Tahniah!! the 2nd bright sun has been born!!!

Semalam sampai2 je kat opis, aku nampak mak missed call dlm iphone tu. Tapi aku tak sempat nak telefon balik sebab cari data yang consultant sistem kampeni aku beli. Lepas zuhur aku try call, tapi coverage tak berapa nak elok. So still tak dapat.

Masuk balik opis dari surau tu aku call balik baru la dapat. Di hujung talian bunyi desir angin. Aku punya tekaan yang mak dalam keta memang betul. Rupanya mak call aku pagi semalam sebab nak mintak aku amek mak kat kampung. Adik pompuan aku yang mengandung anak kedua tu dah dimasukkan ke wad bersalin, menunggu masa sebab dah bukaan 3cm. So sebab tak dapat nak kontek aku, adik pompuan aku yang baru kawin ari tu la pergi amek mak kat kampung.

Mak cakap mungkin tengahari atau petang lah adik aku ni akan deliver.





So semalam baru je sampai kat umah dalam 2-3 minit, mak mesej kata adik aku dh selamat bersalin dalam pukul 6 petang gitu. Aku call mak tanya apa patut and end the conversation.

So yeah!!! Tahniah Nurul, Fikri and Nahdan sebab dapat ahli kuarga baru!! Semoga dilimpahkan lagi rahmah, inayah dan rezeki pada kuarga korang semua. And terima kasih jugak sebab sudi namakan anak pompuan tu dengan nama pilihan abang kau yang kacak ni. (tu pun kalau tak berubah di hujung2 pendaftaran lah). Anak first si Nahdan Fitri tu, aku ngan adik2 aku sama2 cari masa lepak kat kampung. Nama asal kami cari Nahdan Fidha'i. Tapi masa nak register, akak JPN tu kata biasanya tanda ' ni susah skit. Jadi Fidhai plak nanti. So last minit tukar Fidha'i kepada Fitri

So kalau tak tukar, SELAMAT LAHIR KE DUNIA NISRINA FAIHANAH!!! Wiken ni Paman Gojes datang melawat yeaaa!!!! Yeahhh!!!

Comments

Mrs Shaka said…
Paman gojessss ye. Eh ko lukis ke tu?
zonaku said…
tahniah....

nama anak sedara aku sorang... kalau betul la.. nisrina.. kami panggil nina.

kalau pakcik paman, kalau makcik panggil apa eh?
Kniedaz said…
tahniah tambah anak saudara...anak sendiri takmo tambah ke?
HEMY said…
Mrs Shaka..haah aku doodle

zonaku..makcik ye bibik

kniedaz..ank sdri otw...tp anak yg sorang tu suke kacau.hahaha