Salaam semua~~
*Pasang lagu Salaam by Sami Yusuf in my Iphone, sumbat telinga and ear set*
Hari ni nak citer detail la pengalaman di ligan polis ari tu yang aku share kat FB. Huhuhu. Ok kita mulakan dengan memperkenalkan jalan yang aku selalu lalu kalau nak kuar dari tempat aku yang ceruk siap kerbau berkeliaran bagai tu haaa.. Jalan ni jalan lama yang stretch dia dari Pusat Nuklear Bangi tu, sampai keluar simpang empat jalan nak ke LCCT lalu Pekan Dengkil. Haa..Jalan lama ni akan lalu Jenderam Hilir bagai. Kiri kanan dia memang sawit2 juga la diselang seli kan penempatan gitu.
Jadi memang ada masa banyak keta, tapi selalunya takde keta sangat. Ada 4 lampu isyarat aku nak kena tempuh sepanjang jalan lama ni. 2 tu kat tengah2 perjalanan and lagi dua kat hujung2 dah nak kuar jalan besar. Korang paham je la kan...lampu trafik bukan jenis guna censor..jadi kadang side takde keta pun hijau gak. Aku ni kalau dah nak gi main, hati dah berkobar2 memang la nak cepat sampai. Jalan tu beralun2 gak..gelap, and debu2 tanah atas jalan tu buat jalan tu tak nampak line kadang tu. Kalu start awal2 dulu, aku leh bawak 80kmj paling laju. Skang dah biasa 130kmj selamber. Haha!!
And jumaat malam itu hari macam biasa aku pun start membesit lah nak gi main. Oh ye lupa bagitau. lepas 2 trafik lite kat pertengahan jalan ni, 2 lane. Memang masa untuk membesit la. So bila aku nak smpi traik lite kedua, tengah merah..tapi aku tengok dari 2 arah yang lain tu memang takde keta..aku fokus sungguh2 arah lain sebab aku taknak la terlanggar keta orang kan. And sambil tgok bhgian atas lampu tu takde lagi AES..yee..itu junction bakal letak AES. So lepas sume aku rasa clear aku terus je jalan. Tepi aku masa tu ada keta and sebijik moto.
Lepas je langgar lampu tu aku besit and tengok cermin belakang.
"ait..selalu kalau ada yg langgar, ramai polo..ni dah kenape", cetus hati aku masa tu. Aku tengok lagi skali cermin blkg tu, tiba2 ada macam lampu siren biru dikejauhan. Masa tu aku macam "dem..tu polis ke?"
Aku masih berfikiran positif, terus je besit. Masih tengok belakang, nindia..makin cerah lampu biru tu, makin dekat. Demm...dia kejar!!! Kompem polis...Aku masa tu ada terasa nak wat U-turn. Tapi fikir balik, nak watpe. Dah salah nasib kau la kan. Jadi aku pun ke lane kiri lepas potong satu keta ni. Masa tu keta polis tu betul2 kat bontot keta aku cocok2. Demmm...So aku pun berentikan keta.
Tau2 dah ada polis approach keta aku bawak lampu suluh.
"Encik, mintak lesen encik. Encik tau tak apa sebab saya kejar and berentikan encik ni"
"Erm..tau2..saya langgar lampu merah" sambil carik lesen keta and bagi kat incik polis ni
"Encik nak kemana ni?"
"Saya nak gi cyberjaya main tenis. Dah terlambat..Tu yang langgar lampu tu"
"Encik tak perasan ke camne?"
"Eh...tipu la kalau saya tak perasan lampu merah. Memang salah saya" (ayat power diperlukan ye untuk mengatasi masalah2 macam ni)
"mintak IC encik"
Time ni la aku tak jumpa IC...dem..ni Xiyad la ni main wallet aku. Lepas aku punggah semua kad2 aku letak seat sebelah masih tak jumpa.
"Alamak takde la encik. Anak saya selalu main wallet saya ni", sambil terus mencari. Masa ni polis lagi sorang kat belah sana sambil suluh2 ke dalam keta aku.
"kuar encik", polis tu suh aku kuar. Masa ni la baru aku jumpa IC aku kat poket paling tersorok. Masa ni muka Xiyad menyeringai kuar dalam kepala aku. Demit U..HAHAHAHA
Polis tadi kuarkan kertas and landingkan atas bonet keta polis dia. "encik kerja mana?"
"KLCC"
"Ok la..encik mungkin seorang yang berjawatan tinggi..yang bergaji..."
"Eh..saya faham encik. Jawatan saya bukan alasan untuk saya langgar undang2..saya faham. Memang saya salah" wa potong terus cakap dia. Sekali lagi. Ayat power penting. Ni kawan aku la kata ayat power masa citer kat kedai mamak lepas tenis tu. HAHAHA
"Hmmm ok la..macam ni la. Saya pun bukan nak kejar saman, nak kejar duit. Jadi saya bagi warning la encik ye. Lagi satu bwak jangan laju sangat jalan ni encik ye. Encik tau tak encik bawak berapa tadi tu? 130kmj tu tau"
"ye encik baik encik. Terima kasih encik ye" sambil salam polis tu. Dia pakai glove. DEmmm!! Ni jenis dah terlatih bawak keta beb. Memang bangang la kalau aku try nak overrun dia tadi. HAHAHAHA.
Polis tu catit nama aku sebagai nama ketiga dalam kertas tu. Aku ucap terima kasih sekali lagi and berlalu pergi. Masa tu bawak 80kmj je sebab keta polis tu ada blkg. Lepas dh tak nampak bayang besit lagi..hahahaha. Memang masa nak berenti tu kepala aku bayang "RM600 melayang". Yelah, langgar lampu lagi, speeding lagi. Tapi alhamdulillah mujur rezeki aku, dihindarkan dari musibah.
Polis tu pun alhamdulillah bertimbangrasa. Ko bayang la kami berenti tu jalan gelap tau. Sebelah2 takde pape. Kalau dia nak frame aku letak dadah ke sakit ati punya pasal, kata aku mabuk..memang naya je.
Tapi quote member aku masa dengar citer "polis tu pun blur nak kejar. siap tanya member sebelah. ada plat diraja ke, kerabat ke apa keta tadi? bukan main langsi lagi langgar lampu depan2 kita"
HAHAHAHA!!! siyes aku tak terniat nak jadi hero main kejar2 polis. Cuak dowh. Tapi aku tenang masa situasi ni sebab dh ada pengalaman. Ngan polis ni takyah nk tunjuk kurang ajar. Ko salah, ngaku je lah. Try mintak lepas. Tu je nasihat aku.
Hati2 di jalanraya ye.
Comments
nasib leeerr....
aku dgn Fendy penah kena kat hiway...sbb pandu laju.. tapi time tu sbb nak balik tgk anak demam kat kg..
seb baik polis tu tak saman, dia dh mintak ic fendy, pastu dia tgk muka aku yang kesian ni, dia bagi nasihat ja laa...kekekeke...
syalinda..ala ngaku je la ko nangissss
masy..mekasih kerana perasan kecantikan aku
gksb..of coz