Skip to main content

Kau yang bernama Aqil Hamzah

Bismillahirrohmanirrohim...

Mulanya macam taknak tulis entri ni. Tapi tiba2 rasa nk taip perabih and post terus lepas baca post member aku pasal ni..Takpelah pelan2 aku tulis...hmmm..

memuahA

Ni la almost all of my Memuah masa kenduri Wafa. Sedondon haa kami, kecuali Zonaku..BWAHAHAHAHA!! sbb tu Xiyad dok pandang dia tu haa..Iyan pn pandang Zona sbb tak puas hati..

Gambar ni punya moment yg indah sbb tengah caca marba masa ni tggu 10seconds timer. Mana satu Aqil Hamzah? Yang baju belang2 didokong oleh bapak dia yg belang juge tu..

If dad's here,I will be fine

Aku sebenarnya tak pernah ada kesempatan layan Aqil puas2..apatah lagi nk dukung dia. Mungkin timing yg tak kena kot. Masa kat kenduri Wafa, aku photographer..ada masa gitu2 je nk main ngn Aqil. Kadang time tu la Aqil tengah cranky, ngantok dan sebagainya.

The happy family

Last memuah ni berjumpa masa kat seoul Gardens itu hari..tapi sayang nya aku tak pergi. Rupanya tu la kali terakhir most of us memuah berjumpa Aqil yang bernafas dan tersenyum. 

Semuanya bermula masa aku baca status FB erina yg Aqil asek demam. Kebah tak kebah demam dia. And ada satu gambar Erina tengah peluk Aqil dengan wayar and nebulizer tu. Nampak lemah je Aqil masa tu. Tapi kalau tgok dari gambar, sume akan rasa..insyaAllah OK. sebab memang nmpk macam demam biasa2 je.

Tapi..ntah camne selang beberapa jam lpas tgok status tu, takde angin, takde apa yg aku pikirkan..tiba2 aku terbayang something yg aku tak suka. 

IKLAN ; masa aku kecik dulu, aku kena sawan mayit kata mak aku. Ni bukan sawan menggelejat mulut buih2 ke apa. Mayit maksudnya mayat dlm bhsa jawa. Kata mak, lagi 3 hari ada orang nak meninggal kat kampung aku tu, lagi2 yg saudara..aku akan menangissss je kejenya. Menangis..menangis..and kebetulan mungkin, memang ada yang meninggal. Macam boleh rasa la kata. Wallahua'lam.

Dah besar ni takde la nangis lagi..tapi certain masa aku akan dpt gambaran..takde la macam citer kat tv Xmen mutant tu. Aku akan terbayang tanpa aku pikirkan pun benda tu, orang tu meninggal, kuarga berdukacita..kita gi layat (ziarah orang meninggal)..camtulah.

Tahyul la maybe..tp as far as aku imbas balik, 2-3x gak bila aku terbayang..memang orang tu meninggal. Again..ni semua kebetulan je

Jadi tgh tunggu game online nk start tiba2 aku terbayang Aqil dah takde. Kami memuah gi lawat erina. Kawan2 yg pompuan pergi tenangkan erina. Jenguk Aqil yg diam tak bergerak, tepuk2 belakang Amir. Semua ni. Masa tu aku dh rasa alaaa..ape ni bangang sangat bayang bukan2. Masuk sepital sebab demam je kot.

Erina, Amer n the boys

Then esoknya aku dapat update yang Aqil masuk ICU..dh ke HKL..Allah~~ mula la aku rasa tak sedap. Sebab malam tu last update aku dpat dari FB ke twitter ntah yg Aqil macam ok je..ada wat cek darah, memang takde pape..gitu la lebih kurang. Tu aku lega je..tp berita pagi tu memang buat aku terpana sat.

Masa ni awal2 aku dh twit "ermm..nk share something la..tapi patut tak ek..ni pasal Aqil". Masa ni Masy reply twit suh DM. So aku DM kat dia sorang je la share. Masy plak kata mimpi gigi geraham cabut which ikut kepercayaan org melayu pun petanda hilang orang tersayang gak. Hmm..memang risau dh masa kami berDM tu.

