benggali roti jadi ikon ketakutan. kekekekeke. Ada korang cuba tak marah langsung anak bawah 6 tahun? Aku rasa sangat slim chance la kan menjadi. Betul tak? Even Xiyad pn aku try tak mau nye dia. Dah la dia jenis lagi kita pujuk, lagi dia meraung. Haa..ate cane nk buat peluk atas pangku cara Rasulullah?

Kalu tak marah anak boleh? Yang lari2 keliling pasaraya kalau bawak shopping. Yang panjat sana sini, yang rampas mainan kawan lain..haa..boleh korang tak marah utk disiplinkan anak? Aku tak rasa boleh. Jadi camne? So ada la yang berpendapat macam tak valid je cara Rasulullah didik tak pukul langsung kan. Even pukul skit utk disiplinkan pun lepas 6 tahun.

Haa..ni le orang kita ni. Amek sebijik camtu je yang Rasulullah tak pukul anak bawah 6 tahun and cuba la buat sampai fedap sebab memang anak jenis kena marah, jegil mata baru nak ikut cakap kan? Tapi semua lupa cara tu kena ada perkara lain yang ikut sekali.

Tak terfikir anak baginda boleh tak ditangankan dan berdisiplin mungkin sebab cara mereka dibesarkan. Anak-anak kita sekarang membesar dengan apa? IPAD, gajet, tgok TV, mainan dan macam2 lagi. Cuba tanya diri kita (tengah jegil mata kat diri sendiri), berapa kerap kita duduk ngn diorang ngaji and bagi diorang dengar. Apa benda kita buat yang diorang dok tengok and printed dalam kepala?

Keluarga Rasulullah hidup penuh dengan ibadah mungkin? Jadi anak2 baginda dibesarkan dalam suasana yang sangat jauuhhhh berlainan dari kita. Hati anak2 baginda lebih bersih dan terpelihara dari anak2 kita. Jadi itu sebab la anak2 baginda boleh didisiplinkan tanpa perlu dipukul atau dimarah.

Kakak kawan aku pernah buat eksperimen sendiri utk apa aku tak ingat yang mana dia letak 2 biji epal yang satunya dibiarkan dalam bekas yang dipasang bacaan al-quran tanpa henti. ternyata yg sebijik tu jauh lebih lambat nak busuk. Maknanya ternyata cara persekitaran anak kita dibesarkan tu main peranan yang sangat besar.

Jadi, nak buat something mana boleh main petik satu tu je tanpa mende lain. Ingat kata Nik Aziz "Islam tu al-qur'an sebuah". Mana boleh main amek tu skit, ni tak best tkyah..takleh. Macam laki2 nak kawin lain la. Time poligami bukan main nak ikut sunnah..waklu!! Padahal kira syukur la wife tak mintak duit beli barang2 diorang..guna duit sendiri je beli barang2 diorang. Pastu kata mampu..Pada yang kaya dato' plak, kawin artis lawa2...padahal Rasulullah dulu kawin banyak bukan sebab lawa atau nafsu. Haaa..tak ke beza.

Ingat..Islam itu Al-qur'an sebuah...

sekian karutan Hari Jumaat..=]

Comments

Masy said…
hmmmmmm #takenote
zonaku said…
ini bukan karutan...... ini pandangan seorang manusia....



hmmmmmmm....
syalinda johari said…
aku la tu dok menjegil bagai nak keluar biji mata kat anak2 aku..
kena ubah paradigma ni..huuuu.
HEMY said…
aku pun sama syalinda..kecik camtu lagi aku marah..aku angkat jari telunjuk tu..dia tau aku marah
Kniedaz said…
Samala kita.....nk didik anak kita kena didik diri kita sendiri dulu...muhasabah diri huhu

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...

Pantai Seberang Takir. Pengalaman Pukat Tarik

Pantai Seberang Takir is just one infamous beach that has been 'tambak' to prevent big flood and the safety of the houses along it. My Atok in-law's house is one of those many houses. Everytime I paid a visit to my in-laws, Atok's house is a must. Sometimes we didn't really do anything particular and just sitting by the beach enjoying the breeze and the salty taste of the air. Nurin and her sisters and Haikal dipping in the water. (Can you guys feel the mood of this picture. What do you guys feel when you look at this photo. Plz help me by giving feedback as I want to step a level higher in photography by taking photos that inspire people..thanks) Right after the Yebbit with Nurin and plucking the mangoes, we went to the beach. I brought the kain pelekat, my short and my towel as I intended to have a dip. But at the end I just take photos and ate the keropok lekor. Berlari ke laut (running towards the sea). But that evening was a bit special. I had a nice fi...