Last chapter - Singapore Trip

>> Friday, May 10, 2013

8 minit lagi nak kul 12 n kuar lunch + semayang. Apdet dulu la blog. Ni balance gambar2 kat Singapore hari tu..hehehe. Lambat nak setelkan. Maklumlah dah sejuk skit blog skang kan.

Lepas abeh pusing2 area sini naik bot dia tu..tak silap aku SGD15 kot, kami mintak turun kat tugu merlion ni. Memang lama jugak la pusing2 tu..lebih stgh jam. Xiyad dok main2 ngn budak laki sorang ni dari kuarga orang indonesian kot yg dok sebelah kitorang. 

Bila dh turun merlion, nk ke Ferris wheel tu memang jauh la..plan asal nak naik benda tu malam2. Tapi bila mengenangkan nak menapak ke tempat tu balik..adeiii memang jauh. so tak jadi. Kitorang amek2 gambar time maghrib tu and stay untuk tunggu persembahan lampu neon.


IMG_5471

IMG_5470

IMG_5478

Aku suka gambar ni. Gaya Xiyad peluk aku tu macam geng. Hehehehe

Merlion Singapore

Nak makan kat situ takde tempat halal la plak. Foodcourt yang kami nampak masa jalan2 sebelum naik bot tu plak jauh jugak. Berlapar la juga kami masa tunggu persembahan lampu ni haaa. Sambil2 tu cari souvenir. Aku tak beli lagi koleksi mug aku. Masa ni terpikir nk benti lagi skali bugis street..tapi macam dh penat so nak taknak beli la kat kedai souvenir situ. Mug tu aku beli SGD18.

Night view Marina Bay Sands

Tunggu2 akhirnya start la persembahan lampu tu. Masa ni bateri kamera nak abeh dh. So aku dedicated utk amek gambar marina bay sands dengan limpahan neon. Tak payah pakai tripod pun. Hehehehehe

Night view Marina Bay Sands

Night view Marina Bay Sands

Tak tengok smpi habis. Sebab lama rasanya. Lepas 15 minit kami start gerak balik. Masa ni la tekad benti bugis street nye hentian lagi utk borong souvenir sbb time ni baru tersedar family punya souvenir tak beli lagi. And kat bugis street nye hentian tu mmg dh tau ada restoran halal. 

Masa ni la tercemar duli, boikot aku makan MCD lepas sekian lama kami mampu elak. Sebab yg restoran lagi satu tu dh tutup. Memang borong souvenir la masa ni. Sekali ko tau tak, design mug yg aku beli tu kat situ SGD10 dapat 3!!! NATANGGGGG!!! HAHAHAHAHA bengkek gileeeee

Esok paginya kami jalan macam biasa dari hotel lepas checkout. Sebab MRT yg efisyen, takde rasa takut tertinggal flight ke apa. Dh setel sume urusan kami gerak ke departure hall. Masa ni cam bese la kena kosongkan bekas2 air kan.

wawaairport

Cembam dan2 terus mencangkung depan2 pintu tu nak buat susu. HAHAHAHA. Yela dh takleh bawak masuk air kan..kena la buat susu siap2. Ntah camne ada staff dia cam kesian datang approach.

"ni air utk baby kan? kalau utk baby kami benarkan"

HAHAHAHAHA terus bangun. Time ni la aku ngan adik ipar aku nganjingkan bini aku. 

"mesti staff tu cam kesian gile tengok ko mencangkung sungguh2 nk abehkan air. depan2 pintu plak tu. HAHAHAHA"

Perjalanan smooth je. And bila kami smpi pun tak tunggu lama..memang ada dh bas nak ke salak tinggi tu. Bila smpi je ERL station salak tinggi..memang nampak keta kami masih ada situ. Belek2 keliling, ada la 1 lekuk kecik kat mana tak ingat. Maybe orang nak parking tergesel. Selain dari tu selamat je keta adik ipar aku tu.

maybe boleh la letak situ lagi kalau nk elak parking mahal n jauh dari terminal gak kat LCCT tu. Sama je dari segi logik bahaya nya. At least yg kat salak tinggi tu tak jauh dari main office.

So inilah ending kisah Singapura kami

4 comments:

zonaku May 10, 2013 at 2:43 PM  

hehehe.. bab mencangkung tu betul2 tragis....

Mak Su May 10, 2013 at 10:05 PM  

kalau dah gi singapore, kena ler ambik gambar kat singa, kan :)

Anonymous,  May 11, 2013 at 5:35 AM  

Useful info. Fortunate me I ԁiscovеrеd your web site by accident, and I'm stunned why this coincidence did not took place earlier! I bookmarked it.

Take a look at my page - make money uploading videos

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP