Xiyad's first surau experience

>> Thursday, May 16, 2013


Mainan Xiyad skang apa je yg dia boleh capai. Dia suka sorong bekas baju2 ni or bakul sampah sambil letak apa2 je dia nak dalam tu. Bila sangkut kat kapet nangis2. hahahahaha

Hari Selasa ari tu, aku balik takde la awal sangat. Tapi sebab aku nak kuar main tenis, and malam sebelum pun aku dh kuar..aku macam sian plak kat Xiyad sebab dua malam aku tak spend time main ngan dia kan. So balik2 tu, dalam 6 lebih2 gitu aku sampai umah. Aku letak beg semua, aku ajak dia keluar jalan2 depan umah tu. Seronok betul dia, bukak je pintu terus dia cari kasut crocs celup ijau dia tu.

Aku pimpin lepak tepi tasik depan umah aku tu..ok tipu..lombong..tapi lawa macam tasik. Ekekeke..Nampak la dia seronok..siap depang tangan sana sini, tunjuk sengih2 haaa..Pastu sambil dok tunggu lepak tu terpikir plak nak try bawak dia ke surau. Camne behaviour dia ek kalau aku bawak ke surau umur2 camni. Everything needs a first time kan..

So bila dh agak gelap aku pimpin jalan ke surau. Jalan la kedek2 dia tu sambil sengih every now and then. Tapi bila smpi surau, aku cek twitter dah masuk waktu, takde orang plak. Aku pun patah balik. Tapi pelan2. Sebab aku dh lama tak ke surau, baru ingat yang jemaah situ memang mai last2 minit or pas azan. So bila ada orang azan aku pun patah balik ke surau.

Xiyad elok je berdiri sambil tengok keliling time aku amek semayang kat luar. Nebes gak aku time tu sebab takut time solat dia berlari ke, kacau orang ke kan. Dh mengganggu plak. So masuk tu aku amek tasbih utk something dia pegang or leka. Dia berdiri je tepi aku. Aku amek port tepi skali. And aku wat eksperimen semayang sunat qabliah dulu. Alhamdulillah dia senyap je berdiri sambil ralit tengok kelililing. 

Bila bilal iqamah, aku lepak dulu belakang sebab aku plan nak amek saf kedua tepi skali. Aku tunggu je. By the time fatihah abeh saf kedua tu tak penuh plak. Aku pun solat la tengah2 tu. Xiyad duduk betul2 tepi aku. And time tu la baru ada makmum lain datang. Aku dah set batalkan solat je kalau Xiyad roaming around. Aku prasan sorang makmum ni berdiri tepi Xiyad and macam bg arahan suh ketepi. Tapi bila Xiyad just tenung je dia and tak gerak, mamat tu tau la Xiyad tak faham kot. Masa ni aku tak khusyuk la sebab sedia nk make a move.

Alhamdulillah mamat tu solat je tepi Xiyad. Kira xiyad duduk tengah2 saf la. Diam je dok situ. Lepas rakaat pertama aku tengok dia stay put kat situ..baru la aku leh solat lagi 2 rakaat cam biasa dengan yakinkan diri dia akan dok senyap je situ. Alhamdulillah at the end of the solah dia stay put. Aku siap suh salam ngn mamat sebelah tu dia OK je. 

Ada la 2-3 cam senyum tgok Xiyad ada kat surau tu. tak nampak plak yang buat muka tak suka. Alhamdulillah. On the way balik umah dokong aku bisik "pandai anak ayah...tak nakal2 dia dalam surau. Pasni kita gi lagi ek". Time tu sebak plak..ek eleh aku ni kan..hahahaha. Maybe cam malu plak ayah dia ni jarang ke surau. 

Mana la tau Xiyad jadi asbab untuk kami sama2 mengimarahkan surau lepas ni..amiiinnnn

4 comments:

Anonymous,  May 16, 2013 at 6:05 PM  

eh. takleh berenti solat.

HEMY May 16, 2013 at 10:09 PM  

?? takleh berenti? maksudnye takleh batalkan solat? haram ke?

HEMY May 16, 2013 at 10:11 PM  

oh..baru gugel satu and kata haram..nnt saya tanya2 lagi..kalau solat jadi tak khusyukk...anak plak kacau solat org lain..lagi berdosa susahkan solat org lain

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP