Assalamualaikum semuaa~~
Harap semuanya sihat dan berkerja dengan tekun sambil bermulti tasking lah ye hendaknya. Hehehe. Aku nak share something comel pasal Xiyad in this entry. Lama nk share. Tapi nak doodle kan citer ni Nak lukis satu2 penat la plak. Tu yg tggu wacom dulu baru buat. Sebab leh copy paste je. HEHEHEHE.
Xiyad ni kan ada satu peel cute pergi ke ruang tamu baring atas toto tiap kali kami dendangkan lagu La'ila ha 'illAllah..Muhammadur Rasulullah. Ni lagu paling kerap aku, cembam and even nenek dia pakai untuk tidorkan dia dari kecik. Aku pun perasan peel comel dia ni start bulan lepas.
Contoh kadang kami tengah makan2 malam. Dia plak tiba2 boring ngn mainan2 dia. Tengok tv pn boring..mula la dia datang kat meja makan tu. Bila suap taknak pulak. And sebab dia dah tinggi, dahi dia tu asek la berlaga ngn bucu meja kaca tu. Mujur bucu tu tak tajam..Hahaha.
So kadang dia nangis2 gitu. Kalau nak susu, leh buatkan kejap. Tapi kadang tu baru je lepas susu. Dh la nangis melejer2 air mata. So Cembam yg start perasaan pe'el cute dia ni akan cakap la;
"Xiyad nak tido ke? Gi tido sana.."
Pastu cembam start nyanyi dodoi tu. What amazed me, Xiyad macam ada 'snap!!' kat otak dia..pastu dia pusing and berjalan pelan2 ke ruang tamu menuju ke toto dia tu.
Kadang tu dia memang straight je terus ke toto. Tapi kadang dia berenti toleh macam nak pastikan mak dia folo ke, mak dia benti nyanyi ke tidak. Kadang tu sebab comel je tgok dia camtu, kelakar pn ada..elok2 tengah nyanyi tu mmg nk tergelak la. HAHAHA
So nnt dia stop pusing balik arah kami. Cepat2 la kami nyanyi balik. So dia pusing balik ke arah toto.
Then dia akan baring la atas toto tu. Kalau dia memang ngantuk, memang dia akan baring situ smbil tunggu kami wat susu ke, dok tepi dia tepuk ke or plg ngantuk, tertido sendiri. Kalau mmg tak ngantuk, lepas dia niarap tu, dia jenguk balik kitorang and bangun jalan balik arah kami. HAHAHAHA
Sebab ada sofa, toto tu terhalang la pandangan dia. Tu yang dia akan jenguk tu. Maybe dia cakap "ciss..mak ayah aku tak folo aku pun", then dia bangun jalan balik arah kitorang.
Yang bestnya, kadang tu dia masuk bilik komputer aku tu. Aku bagi mainan kadang dia main la sorang2 kat lantai tu. Kadang dia mintak dukung aku dukung and pasang citer apa2. Tapi kalau aku tengah main game ke, drawing ke apa2 la aktiviti sdri...aku nyanyi la dodoian tadi. Dia terus pusing kuar bilik. HAHAHAHAHA comel kannn~~~
Tapi kadang tu tak jadi pun..but selalunya jadi la..hehehe..comel la Xiyad Asytar ni..
Comments
tapi percayalah.. kejap je tu... kang nanti dia dah terer nk bezakan samada korang bebetul or memain.. abih la korang....
hahaha.. jahat je aku...