Memuah Kalumpang picnic

Lepas tu aku tak ingat kronologi update yg aku dapat. Tapi Wafa whatsapp kami citer pasal Aqil. Sebab dia baru lepas lawat Aqil. Jumaat pagi. Kebetulan aku tak kerja hari tu. Jadi aku plan ngan Cembam pergi lepas dia rehat kejap dari sekolah. Kira dlm kul 3-4 gitu la. Yelah..malam nye aku kan nak main tenis. Tapi bila Wafa kata doktor pn mcm tak bagi sangat pelawat datang, takut sebar kuman..kami batalkan niat tu.

Memuah Kalumpang picnic

Jadi aku pun jalankan aktiviti macam biasa. Cuma hari tu aku pergi bertennis awal. Selalunya pas maghrib baru gerak ke cyberjaya. Tp jumaat tu aku gi dlm kul 6:30. So masa Wafa call dalam kul 7 lebey, aku ada gerak ke beg nk dapatkan telefon. Tapi dh terputus. Sebab aku masa tu tgh in the game, aku biar la dulu nk call balik kemudian. Tapi lupa terus....

Aqil Hamzah

Aku lupa terus...lepas smyg maghrib main satu set ke camtu, and time tengah rehat2 tu la aku teringat call wafa. Masa tu baru aku tersedar..oh my Allah..nk smpaikan berita sedih ke ni? And bila aku dapatkan telefon aku, aku nmpk berderet missed calls..aku tau dah pasal apa. 


Aqil Hamzah

Nak call balik Wafa tu Allah je la yg tau perasaan dia. And bila wafa jawab tu, mengiyakan semuanya. Masa tu jenazah Aqil tak sampai rumah lagi. Aku pun tak tau masa tu bingai ke apa aku takleh nak pikir straight. Aku decided nak tunggu jenazah aqil sampai dulu, baru gerak dari cyberjaya. Sebab kalau awal2 sampai mesti ramai yang kerumun. Aku nk keadaan reda dulu.

And bila bagitau cembam, boleh plak tak terpikir gi amek dia dulu and by the time dah amek, maybe jenazah Aqil dh smpi kan. Tapi ntah..masa tu cm terkejut ke apa aku suh wafa update bila jenazahnya dh smpi. Padahal dalam kepala dah fikir maybe sewa hotel 1 malam kt Shah Alam ke sebab Cembam ngn Xiyad ada flight pagi esoknya nak balik ganu mengundi. Senang citer plan nak bawak Cembam skali malam tu mmg cam bangang and akhirnya aku sorang je pergi layat.

Aqil Hamzah

Aku baca whatsapp Keri, sepol, Iza, Wafa and Masy sume dah sampai. On the way tu aku tanya Masy and Wafa and diorang masih ada kat situ. Aku dh sebak memandu ke Shah Alam tu. Mana taknya..anak kawan baik kot. Dah la kita ada anak sebaya camtu. Memang terfikir anak kita yang pergi. Memang sedih sangat.

Aqil Hamzah

Dalam hati aku, aku smpi 11 lebih ni insyAllah tak ramai orang. Sebab aku nak duduk tepi Aqil and bacakan Yassin sebaik2nya untuk dia. Tu niat aku. Aku dengan seluar 3 suku, gerak ke umah erina. Mulanya nk pinjam suar member aku. Tapi bila cek, takde la pendek sangat suar, aku terjah je.

Aqil Hamzah

sampai2 je umah erina, aku nampak Amer. Amer sayu tapi nampak macam OK. tak tau nk describe camne. Aku peluk tepuk2 belakang amer, sama macam bayangan aku tu and terus masuk ke rumah. Bak kata Wafa..memang menonong je aku masuk. Tapi aku terhenti depan pintu sebab masa tu macam aku sorang je laki dalam rumah tu. Masa tu macam susah nk approach. Aku mampu senyum kat Erina dari jauh.

Aqil Hamzah

Then baru nampak Masy n Wafa. Diorang datang dekat aku. Aku cakap kat diorang "aku nak cium Aqil". Masa tu perasaan aku macam orang mati anak, and dilarang tuntut mayat anak aku..camtulah perasaan dia. And lepas tunggu lama dan nampak cam clear, Wafa bagi isyarat suh gi. Aku dengan awkwardnya, ngan suar paras keting gi mendekati Aqil.

Aku nak cakap kat mak Erina "maaf la makcik saya datang pakai suar camni je". Tapi yg terkuar tu "falPIUJ (*^*(F&*()JFNSDJK FU)SDPJ". Sebab tanpa aku sedar, aku dh menangis. Waklu!! Aku bajet nk relax2 je sebab xnak bagi Erina sedey. Mana taknye..time aku bersimpuh tu terdengar Erina cakap "Aqil..uncle hemy datang ni.." Arghh..aku taip ayat ni pun dh berlinang air mata (xpe ramai dak opis dh balik dh skang ni)

Tapi ntah camne masa aku ulang kali kedua cakap "maaf datang pakai camni" kt mak erina yg masa mula2 dengar dok dongakkan kepala tanda tak faham, erina dapat tangkap n cakap "takpe".

Aqil Hamzah

Bila mak Erina bukak tudung yang tutup wajah Aqil tu..arghhh..takleh nk cakap la perasaan dia masa tu. Macam ada orang yang sepak muka aku rasanya. Rasa tak percaya tu terlalu tebal. Muka Aqil yang comel pada hayat nafasnya, nampak lebar..nampak sembab. Bila aku amati mulut dia, aku jadi lagi sedih. Ya Allah~~~ Aku harap kau janjikan sesuatu yg indah untuk keluarga Aqil di akhirat kelak.

Rasa sejuk dahi Aqil buat aku sedar "ini kali pertama aku pegang sekujur jenazah". Aku usap rambut aqil. Aku bisik "Aqil, Uncle datang ni...nape pergi dah..Uncle tak penah main ngan Aqil lagi. Xiyad tak sempat nak main2 ngn awak".

Aku tepuk2 badan aqil tapi aku terasa macam kotak. Aku nk duduk lama lagi..nak cium lama lagi Aqil. Tapi aku tau aku bukan sesiapa nk buat camtu. Aku bukan ahli keluarga yg dekat untuk duduk sebelah Aqil menangisi Aqil semahu aku.

Aqil Hamzah

Longlai aku berjalan menjauhi tubuh Aqil. Aku capai Yassin dan duduk terperuk di bucu umah. Masy dan Wafa as my good friends duduk sekali teman aku tak jauh dari tempat aku duduk tu. Aku cuba baca yassin tu seindah mungkin. Tapi tak boleh. Mulanya sebab aku terkilan takleh duduk tepi Aqil and bacakan di sisi dia. 

Tapi masa air mata tu dh bertakung2, pandangan dah berkaca2, aku terbayang Aqil dengan jubah putih, pakai serban duduk depan aku. Tenung aku seraya ingin mendengar aku baca yassin tu kat dia. Jadi terkilan tu hilang. Aku baca teresak2 kot...sebab..aku prasan 2-3 orang macam tuding2 jari kat aku tanya "tu sapa?"

Aqil's Birthday

Ada makcik duduk tepi aku tu dia jawabkan  "mungkin dia selalu main ngn Aqil kot. Kawan2 si Erina ke Amer". Lantaklah..!! Aku menangis atas perginya satu nyawa yang ko tak pernah terfikir pun dia akan pergi. Aku terbayang Xiyad yang terbaring sejuk kat situ. Masakan aku tak menangis?

Aku gagahkan jugak baca yassin tu. By the time nk habes, Erina duduk sekali dengan Masy n Wafa. Aku kesat lap muka aku..baru aku senyum kt erina and gerak duduk ngn diorang. Benda pertama aku cakap kat Erina "jangan salahkan diri sendiri..ni bukan salah korang or sapa2". 

Erina bercerita sebelum saat2 Aqil pergi and seusai dia bercerita tu, aku prasan makcik yang sama tanya Erina siapa aku "dia selalu main ngn Aqil ke?" camtu la lebih kurang soalan dia aku dengar. Aku tak tau Erina jawab apa..tp macam jawab "tak juga" gitu lah..

Sebelum kuar aku gi lagi kat Jenazah Aqil, cium dia..usap kali terakhir. "uncle balik dulu..jumpa lagi bila ditentukan ye. Doakan mak ayah join Aqil kat syurga. Kalau boleh doakan uncle gak" ujung tu seloroh terakhir aku kat Aqil. Masa keluar pun ada sorang akak baju hitam tanya "ni kawan erina ke?". Aku tak tau nak jawab camne. Aku jawab aku kawan dua2.

Nampak amer kat luar..aku duduk tepi dia. Wafa pun berenti berdiri depan aku. Masa ni tiba2 si Masy ni pegang tangan Amer macam tenangkan, "sabar...sabar". Aku blur kejap..errr..takpelah..pangkat akak kot si Masy ni kan..pastu masy cam peluk seraya rangkul belakang kepala Amer and suh gi rehat tido sok nak bangun subuh. huh?? biar betol masy ni. Bila aku dongakkan kepala...bukan masy rupanya. Makcik Amer kot..zzzzzzz~~~

Masa Masy n Wafa gerak balik, Amir open up ngn aku citer dari awal. Jadi aku teman la dia. Sebab that is the least I could do. Aku cuma bagitau semua ni bukan salah sapa2. Diorang dh bawak cek, doktor plak dh buat bloodtest. Memang virus ni serang dlm masa beberapa jam je. Dlm setengah jam la aku lepak ngn Amer. Sempat la tengok Zulkifli Noordin calon BN Shah Alam datang. Bersalam ngn semua, duduk tepi Aqil. Masa tu Amer and Erina dok sama2. Tak tau apa yg dicakapkan.

Bila beliau balik, sambung sembang ngan Amer. Amer ada pesan sesuatu kat aku sebelum balik. Nanti aku cuba usahakan Amer.. ^^

Sampai umah walaupun aku baru mandi, aku mandi lagi. Then aku kiss Cembam, Kiss Xiyad sebelum tido. Aku bisik kat Xiyad, "dah takde dah kawan awak"


Comments

Aima Othman said…
sangat sedih baca entry ni.sebak.

aku tahu aqil sakit teruk mlm sebelum aqil tak ada tru FB amer..ada aku komen doakan aqil cepat sehat...huhuhuhu

time keri call bgtau aku aqil dah tak da .. aku mcm tak percaya..aku time tu dah kat kuantan odw balik ghanu .. huhuhuhu

aku sebenarnya pun ada terima petanda .. tp aku tak tau sapa yg akan meninggal..cuma telinga aku ada berdesing 3 kali sebulan sebelum arwah pegi ... seminggu sebelum arwah pergi 2 org yang aku kenal telah kembali ke rahmatullah..aku masih berdebar2 sebab asyik pk sape yang sorang lagi...huhuhu...bile tgk keri call .. terus terlintas aqil..tak tau napa...huhuhuhu

aku lagi lah tak pernah jumpa aqil.. jumpa kat FB jer..tp sedihnya Allah saja yang tahu ..

aunty sri syg aqil mcm anak aunty sendiri .. semoga aqil tenang di sana...amin.
syalinda johari said…
huhuhu...sedihnya weiiiiiii...takziah untuk kawan ko...
Masy said…
huhuhuhuhuhhuh
takziah...

al-fatihah utk aqil...

**sebak** =,(
shidah said…
sebak kan, Allah saja yg tahu perasaan mama dan papa aqil.
moga tabah ya

bylindakitchen said…
sedeynya...moga erina tabah. :'(
Alya Shaka said…
Ya Allah hebatnya ujian ini. Lepas baca entry Erina semalam sy balik peluk cica kuat2 minta maaf sebab selalu marah dia :((

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...

Pantai Seberang Takir. Pengalaman Pukat Tarik

Pantai Seberang Takir is just one infamous beach that has been 'tambak' to prevent big flood and the safety of the houses along it. My Atok in-law's house is one of those many houses. Everytime I paid a visit to my in-laws, Atok's house is a must. Sometimes we didn't really do anything particular and just sitting by the beach enjoying the breeze and the salty taste of the air. Nurin and her sisters and Haikal dipping in the water. (Can you guys feel the mood of this picture. What do you guys feel when you look at this photo. Plz help me by giving feedback as I want to step a level higher in photography by taking photos that inspire people..thanks) Right after the Yebbit with Nurin and plucking the mangoes, we went to the beach. I brought the kain pelekat, my short and my towel as I intended to have a dip. But at the end I just take photos and ate the keropok lekor. Berlari ke laut (running towards the sea). But that evening was a bit special. I had a nice fi...